Semak Kadar & Harga Tol PLUS Secara Online

Posted by Rafhan on Sunday 29 April 2012

Salam guys. Hari ni saya nak share cara untuk semak kadar semasa harga tol PLUS ( Projek Lebuhraya Utara Selatan). Langkah pertama, klik gambar di bawah untuk ke PLUS Calculator Tool.

HARGA TOL
Anda perlu mengisi, lokasi entrance dan exit. Kemudian masukkan jenis kenderaan anda, samada kelas 1,2,3,4 atau 5. Untuk mengetahui kenderaan anda jenis kelas kenderaan anda, boleh rujuk gambar di bawah ni.



Jadual Jenis Kenderaan Mengikut Kelas

Selepas semua maklumat dimasukkan, klik button "get result". Sebagai contoh, paparan seperti di atas akan tertera. Kadar tol plus kenderaan kelas 1 dari Kota Damansara ke Gurun adalah sebanyak RM49.20. Jarak perjalanan adalah 360.5KM.

Diharapkan info yang saya share ini dapat membantu pengguna PLUS untuk merancang perjalanan dan wang untuk membayar tol. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Sekian, MAJULAH TOL UNTUK NEGARA.

Masalah Widget Follower Hilang

Posted by Rafhan on Wednesday 25 April 2012

Salam guys. Masuk hari ni, dah hari ke 10, widget follower saya ada masalah. Paparan dia keluar macam kat bawah ni. Tak tau dah nak buat macamana. Ada yang kata ini masalah biasa pada blogspot. Sebab benda free, so kena terima hakikat memang akan ada masalah macam ni. Betul ke macam tu? Tapi sampai bila?

Kalau ikut kan clue ayat ni, dia kata " We're sorry... This gadget is configured incorrectly. Webmaster hint: Please ensure that "Friend Connect Settings - Home URL" matches the URL of this site". Aku dah try da buka Friend connect setting, tapi x tahu la apa yang nak kena di setting. Puas aku godek, tapi still x berjaya.

Sedih jugak la blog jadi macam ni. Ada tak mana-mana blogger kat luar sana yang pernah mengalami masalah macam ni? Kalau ada cadangan atau petua untuk mengatasi masalah ni, tolonglah kongsi dengan saya.

p/s: Bila widget follower dah rosak macam ni, barulah terasa nak berterima kasih kepada follower-follower blog saya selama ini. 874 follower setakat ini. Terima kasih banyak kerana sudi follow dan membaca blog saya yang serba kekurangan ni.

Template Blog Yang Comel & Cantik

Posted by Rafhan on Tuesday 24 April 2012

Salam guys. mungkin masih ada blogger yang masih tercari-cari template blogspot yang sesuai untuk blog anda. Saya cadangkan supaya u all pergi usha kat link template blog di bawah ni, manalah tahu, kalau ada template blog yang cantik dan comel yang korang berkenan.
Contoh template blog yang disediakan dalam premiumbloggertemplate.com

Tapi ingat, sebelum tukar template blog, jangan lupa buat recovery template asal, manalah tahu kalau ada problem waktu tukar template, sebab sesetengah coding yang disediakan mempunyai masalah dari segi kesesuaian dengan blog kita yang sedia ada. Selamat mencuba.

Keesamus Punca Anuar Zain Gulung Tikar

Posted by Rafhan on Saturday 21 April 2012

Salam Guys. Happy weekend. Sekarang ni ramai betul orang nak tunjukkan bakat diorang kat youtube. Baru-baru ni ade terjumpa video seorang awek Thailand yang menyanyikan lagu Melayu. memang awesome. Nama dia Keesamus.  Jarang-jarang la orang Thailand nak nyanyi lagu Melayu. Suara dia pun boleh tahan la.  Semalam aku ade Request di facebook fan pages Keesamus, nak mintak dia mainkan lagu "sedetik Lebih" by Anuar Zain. Tak tau la dia boleh bawak lagu tu ke tak. Kalau dia boleh nyanyi lagu tu, aku rasa lepas ni Anuar Zain tak boleh cari makan.

