Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Home » Posts filed under Sharing is caring
Cara Melamar Perempuan Paling Romantik
Posted by Rafhan on Friday, 11 May 2012
Salam guys. Sape kat sini, x kahwin lagi? Sila angkat tangan cam saye.... hehe... Kepada yang tengah duduk fikir2, cara nak lamar awek unyuk dijadikan isteri, kat sini aku nak tunjukkan kat korang cara melamar paling romantik. Boleh tengok kat video youtube di bawah ni.
Credit to blogger dena Bahrin.
+1 artikel Cara Melamar Perempuan Paling Romantik →
Kata-Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi
Posted by Rafhan on Friday, 4 May 2012
+1 artikel Kata-Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi →
Semak Kadar & Harga Tol PLUS Secara Online
Posted by Rafhan on Sunday, 29 April 2012
Salam guys. Hari ni saya nak share cara untuk semak kadar semasa harga tol PLUS ( Projek Lebuhraya Utara Selatan). Langkah pertama, klik gambar di bawah untuk ke PLUS Calculator Tool.
Anda perlu mengisi, lokasi entrance dan exit. Kemudian masukkan jenis kenderaan anda, samada kelas 1,2,3,4 atau 5. Untuk mengetahui kenderaan anda jenis kelas kenderaan anda, boleh rujuk gambar di bawah ni.
Jadual Jenis Kenderaan Mengikut Kelas
Selepas semua maklumat dimasukkan, klik button "get result". Sebagai contoh, paparan seperti di atas akan tertera. Kadar tol plus kenderaan kelas 1 dari Kota Damansara ke Gurun adalah sebanyak RM49.20. Jarak perjalanan adalah 360.5KM.
Diharapkan info yang saya share ini dapat membantu pengguna PLUS untuk merancang perjalanan dan wang untuk membayar tol. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Sekian, MAJULAH TOL UNTUK NEGARA.
+1 artikel Semak Kadar & Harga Tol PLUS Secara Online →
Masalah Widget Follower Hilang
Posted by Rafhan on Wednesday, 25 April 2012
Salam guys. Masuk hari ni, dah hari ke 10, widget follower saya ada masalah. Paparan dia keluar macam kat bawah ni. Tak tau dah nak buat macamana. Ada yang kata ini masalah biasa pada blogspot. Sebab benda free, so kena terima hakikat memang akan ada masalah macam ni. Betul ke macam tu? Tapi sampai bila?
Kalau ikut kan clue ayat ni, dia kata " We're sorry... This gadget is configured incorrectly. Webmaster hint: Please ensure that "Friend Connect Settings - Home URL" matches the URL of this site". Aku dah try da buka Friend connect setting, tapi x tahu la apa yang nak kena di setting. Puas aku godek, tapi still x berjaya.
Sedih jugak la blog jadi macam ni. Ada tak mana-mana blogger kat luar sana yang pernah mengalami masalah macam ni? Kalau ada cadangan atau petua untuk mengatasi masalah ni, tolonglah kongsi dengan saya.
p/s: Bila widget follower dah rosak macam ni, barulah terasa nak berterima kasih kepada follower-follower blog saya selama ini. 874 follower setakat ini. Terima kasih banyak kerana sudi follow dan membaca blog saya yang serba kekurangan ni.
+1 artikel Masalah Widget Follower Hilang →
Template Blog Yang Comel & Cantik
Posted by Rafhan on Tuesday, 24 April 2012
Salam guys. mungkin masih ada blogger yang masih tercari-cari template blogspot yang sesuai untuk blog anda. Saya cadangkan supaya u all pergi usha kat link template blog di bawah ni, manalah tahu, kalau ada template blog yang cantik dan comel yang korang berkenan.
Contoh template blog yang disediakan dalam premiumbloggertemplate.com
Tapi ingat, sebelum tukar template blog, jangan lupa buat recovery template asal, manalah tahu kalau ada problem waktu tukar template, sebab sesetengah coding yang disediakan mempunyai masalah dari segi kesesuaian dengan blog kita yang sedia ada. Selamat mencuba.
