Demonstrasi Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Posted by Rafhan on Sunday, 2 October 2011


Doa Dibaca bagi Memberkati Perhimpunan

Pada hari jumaat lepas, bersamaan 30 September 2011, bermulalah satu episod baru bagi Universiti Malaysia Pahang. Yang tidur dikejutkan, yang lupa diingatkan, yang termenung ditempelak agar sedar segala tugas. Demonstrasi aman pelajar-pelajar UMP atau lebih tepat lagi, Himpunan Aman Mahasiswa UMP Pekan (HAMUMPP' 11) bagi menyerahkan memorandum menuntut keadilan agar mereka menerima segala hak yang dijanjikan oleh pihak pengurusan. Bukan nak ikut budaya demonstrasi jalanan, tapi sekadar ikut "Plan B" selepas diplomasi (Plan A) langsung x boleh pakai. Pihak polis ditempatkan di lokasi bagi mengawal keadaan. Pemberita luar dilarang masuk. Perhimpunan yang berlangsung selepas Solat Jumaat itu berlangsung dengan suasana aman tanpa sebarang vandalisme dilakukan.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu rasmi UMP. YDP MPP memberi peluang kepada beberapa orang  pelajar untuk menyampaikan luahan rasa hati untuk dikongsi bersama student yang lain. Aku sangat tertarik dengan ucapan Saudara Irsyad yang berbunyi agak styLo, 

Hari ini kita berkumpul bukan nak cari pasal dengan sesiapa. Dalam Islam, sesiapa yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim!! Oleh sebab kita sangat sayang kat pengurusan universiti, kita tidak mahu mereka (pengurusan)  bersikap zalim kepada kita!!"

Selepas ucapan oleh beberapa orang wakil pelajar, muncul Prof . Dr. Yuserrie Bin Zainuddin    (Pengerusi)       Penolong Naib Canselor HEPA datang untuk mententeramkan keadaan. (walaupun keadaan ketika tu memang tenteram). Beliau memberi amaran kepada peserta perhimpunan agar tidak menggunakan alat pembesar suara dan mempamerkan sebarang banner kerana perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit atau lebih tepat lagi perhimpunan haram.  Prof. Dr Yuserrie mendakwa beliau tidak mendapat sebarang pemberitahuan bahawa perhimpunan ini akan diadakan. "saya tak tahu langsung, tak ada pun persatuan pelajar (MPP)  datang jumpa saya untuk berunding", itulah katanya. Prof juga bagi tau yang Perhimpunan seperti ini bukan cara orang berilmu malah lebih baik dilakukan secara rundingan. " sesapa pun boley dtg jumpa saya. Datang terus bilik saya, kita boley runding elok2"

Apa yang menjadi persoalan sekarang, barisan MPP mendakwa rundingan memang telah dilakukan bersama Jhepa. Adakah MPP sekadar dijadikan kambing hitam untuk pihak Jhepa lepas tangan masalah student? Itu aku xnak jawab. Korang boleh pikir sendiri, sebab kita mahassiswa, kita pandai dan kita bukan orang bodoh. Kita boleh berfikir sendiri dan tolong jangan diperbodohkan oleh sesiapa.


Prof. Dr Yuserrie


Ahmad Muizz Pelajar Tahun Akhir Dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Selepas itu, muncul seorang pelajar tahun akhir dari fakulti kejuruteraan mekanikal, Ahmad Muizz. Ahmad Muizz bertanyakan soalan secara terbuka kepada Prof. Dr Yuserrie ketika itu. Beliau bertanya kenapakah beliau tidak layak untuk duduk di kolej kediaman 5 (KK5) sedangkan beliau adalah pelajar tahun akhir dan perlu menyiapkan final projek (dimana semua kemudahan seperti makmal dan perpustakaan terdapat di kampus pekan-KK5). Jawapan yang diberikan cukup mudah, hanya kerana Sistem gagal mengesan nombor matriks Ahmad Muizz yang merupakan pelajar tahun akhir. (Ahmad Muizz adalah  pelajar yang terus lompat masuk tahun 2 guna tiket diploma , so system tak dapat detect dia pelajar tahun akhir). Kisah Ahmad Muiz hanyalah sebahagian kisah duka pelajar yang sempat aku masukkan dalam blog aku ni. kalau nak masukkan semua memang panjang, seminggu menaip belum tentu habis.
Naib Canselor UMP

Lebih Kurang Jam 3 petang, Tetamu yang di tunggu-tunggu telah tiba, Naib Canselor Dato' Dr. Daeng Naser Ibrahim. Beliau berbesar hati menerima memorandum dari pelajar-pelajar kampus pekan dan akan mengkaji segala isi di dalam memorandum itu. Dato NC mendakwa beliau tidak menerima sebarang "Early Warning System" tentang akan diadakan perhimpunan ini. Beliau juga berkata tiada feedback berterusan dari pelajar tentang masalah yang berlaku.

Kesimpulannya yang aku boleh buat disini, jawapan yang paling banyak diberikan ialah banyak jawapan "tak tahu, tak diberitahu". Barisan Mpp mendakwa mereka telah memaklumkan masalah2 di kampus pekan kepada pengurusan JHepa. 

Masalah seperti ni bukan perkara baru, dah lama dah... Orang selalu kata "kalau tak tahu bertanya". Pihak pengurusan, tolonglah bertindak proaktif skit... Takkan nak tunggu sampai diberitahu baru nak bertindak, ke buat-buat tak tahu? Bila berucap sanggup mengaku kami ni  macam anak kamu semua, tapi bila kami ada masalah, senang-senang je cakap tak tahu..   Nampak sangat kamu semua tak pernah anggap kami ni macam anak tapi kamu semua anggap kami macam sampah kan?  Adakah orang2 yang bekerja di Jhepa tidak melakukan kerja mereka? Tidak memaklumkan masalah student di kampus Pekan kepada pihak atasan? itu sekali lagi aku xnak jawab. Korang fikir sendiri. Korang ada otak. Korang bukan bodoh. Kita mahasiswa, kita bijak dan kita tahu baik-buruk. Mudah-mudahan Allah permudahkan doa kita semua...

{ 2 orang bercakap... read them below or add one }

alexayussida said...

baguslah kalau demonstrasi itu untuk tuntut hak kita sbg pelajar n tak bertindak luar kawalan yg hanya akan mencerminkan sikap buruk as a studnt :)

comel said...

susah nak cakap bila jhepa kata x tau bro

kalu ada hitam putih yang mpp da ajukan masalah ni pada pihak jhepa korang boleh cakap "x tau mende da diajukan"

tujuk hitam putih pada n.c bukti yang masalah ni da lama

kk2 dulu bermasalah jugak tapi sebab benda dekat n.c dan orang atasan boleh nampak tu psai diowang jaga betol

anyway nice way to confront to management macam ump.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...