Kat bawah ni, ada video dari youtube, keesamus nyanyi lagu ayat-ayat cinta by Rossa. Sebijik macam orang melayu yang nyanyi.


p/s: Memang betul la bahasa Melayu ni bahasa Lingua Franca. Kalau nak diikutkan Bahasa Melayu ni, bahasa ke-4 paling banyak dipertuturkan di dunia.

http://keesamus.blogspot.com

Posted by Rafhan on Wednesday 18 April 2012

Maksud Proton Preve

Posted by Rafhan on Tuesday 17 April 2012


Proton Preve baru sahaja di lancarkan di  Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines di Seri Kembangan pada malam tadi. Harga Proton Preve bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000.
Tapi, korang tahu tak maksud proton preve?
Di dalam bahasa Inggeris Preve membawa maksud "To Proof". Membawa maksud, Proton cuba membuktikan komitmen mereka. Apa yang diorang nak proof aku tak tau la, itu korang kena tanya pengarah urusan proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin .
Perkataan  "PREVE" diambil dari sebutan bahasa sepanyol yang bermaksud "to envision" (membayangkan).
Tapi, tolong jangan kaitkan preve dengan "pewit" Amy search ok!!!

HaruskahKu Tinggalkan Nuffnang Untuk Bersama Adverlets?

Posted by Rafhan on Sunday 15 April 2012

Adverlets? Apakah itu? Aku pun tak tau sangat pasal adverlets ni. baru je search kat internet tentang adverlets. Menurut blog hafizAdverlets merupakan salah satu syarikat pengiklanan sama seperti Nuffnang, di mana anda akan meletakkan banner/iklan mereka di blog anda.Syarikat Advertlets merupakan pencabar utama kepada Nuffnang, jadi sekiranya anda meletakkan iklan Adverlets di blog yang mempunyai iklan Nuffnang, status 'gliterati' Nuffnang anda akan hilang dengan serta merta. 

Erk, hilang status glitterati nuffnang? Aku dah dua tahun dengan nuffnang dengan status glitterati. Dalam tempoh dua tahun tu jugak, aku baru dapat 2 BE. Dan di bawah ini adalah BE aku yang ke dua. Dah lama dah dapat, cuma aku baru cash out. Alhamdulillah, boleh la buat tambah untuk aku beli component elektronik final projek aku nanti. Sem akhir ni banyak duit dok keluar. Mujurlah, bisnes antivirus bersama saudara Azrin Khairi sedikit sebanyak membantu kos perbelanjaan di universiti ini.

Yang sebenar2nya, aku nak bagi tahu, yang aku dah fade up dengan nuffnang. Selepas dapat BE yang terakhir tahun lepas, lepas tu langsung x pernah dapat BE. UV (uniq visitor) aku pun bukan la banyak sangat, tapi tak la teruk sangat. Dalam 500 UV. Not bad what? Ada jugak mintak pendapat dari blogger yana elyana. Dia kata boleh cuba adverlets, sebab adverlets akan bayar berdasarkan page view.

Tapi sebenarnya ada pro dan kontra antara nuffnang dan adverlets. Nuffnang kedekut, tapi bila duit dalam akaun dah cukup limit senang nak cash out. Berbeza dengan adverlet, tak kedekut, tapi bila duit dah cukup limit, payah gila nak dicashout. Kira diorang ni mengamalkan konsep hutang la. 

Ada x blogger-blogger di luar sana yang ada pengalaman dengan adverlets? Kalau ada, mintak lah tolong bagi pendapat kat saya, sebab saya sangat-sangat membutuhkan pendapat anda. (camner boleh terkeluar bahasa indon  ni)

Kenali Loo Jo Yee, The Sweet Muslim

Posted by Rafhan on Saturday 14 April 2012

Siapakah Loo Jo Yee? Loo Joo Yee merupakan gadis cina Kristian yang memeluk Islam ketika berumur semuda 17 tahun setelah beberapa kali mendapat hidayah. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang pengamal agama Kristian yang sangat taat. Beliau juga ketika itu bakal dilantik menjadi seorang paderi perempuan pertama di sebuah gereja. 