- Premium Blogger Templates
- http://www.shabbyblogs.com/backgrounds.html
- http://www.bietemplates.com
- http://btemplates.com
- http://www.dantearaujo.net/search/label/Free%20Template
- http://www.ourblogtemplates.com
- http://lenatoewsdesigns.blogspot.com/
- http://www.mytemplatebox.com
- http://www.forfreebloggertemplates.com
- http://www.bloggertemplatesfree.com
- http://www.eblogtemplates.com/templates/blogger-templates
+1 artikel Template Blog Yang Comel & Cantik →
Ucapan Hari Lahir Paling Romantik
Posted by Rafhan on Thursday, 5 April 2012
Salam guys. Hari ni nak kongsi ucapan hari lahir / hari jadi yang paling romantik pernah aku dengar. Korang pernah tak tengok drama korea, bertajuk you are beautiful? Waktu tu, babak Go Mi Nam nak ucapkan selamat hari lahir kat Hang Tye Kyung.
Sambil memeluk Hang Tye Kyung, Go Mi Nam berkata "Sejak hari ini, hari awak dilahirkan, ia adalah satu hari yang benar-benar berharga. Terima kasih kerana dilahirkan. "
Romantik kan? Touching habis.... Err, sejak bila pulak aku ketagih dengan drama korea ni?
“Since today is the day you were born, it is a truly precious day.
Thank you for being born.”
~Go Mi Nam
+1 artikel Ucapan Hari Lahir Paling Romantik →
Cara Hilangkan Black Screen Windows 7
Posted by Rafhan on Sunday, 11 March 2012
Salam guys. Pernah x hadapi masalah black screen windows 7 macam kat atas ni. Biasanya masalah black screen terjadi apabila anda menggunakan OS window 7 yang cetak rompak (Ungenuine) dan anda tidak disable update OS tersebut. Melalui Update yang bersambungan di internet, server windows 7 akan dapat mengesan OS windows 7 yang anda gunakan adalah cetak rompak. Lalu terjadilah black screen. Anda tidak dibenarkan untuk menukar background hitam tersebut dan beberapa function lain turut akan disekat sehinggalah anda memasukkan activation key yang original.
Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan software " REMOVE WAT". Hanya perlu download software di internet dan open (software tersebut tidak perlu diinstall). Software ini merupakan antara software yang popular untuk mengatasi masalah black screen.
Download Remove Wat Link:http://www.mediafire.com/?6s4ttcp5utn69qm
Selepas anda klik button "remove wat". Anda akan diminta untuk reboot system komputer anda. Setelah anda reboot, anda akan mendapati masalah black screen selesai.
Harap tutorial kali ni, sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang menghadapi masalah black screen pada windows 7. Selepas ini jangan lupa disable updates untuk win 7. Klu guna yang ori xpe... :)..
+1 artikel Cara Hilangkan Black Screen Windows 7 →
Valentines Day dan Kondom
Posted by Rafhan on Sunday, 12 February 2012
Salam Guys. 14 Febuari datang lagi. Ada apa dengan 14 Febuari? Menurut sumber, 14 Febuari adalah hari di mana penjualan kondom Durex meningkat sehingga 25% . Alat penguji kehamilan (Pregnancy Test) juga akan turut mencatat penjualan tertinggi pada Bulan Mac selepas 14 febuari. 14 Febuari, seperti yang sudah mula dipromosikan di iklan-iklan televisyen di Malaysia (sebuah negara di mana konsep 1 Malaysia di amalkan) sebenarnya adalah hari valentines day atau juga disebut sebagai hari memperingati kekasih. Hari istimewa yang menjadi kegemaran pasangan muda-mudi yang sedang hangit bercinta. Yang lebih memalukan, hari Valentines day disambut secara “terlebih over” oleh remaja Melayu Islam di Malaysia.
Salahke Orang Islam sambut Valentines ni? Entah, aku bukan mufti. Pergi la tanya ustaz. Review balik fatwa yang dah dikeluarkan oleh majlis mufti ke. Malaslah nak membebel panjang2. Korangkan da besar panjang. Aku just nak story-mory pasal sejarah Valentines Day yang pernah aku dengar. Sebab ramai yang sambut valentines day tanpa mengetahui asal-usul sejarah valentines day..
Kalau korang search kat internet, ada banyak version tentang sejarah valentines day ni. Aku ceritakan satu version je, sebab aku pernah dengar version yang ni dalam satu tazkirah dua tahun lepas.
Hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine (Valentino) dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Ketika itu, pemuda-pemuda di Rom sibuk bercinta dan berkasih-sayang. Keaadaan ini menyebabkan kurangnya anak muda menyertai pasukan tentera Rom. Pemimpin Rom ketika itu berpendapat hubungan cinta (lelaki & perempuan) perlu disekat bagi menguatkan kembali angkatan tentera Rom yang kian lemah. Perkahwinan telah dilarang ketika itu. St. Valentine menentang ketetapan raja untuk mewajibkan setiap rakyat memasuki tentera malah telah menikahkan pasangan muda-mudi secara rahsia. Akhirnya Valentino telah ditangkap dan dipenjarakan. Raja Romawi, Claudius II (265-270) mengarahkan agar Valentino dijatuhi hukuman mati. Valentino dihukum mati pada 14 Februari 269 Masihi. Bagi mengenang jasa paderi ini, 14 febuari dijadikan sebagai hari memperingati kekasih (Valentine day) sehingga ke hari ini...
p/s: dimanakah kita? tepuk dada tanyalah Iman...
+1 artikel Valentines Day dan Kondom →
10 Ayat Power Yang Mencairkan Hati
Posted by Rafhan on Friday, 10 February 2012
1- "Saya merindui awak..."
Kata-kata ini memperkukuh hubungan. Ia simpulan yang erat bagi hubungan yang diikat dengan perkahwinan yang sah. Kata2 ini membawa makna tersendiri, bermaksud kemahuan dan rasa hati bagi sentiasa bersama dan memperkukuh rasa cinta.
2- "Saya menghormati awak.."
Menggambarkan rasa hormat dan juga merupakan simbolik cinta. Ia merupakan luahan hati atas dasar kesamaan. Kata2 ini akan banyak menyelamatkan keadaan dan mewujudkan semangat cinta
3- "Mungkin awak betul.."
Mengurangkan tingkat konflik serta mengembalikan emosi yang stabil. Dalam erti kata lain, "Mungkin awak betul" adalah ayat tersirat bermaksud: "Memang saya yang bersalah" atau "Tidak apa, saya sokong pendapat awak.."
4- "Maafkan saya.."
Ketika mana cinta berhadapan dengan konflik dan ujian, ianya dapat diperbaiki dengan mengakui kesilapan dan meminta maaf. Kita tidak lepas dari kesilapan. Meminta maaf juga adalah satu lambang seseorang yang bijaksana dalam membentuk suasana positif..
5- "Terima Kasih.."
Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda penghargaan kita terhadap seseorang terutama pasangan atas kebaikan yang dilakukan pada kita. Nilai ucapan terima kasih meringankan beban dan susah payah yang dilakukan demi kita kerana menandakan kita pek aterhadap apa yang dilakukan..
6- "Jangan Bimbang... Saya bersama awak.."
Kata2 ini bertindak sebagai gam emosi yang merapatkan hati pasangan. Dalam situasi yang penuh ketegangan, kekeliruan, ungkapan ini bagaikan satu tangan yang dihulurkan untuk bersama2 menghadapi masalah. Ia juga menandakan pasangan sedia bersama kita di kala suka, malah di kala berduka, si dia sentiasa menjadikan dirinya yang paling hampir bagi merasainya..
7- "Biar saya bantu.."
Kata-kata ini memberikan gambaran sikap peka terhadap sesuatu dan bersedia memenuhi keperluan itu. Ungkapan ini memberi kesan yang mendalam apabila ia dilontarkan oleh pasangan tanpa diminta2 berbuat demikian.
8- "Saya memahami diri awak"
Kata-kata ini mewujudkan keseronokan dalam perhubungan. Ia merapatkan hubungan yang sedia ada kerana melambangkan unsur penerimaan dan pemahaman.
9- "Awak dapat mencapainya!"
Kata-kata ini menggambarkan sikap pasangan yang bersedia mencari keserasian dengan menyokong impian dan harapan. Dengan suntikan semangat itu, pastinya si dia akan bertambah energinya 200% dan akan melakukan sebaik mungkin demi insan tercintanya!
10- "Aku mencintai dirimu"
Meluahkan kata-kata ini dengan membawa bersama nilai cinta sejati memberi kepuasan emosi paling dalam. Keinginan untuk memiliki dan dimiliki, rasa dihargai kewujudannya semuanya terangkum dalam tiga perkataan ini.
adaptasi dari Buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah..
credit: blueopalz
+1 artikel 10 Ayat Power Yang Mencairkan Hati →
Cerita Tentang Katak Kecil
Posted by Rafhan on Tuesday, 17 January 2012
Salam guys. Tadi sedang aku menyelongkar document dalam external harddisk aku, tetiba aku terjumpa katak comel nie.. (bukan katak hidup). Tapi cerita tentang katak kecil yang disimpan dalam format microsoft power point (.PPT). So, aku berminat sangat nak kongsi dengan korang criter katak ni. Memang menyentuh perasaan criter ni, (aku tau ada yang dah pernah baca criter ni). Aku tak tau sapa penulis asal criter katak kecil ni, tapi aku nak sangat ucapkan terima kasih kepada penulis asal cerita ni... thanx ya... Ok jom kita enjoy cerita katak kecil...
