10 Ayat Power Yang Mencairkan Hati

Posted by Rafhan on Friday, 10 February 2012


1-  "Saya merindui awak..."
Kata-kata ini memperkukuh hubungan. Ia simpulan yang erat bagi hubungan yang diikat dengan perkahwinan yang sah. Kata2 ini membawa makna tersendiri, bermaksud kemahuan dan rasa hati bagi sentiasa bersama dan memperkukuh rasa cinta.

2-  "Saya menghormati awak.."
Menggambarkan rasa hormat dan juga merupakan simbolik cinta. Ia merupakan luahan hati atas dasar kesamaan. Kata2 ini akan banyak menyelamatkan keadaan dan mewujudkan semangat cinta

3-  "Mungkin awak betul.."
Mengurangkan tingkat konflik serta mengembalikan emosi yang stabil. Dalam erti kata lain, "Mungkin awak betul" adalah ayat tersirat bermaksud: "Memang saya yang bersalah" atau "Tidak apa, saya sokong pendapat awak.."

4- "Maafkan saya.."
Ketika mana cinta berhadapan dengan konflik dan ujian, ianya dapat diperbaiki dengan mengakui kesilapan dan meminta maaf. Kita tidak lepas dari kesilapan. Meminta maaf juga adalah satu lambang seseorang yang bijaksana dalam membentuk suasana positif..

5-  "Terima Kasih.."
Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda penghargaan kita terhadap seseorang terutama pasangan atas kebaikan yang dilakukan pada kita. Nilai ucapan terima kasih meringankan beban dan susah payah yang dilakukan demi kita kerana menandakan kita pek aterhadap apa yang dilakukan..

6-  "Jangan Bimbang... Saya bersama awak.."
Kata2 ini bertindak sebagai gam emosi yang merapatkan hati pasangan. Dalam situasi yang penuh ketegangan, kekeliruan, ungkapan ini bagaikan satu tangan yang dihulurkan untuk bersama2 menghadapi masalah. Ia juga menandakan pasangan sedia bersama kita di kala suka, malah di kala berduka, si dia sentiasa menjadikan dirinya yang paling hampir bagi merasainya..

7-  "Biar saya bantu.."
Kata-kata ini memberikan gambaran sikap peka terhadap sesuatu dan bersedia memenuhi keperluan itu. Ungkapan ini memberi kesan yang mendalam apabila ia dilontarkan oleh pasangan tanpa diminta2 berbuat demikian.

8-  "Saya memahami diri awak"
Kata-kata ini mewujudkan keseronokan dalam perhubungan. Ia merapatkan hubungan yang sedia ada kerana melambangkan unsur penerimaan dan pemahaman.

9-  "Awak dapat mencapainya!"
Kata-kata ini menggambarkan sikap pasangan yang bersedia mencari keserasian dengan menyokong impian dan harapan. Dengan suntikan semangat itu, pastinya si dia akan bertambah energinya 200% dan akan melakukan sebaik mungkin demi insan tercintanya!

10- "Aku mencintai dirimu"
Meluahkan kata-kata ini dengan membawa bersama nilai cinta sejati memberi kepuasan emosi paling dalam. Keinginan untuk memiliki dan dimiliki, rasa dihargai kewujudannya semuanya terangkum dalam tiga perkataan ini.

adaptasi dari Buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah..
credit: blueopalz

{ 3 orang bercakap... read them below or add one }

fRaMe+LenSeS said...

;) nice sharing. nadh suka. nadh suka. :D

y penting adalah kurangkan ego dalam hubungan. :) kan?

Charlie said...

so sweet <3 Happy Valentine's Day

hantu raya said...

Ayat same je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...