Surat Kepada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (MPP-UMP)

Posted by Rafhan on Sunday, 18 September 2011



Saya mewakili pelajar tahun akhir kejuruteraan elektrik kuasa sangat kecewa apabila kami ditempatkan di bazar muhibbah. Ini telah menyukarkan kami untuk melaksanakan Projek Sarjana Muda (PSM). Adakah pengorbanan kami selama ini dengan dua tahun berulang-alik dari gambang ke pekan menaiki bas tidak langsung diambil kira untuk melayakkan kami menginap di asrama KK5 untuk kami menghadapi tahun akhir kami yang sangat beharga.


Kami sedari mungkin kesilapan ini berpunca dari kesilapan teknikal yang disebabkan oleh nombor matriks kami (pelajar direct entry) yang bermula dengan nombor EC09 sedangkan pelajar non-direct entry bermula dengan nombor EC08. Tetapi adakah kesilapan bodoh seperti ini boleh dijadikan alasan kukuh untuk menyingkirkan kami dari menerima hak untuk menginap di KK5.


Kami juga amat terkilan dengan pemilihan pelajar tahun pertama dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang diberikan tempat di kk5 tanpa mengambil kira prioriti Pelajar Tahun Akhir yang sangat memerlukan Perpustakaan, Makmal, Supervisor untuk menyiapkan PSM kami. Adakah relevan untuk kami mendengar nasihat dari pihak pengurusan untuk belajar hidup susah, sedangkan hakikatnya kami umpama,


"berakit-rakit ke Gambang,
berenang-berenang ke Pekan,
Bersusah-susah dahulu,
sampai tahun akhir pun kene hidup susah"


Mungkin mudah bagi pihak MPP-UMP untuk menyenaraikan segala kemudahan yang terdapat di Bazar Muhibbah tanpa menghuni sendiri Bazar Muhibbah. Ditambah pula dengan jadual bas yang tidak fleksibel untuk kami berulang-alik. Kata orang, "seronok mata memandang, Sakit lagi bahu yang memikul"


Mohon jangan label kami tidak bersyukur dengan apa yang kami terima, tetapi sekadar menuntut hak sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang pengundi pada pilihanraya MPP.


Luahan Hati Tulus Ikhlas Dari,
Wakil Final Year Student(direct entry),
Bachelor In Electrical Power,
University Malaysia Pahang.


p/s: Surat ini telah di hantar ke MPP-UMP 2011/2012 pada 17 September 2011

{ 2 orang bercakap... read them below or add one }

Amirah Adnan said...

yeah! terbaik..! haruslah berani bersuara demi keadilan...

Radin87 said...

memang tak dinafikan kalau dari segi prioriti, tahun akhir perlu diutamakan menginap di kolej kediaman paling hampir dengan makmal.

jadi bersusah-susah dahulu dah tak boleh diguna pakai.. mereka dah tahun akhir!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...