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan...
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.
Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
“Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...
...Tapi ada seekor katak yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak mahu menyerah kalah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!
Nasihat dari cerita ini adalah:
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Selalulah berfikiran positif. Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!
Kongsi pesanan ini kepada sahabat anda dengan menekan butang Like. Kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang sering memberi motivasi antara satu sama lain.
+1 artikel Cerita Tentang Katak Kecil →
Cara Download Movie Secara Percuma di Internet
Posted by Rafhan on Saturday, 14 January 2012
Salam Guys, kali ni nak kongsi websites untuk download movie. Kalau orang Malaysia sebut sedut movie.Tak kira lah latest ke old school punya movie ke, kalau pandai search mesti jumpa kan. Ini semua direct download.
Kepada pengguna broadband, tidak digalakkan download pakai direct. Kalau nak sangat download pergi cyber cafe download. Dapat jimatkan bandwith.
01. Warez-BB
Forum ni dah jadi top list aku kalau aku nak cari movie ke apa. Kalau dead link, mesti cepat je link tu renew kepada yang baru. Cepat dan efisien.keh keh keh. Download link yang selalu ada Rapidshare, Megaupload dan HotFile. Tapi forum ni kena register dulu lah baru boleh dapatkan link download untuk movie tu. Games yang macam Diner dash, Sally Spa etc etc itu semua pun ada. Full. No trial. Member dalam forum tu dah crack awal-awal untuk kasi semua orang download. Dan zero virus.
02. Mediafire4u
Kat website ni hanya ada link download dari Mediafire sahaja. Siapa tak sayang Mediafire. Server laju kalau nak sedut tapi ikut time gak kadang-kadang. Website ni hanya kasi movie untuk disedut. Kepada yang peminat fanatik Hindustan. Korang boleh jumpa movie Hindi kat sini gak. Nak request movie? Tinggalkan movie apa kau nak kat shoutbox website tu.
cara nak download movie guna mediafire ada kat sini
03. Teh Paradox
Ini satu lagi forum yang sediakan link untuk download. Kena register gak baru boleh merasai kenikmatan senarai list movie yang ada dalam tu.kah kah kah. Aku jarang pergi kat forum ni sebab selalunya movie yang aku nak dah ada kat Warez-BB. Kalau tak ada baru search kat sini. Ouh. Sama macam forum Warez-BB. Download link yang selalu ada kat sana Rapidshare, Megaupload dan HotFile.
Itu antara port aku untuk search movie omputih.keh keh keh. Yang kat bawah ni port untuk cari movie malaysia dan movie omputih sekali.
04. Aku Muzik Hampa
05. Syok.org
Ok dekat bawah ni ada senarai website lain untuk korang download movie. Korang godek-godek la sendiri.
http://www.warez-bb.org/index.php
http://mediafire4u.com
http://akumuzikhampa.blogspot.com/
http://2smallsizemovie.blogspot.com/
http://www.mediafiremovie.org/
http://www.300mbunited.com/
http://jieazzmovie.net/
http://www.teamaryzs.com/
http://mediafiremoviez.com/
http://jiwang.org
http://www.300mbmovie.com/
http://w3.tbd.my/
http://www.getmediafire.com/
http://amoviesz.com/
source: rojakstory
+1 artikel Cara Download Movie Secara Percuma di Internet →
Gay Masturbate The Sperma
Posted by Rafhan on Friday, 13 January 2012
Klik Imej Untuk Lebih Besar
Gay Masturbate Sperma. Erk, Ape ke jadahnya keyword macam ni tersesat kat blog aku. Sejak bila pulak blog ni dah jadi blog lucah. Ish, ish gay pulak tu. Ingin saya tegaskan disini yang saya bukan gay. Saya lelaki normal OK!! (mintak jauh la bende2 macam ni). Hari ni, kat Malaysia, banyak sangat rasenye orang suke kat kaum sejenis, siap ade pelajar kita kawin pakai tengkolok lagi kat UK. (gambar profile nuffnang kat aku terpaksa dicensor kerana malu yang amat sangat)
Ok, ini adalah pemandangan Laut Mati di Jordan. Di mana Allah s.w.t telah menurunkan bencana kepada Kaum nabi Luth yang gemar melakukan aktiviti Homoseksual. Kesan dari bencana masih kekal sehingga ke hari ini. Ihsan gambar dari sun3tpini.