Lee Jo Yee gemar berdebat dengan rakan-rakan Islamnya tentang hal yang berkaitan dengan agama Islam. Namun Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Semakin Loo Jo Yee cuba mencari kelemahan Islam, semakin hampir beliau dengan Islam. Namun, satu peristiwa telah menjadi satu turning point bagi hidup Loo Yo Jee.

Ikuti kisah suka duka Loo Jo Yee  sebelum dan selepas memeluk Islam, di Youtube. 

P/s: aku lambat tulis kisah Loo Yo Jee ni sebab ingat dia ni orang Korea sebab nama macam KPOP. Tak sangka pulak dia orang Malaysia. Baru je tengok video pasal die kat youtube malam semalam. (blogger di bawah tempurung betul la aku ni)

Erti Cinta Doraemon

Posted by Rafhan


CINTA itu janganlah seperti NOBITA yang selalu putus asa,


CINTA itu janganlah seperti GIANT yang penuh emosi dan syakwasangka,


CINTA itu janganlah seperti SIZUKA yang selalu lemah,


CINTA itu janganlah seperti SINYU yang selalu sombong,


Tapi CINTA  itu seharusnya seperti DORAEMON yang penuh dengan keajaiban....!!


SOURCE: COPY PASTE DARI FB

Isu Rita Rudaini Bercerai Paling Menjadi Tumpuan

Posted by Rafhan


Isu Penceraian Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil Zafuan Abdul Razak, nampaknya telah mencuri perhatian peminat sukan dan hiburan tanah air, apabila banyak keyword searh ke blog aku dengan kata carian "rita rudaini". Rita Rudaini yang merupakan seorang pelakon, telah mendirikan rumah tangga dengan aidil zafuan, pemain bola sepak kebangsaan  melalui satu perkahwinan kontroversi dan dikurniakan dua orang anak, Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin. Aidil sudah pun memfailkan permohanan cerai di mahkamah syariah, dan  memberitahu kepada rita tentang permohonan cerainya hanya melalui SMS. 

Dashat jugak ya, isu penceraian Rita dan Aidil ni. Kalah berita gempa bumi kat acheh tu. Tapi pelik jugak ya, kenapa ada lelaki yang sanggup cerai isteri guna SMS. Kalau melamar awek, boleh guna ayat bunga-bunga " Sudikah awak menemani hidup saya la, bla, bla....." Kalau nak ceraikan pun, buat la dengan tertib. At least, bagi la penghormatan sikit kat perempuan yang pernah lahir kan zuriat dari benih awak tu.

Oklah, selain isu rita dan aidil. Isu  gempa bumi di acheh,  kemenangan Tasha Shila di taja dan twitter zed zaidi turut menjadi isu paling popular pada minggu ini.

p/s: serius penat minggu ni. Dengan test berlambak2 dan final project yang masih belum siap. Alhamdulillah, hilang stress sekejap lepas dapat update blog.

Gempa Bumi di Malaysia

Posted by Rafhan on Thursday 12 April 2012

ORANG ramai keluar dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town.

KUALA LUMPUR – Dua gegaran dalam tempoh hampir dua jam yang berpunca daripada gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia semalam mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk di beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.
Gegaran pertama berlaku kira-kira pukul 4.50 petang dan disusuli pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan penghuni di kediaman tinggi dan berhampiran pantai di negara ini meninggalkan rumah masing-masing. Antara negeri yang merasai gegaran tersebut ialah Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Di pulau pinang, perkhidmatan feri yang menghubungkan Butterworth dan Goerge Town telah dihentikan pada pukul 8.30 malam berikutan gegaran kedua pada 6.45 petang tetapi disambung semula 45 minit kemudian setelah amaran tsunami ditarik balik. Bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang dibuka seperti biasa.
Seorang penduduk flat Bukit Gedung, Siti Nur Zuriani Zaini, 25, memberitahu, orang-ramai lari lintang-pukang sebaik menyedari gegaran berlaku. “Bayangkan bunyi gegaran itu sangat luar biasa seperti tanah sedang bergerak manakala pintu dan perabot rumah pula bergoncang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
source:kosmoonline

