Showing posts with label coretan hati. Show all posts
Showing posts with label coretan hati. Show all posts

Iklan Raya Paling Sedih Sepanjang Zaman

Posted by Rafhan on Tuesday 14 August 2012



Mungkin ini adalah iklan raya paling sedih pernah dihasilkan di Malaysia. Serius BEB, Aku tengok iklan raya ni sampai habis, terus menitis air mata . Iklan ni diterbitkan oleh BERNAS sempena hari raya 2012. Di youtube, iklan ini sudah mencapai view melebihi 600000 orang.

Apa yang lebih penting, adalah mesej dan iktibar yang cuba disampaikan dari iklan ini. Kita melihat bagaimana dua orang sahabat baik Ahmad dan Fizi saling tolong menolong demi menampung kekurangan masing-masing (dimana Ahmad seorang yang bisu dan fizi seorang yang buta). Mereka juga tidak menjadikan kekurangan diri  untuk mereka berasa sedih malah mereka sangat bersyukur dengan kehadiran Aidilfitri.

Mereka menempuh pelbagai halangan untuk pulang ke Kampung Ahmad di Segamat (kerana Ahmad mahu berjumpa dengan ibunya). Dan aku yakin ramai yang menitiskan air mata  sebaik saja melihat babak Ahmad memegang batu nisan kubur ibunya.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa ibu ahmad masih hidup kerana semangat yang ditunjukkan oleh Ahmad dan Fizi begitu bersungguh-sungguh untuk pulang ke kampung untuk berjumpa ibu Ahmad. Dan mereka sangat bersyukur kerana dapat menziarahi pusara ibu Ahmad.

Inilah pengajaran yang harus diambil. Berapa ramai anak muda sekarang yang tidak mahu pulang berhari raya bersama ibu-bapa dan keluarga di atas alasan tidak cukup duit. Tidak mahu pulang kerana persengketaan lama yang belum selesai? Sebenarnya ibu bapa tak harapkan sangat duit kita di hari raya. Cukup sekadar dapat menatap anak kesayangan di hari raya Aidilfitri. Mungkin kita perlu mensyukuri betapa bertuahnya kita, kerana mungkin orang yang kita sayangi masih berada bersama kita pada hari ini. Di Aidilfitri ini, pulanglah ke pangkuan  ibu bapa dan orang yang disayangi.


Saya blogger "Just CaLL me Raf" mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa dan terguris hati sepanjang saya menulis blog (salah tu mesti ada, saya kan manusia biasa).

Brick Game Dari Ibu

Posted by Rafhan on Saturday 5 May 2012


Masih ingatkah anda pada permainan ini? Brick Game, pernah menjadi kegilaan kanak pada tahun 90 'an. Permainan elektronik ini bersaiz sederhana, dan mempunyai fungsi permainan ringkas untuk menyusun "brick" yang terdapat pada skrin. Brick Game, dapat merangsang perkembangan  minda kanak-kanak untuk lebih cekap dalam pengiraan matematik.

Pertama kali aku main brick game sewaktu darjah 2. Tapi bukan brick game aku. Brick game jiran aku yang punya. Setiap kali datang rumah jiran aku tu, mesti aku pinjam dia punya brick game. Waktu tu, harga brick game mahal lagi, mak aku x mampu nak beli. Sehinggalah waktu darjah 4, selepas aku dikhatankan, mak aku tanya nak hadiah apa untuk khatan. Aku pun mintak la brick game.

Seronok gila dapat brick game sendiri. Sampai tak ingat nak baca buku sekolah waktu tu. Aku rasa, dalam banyak-banyak hadiah, hadiah brick game dari mak aku tu la, paling x boleh nak lupa. Walaupun mak aku x banyak sangat duit waktu tu, tapi dia tetap belikan jugak sebab tak nak kecewakan anak dia. Terima Kasih mak.

Rasanya, zaman sekarang dah xde orang nak main brick game dah. Zaman dah berubah dan dunia semakin maju. Computer game, Playstation, Xbox, dah mengambil alih dunia kanak-kanak zaman sekarang.

Flyback Converter VS Inverter by Pongsook Wongdu

Posted by Rafhan on Thursday 3 May 2012

This is my flyback converter circuit. Still under testing in breadboard

Flyback Converter? Flyback Converter a one of SMPS topology in non-Linear power supply. Im do this thing for my final project. So, now, im very struggle to finish my final project. (Actually, not so struggle lah. but my SV make me to be struggle because i have no guide. LOL ). 
Actually, the application of my project is to build the power supply that can function as a battery charger. So, I hope, the battery charger circuit will work properly as the target plan. Because this semester is my final year, im very worried if my project dont work. Because, i want to grad A.S.A.P.


 I just remember the one character in Bollywood film, "3 idiot", when the student project has been rejected by professor Virus. But i very like Pongsuk Wongduu, because his project is very usefull to the society. In that film, pongsook wongduu make "inverter" to convert DC source to AC, where can use in emergency situation.

I hope my final project will succesfull finish, coz after finish this project, i will grade as  engineering student and i hope i will be an engineer that can help society to solve the problem

I would like to thank all lecturer and friend who have give little hand and idea to my final project. 

p/s: actually this is my first time posting 100% english own writing in my blog. So i hope u can understand my broken english. Thnk for reading.

HaruskahKu Tinggalkan Nuffnang Untuk Bersama Adverlets?