Jom sama-sama kita baca dan hayati kisah kaum nabi luth yang dipetik dari blog IbnuZain. Semoga dapat manfaatnya bersama-sama.
KISAH KAUM NABI LUTH لو ط
Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan berlaku kira-kira tahun 1800 SM(1). Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum, iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.
Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14 Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.
Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual. Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya. Maksud ayat-ayat ini:
(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu
yang keji itu”.
Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum. Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud ayat:172-173:
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”. Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakan gunung-gunung berapi ini(2).
Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-‘Ankabut maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”. Inilah untung nasib kesudahan yang tabi’i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.
rujukan
1 Harun Yahya, Kaum-Kaum Yang Pupus, Trj: Rozalli Hashim, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2004, m/s:52.
2 Asy-Syahid Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Jilid:12, m/s:394.
+1 artikel Gay Masturbate The Sperma →
Doa Hari Lahir
Posted by Rafhan on Wednesday, 28 December 2011
Hari lahir atau hari jadi merupakan hari yang istimewa bagi setiap orang. Berdoalah kepada Allah agar umur dan hidup kita sentiasa diberkati oleh-Nya. Berikut merupakan doa yang sesuai dibaca untuk menyambut hari lahir.
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
p/s: semoga ulang tahun kelahiran anda lebih bermakna dengan doa yang diamalkan. Selamat menyambut hari jadi.. :)
source: rafika
+1 artikel Doa Hari Lahir →
Tingkatkan Traffic Blog Dengan Mencuri Traffic
Posted by Rafhan on Saturday, 10 December 2011
Salam Guys. Hari ni aku nak share cara menaikkan traffic blog dengan mencuri traffic. Err, pelik bunyi nye kan? Tapi ni la cara yang selalu aku guna untuk cari "best keyword" blog aku. Kalau blogger profesional, diorang mungkin guna SEO tool macam Google Search Analytic, tapi untuk blogger yang tak profesional dan pemalas macam aku ni, guna cara macam ni je.
Korang mesti pernah jumpa blog yang pasang widget Live Traffic Feed macam ni. Korang klik Real Time Wiew (bulatan merah). Lepas tu paparan macam di bawah ni akan keluar.
Tulisan bewarna merah jambu menunjukkan incoming searh untuk pengunjung yang datang ke blog tersebut. Inilah yang dikatakan dengan "mencuri traffic". Korang boleh tahu keyword yang datang ke blog tersebut dan korang guna untuk tajuk entry blog korang. Kalau ikut contoh kat atas ni, incoming search keyword ialah:
1)Tutorial Ayat Bawah Post
2)Ayat Bergerak Di Menu Bar
3)Tutorial Border Post Title
4)Tutorial Ayat Bergerak Di Menu Tab
Ok, lagi satu aku nak ingatkan, kalau korang guna keyword melalui taktik curi mencuri ni, pastikan korang tulis artikel yang berkaitan dengan tajuk entry korang. Sebagai contoh, kalau korang guna keyword " Ayat Bergerak di Menu Bar" tulis la artikel pasal cara nak buat ayat bergerak di menu bar. Jangan la tulis benda merepek-repek just untuk tingkatkan traffic. Jangan buat pengunjung blog korang rasa tertipu pulak. Tak elok tu.
Harap-harap ilmu yang aku kongsi boleh la digunakan untuk kebaikan bersama. Lepas ni korang boleh la fikir dua, tiga kali nak letak ke widget Live Traffic Feed ni? Kalau yang berbayar tu OK kot sebab incoming search akan dihiddenkan.
Ada lagi cara lain untuk menigkatkan dan mencuri traffic. Lain kali la aku share. Ok, Bye....
+1 artikel Tingkatkan Traffic Blog Dengan Mencuri Traffic →
Cara Check Kualiti Handphone Melalui iMEI
Posted by Rafhan on Thursday, 6 October 2011
Jom periksa kualiti telefon bimbit korang melalui International Mobile Equipment Identity. So korang boleh la tau, originality handphone korang datang dari negara mana..
Langkah pertama, tekan *#06# pada handphone korang.
Lepas tu akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50.....*lau contoh ni = no IMEI adalah 01
... utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
+1 artikel Cara Check Kualiti Handphone Melalui iMEI →