Amaran Tsunami Di Malaysia Susulan Gempa Bumi di Acheh

Posted by Rafhan on Wednesday 11 April 2012



Malaysia turut menerima amaran tsunami ,  lantaran gempa bumi di Acheh pada hari ini (petang 11 april 2012) . Selain Malaysia, singapura, thailand dan selatan india turut menerima amaran tsunami. Gempa bumi ini berkekuatan 8.9 skala richter. Sekitar pukul 4 tadi ramai telah mengupdate status facebook memberitahu merasakan gegaran tadi di utara semenanjung.



Selepas gempa bumi acheh 2012 dengan kekuatan 8.9 skala richter tadi amaran tsunami turut dikeluarkan untuk di sebahagian pantai barat semenanjung Malaysia, Singapura, Thailand dan Selatan India. Berikut adalah nasihat untuk orang awam:-

Gempa Bumi Acheh 2012 : Amaran Tsunami

  • Jangan ke kawasan berhampiran pantai
  • Banyakkan doa kepada Allah
  • Berwaspada sentiasa, ini petanda dunia akhir zaman
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan datang hari kiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi”.
(Riwayat Bukhari)

source: forblogger

Cara Terbaru Penyebaran Virus HIV Positif

Posted by Rafhan on Tuesday 10 April 2012



Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati... ...

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. 

Sila SEBARKAN maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...

Wallahu'alam..

source: FB

Pelakon Asal Batman, Adam West Diberi Penghargaan

Posted by Rafhan on Saturday 7 April 2012


Adam West di Walk f Fame
HOLLYWOOD - Aktor pertama yang melakonkan watak asal Batman, Adam West menjadi selebriti terbaharu menerima penghargaan di Walk of Fame di sini kelmarin. Dia yang berusia 83 tahun menerima plak pengiktirafan tersebut selepas menunggu terlalu lama untuk dihargai di laluan nama-nama selebriti terkenal itu.
Kerjayanya sebagai pelakon berlanjutan selama 50 tahun, bermula dengan filem The Young Philadelphians pada tahun 1959.Bagaimanapun, dia mencapai kemasyhuran apabila memegang watak Batman pada tahun 1965 menerusi siri televisyen.
"Saya menganggap mempunyai rekod sebagai aktor paling lama menanti untuk memperoleh (pengiktirafan) bintang di laluan ini (Walk of Fame)," katanya. Menurutnya, dia memegang watak Batman lebih 170 kali. - Agensi
source: kosmoonline

Erti Demokrasi

Posted by Rafhan on Thursday 5 April 2012


Demokrasi seharusnya begini. Ayuh anak muda, turun mengundi pada pilihanraya ke-13. Tunjukkan suara anda pada kertas undi. Itupun kalau korang dah daftar mengundilah. Berani lakukan perubahan positif. We Can Change!!! Bila ek PRU-13? Bila la nak kluar tarikh ni. Baucer dah banyak bagi, tarikh je tak keluar2 lagi.. Tak sabar nak tunggu Tarikh Pilihanraya 1 Malaysia ni. Heheh...

Ucapan Hari Lahir Paling Romantik

Posted by Rafhan

Salam guys. Hari ni nak kongsi ucapan hari lahir / hari jadi yang paling romantik pernah aku dengar. Korang pernah tak tengok drama korea, bertajuk you are beautiful? Waktu tu, babak Go Mi Nam nak ucapkan selamat hari lahir kat Hang Tye Kyung. 


Sambil memeluk Hang Tye Kyung, Go Mi Nam berkata "Sejak hari ini,  hari awak dilahirkania adalah satu hari yang benar-benar berhargaTerima kasih kerana dilahirkan. "

Romantik kan? Touching habis.... Err, sejak bila pulak aku ketagih dengan drama korea ni?


“Since today is the day you were born, it is a truly precious day.
Thank you for being born.”
~Go Mi Nam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...