Posted by Rafhan on Sunday 15 April 2012

Adverlets? Apakah itu? Aku pun tak tau sangat pasal adverlets ni. baru je search kat internet tentang adverlets. Menurut blog hafizAdverlets merupakan salah satu syarikat pengiklanan sama seperti Nuffnang, di mana anda akan meletakkan banner/iklan mereka di blog anda.Syarikat Advertlets merupakan pencabar utama kepada Nuffnang, jadi sekiranya anda meletakkan iklan Adverlets di blog yang mempunyai iklan Nuffnang, status 'gliterati' Nuffnang anda akan hilang dengan serta merta. 

Erk, hilang status glitterati nuffnang? Aku dah dua tahun dengan nuffnang dengan status glitterati. Dalam tempoh dua tahun tu jugak, aku baru dapat 2 BE. Dan di bawah ini adalah BE aku yang ke dua. Dah lama dah dapat, cuma aku baru cash out. Alhamdulillah, boleh la buat tambah untuk aku beli component elektronik final projek aku nanti. Sem akhir ni banyak duit dok keluar. Mujurlah, bisnes antivirus bersama saudara Azrin Khairi sedikit sebanyak membantu kos perbelanjaan di universiti ini.

Yang sebenar2nya, aku nak bagi tahu, yang aku dah fade up dengan nuffnang. Selepas dapat BE yang terakhir tahun lepas, lepas tu langsung x pernah dapat BE. UV (uniq visitor) aku pun bukan la banyak sangat, tapi tak la teruk sangat. Dalam 500 UV. Not bad what? Ada jugak mintak pendapat dari blogger yana elyana. Dia kata boleh cuba adverlets, sebab adverlets akan bayar berdasarkan page view.

Tapi sebenarnya ada pro dan kontra antara nuffnang dan adverlets. Nuffnang kedekut, tapi bila duit dalam akaun dah cukup limit senang nak cash out. Berbeza dengan adverlet, tak kedekut, tapi bila duit dah cukup limit, payah gila nak dicashout. Kira diorang ni mengamalkan konsep hutang la. 

Ada x blogger-blogger di luar sana yang ada pengalaman dengan adverlets? Kalau ada, mintak lah tolong bagi pendapat kat saya, sebab saya sangat-sangat membutuhkan pendapat anda. (camner boleh terkeluar bahasa indon  ni)

Erti Cinta Doraemon

Posted by Rafhan on Saturday 14 April 2012


CINTA itu janganlah seperti NOBITA yang selalu putus asa,


CINTA itu janganlah seperti GIANT yang penuh emosi dan syakwasangka,


CINTA itu janganlah seperti SIZUKA yang selalu lemah,


CINTA itu janganlah seperti SINYU yang selalu sombong,


Tapi CINTA  itu seharusnya seperti DORAEMON yang penuh dengan keajaiban....!!


SOURCE: COPY PASTE DARI FB

Erti Demokrasi

Posted by Rafhan on Thursday 5 April 2012


Demokrasi seharusnya begini. Ayuh anak muda, turun mengundi pada pilihanraya ke-13. Tunjukkan suara anda pada kertas undi. Itupun kalau korang dah daftar mengundilah. Berani lakukan perubahan positif. We Can Change!!! Bila ek PRU-13? Bila la nak kluar tarikh ni. Baucer dah banyak bagi, tarikh je tak keluar2 lagi.. Tak sabar nak tunggu Tarikh Pilihanraya 1 Malaysia ni. Heheh...

"JANGAN" di Dalam Islam

Posted by Rafhan on Sunday 25 March 2012



Salam guys,tiba-tiba teringat nasihat dari my aunty supaya berani untuk menyatakan tidak dalam kehidupan. Supaya kita tak jadi macam pak turut. Let say, kalau ada kawan-kawan ajak buat benda yang salah, beranilah untuk mengatakan tidak. Jangan hanya ikut atau mengiyakan apa yang dilakukan. Barulah kita akan dihormati sebagai orang yang mempunyai prinsip hidup. Dalam masa yang sama dengan mengatakan tidak, kita sebenarnya beusaha untuk mencegah kemungkaran.

Ok, di bawah ni ada perkara menarik yang aku jumpa dalam facebook siapa entah. "Perkara Yang Jangan dilakukan Sebagai Seorang Islam". Sekadar berkongsi untuk kebaikan bersama.. :)

1) JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

2) JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


3) JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna


4) JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

5) JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

6) JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

7) JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

8) JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

9) JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

10) JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

11) JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

12) JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

13) JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

14) JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

15) JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

16)  JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Kenapa Saya Sedih Apabila Menerima Cek Dari Nuffnang?

Posted by Rafhan on Wednesday 21 March 2012

Salam guys. Hari ni saya nak cerita kisah sedih gembira. Kisah gembira apabila saya telah menerima pendapatan pertama saya melalui Nuffnang. Cek Nuffnang RM127.14 sebagai pengubat lelah setelah lebih setahun berbolgging. Alhamdulillah...
Cek Nuffnang yang telah diterima pada minggu lepas.

Sebenarnya pendapatan ni berjaya diproleh apabila aku menerima 5 kempen buffered earning. Lame jugak nak tebus cek ni, ambil masa hampir 2 bulan untuk diproses. Tetapi apa yang buat aku sedih ya? Apa ya? Tak kan la dah dapat cek nuffnang pun nak sedih lagi? Pelik jugak kan.. Kan? Kan?

Pendapatan RM2.25 dalam tempoh 3 bulan

Selepas aku cash out pendapatan nuffnang yang pertama, ini sahajalah pendapatan yang aku dapat dalam tempoh 3 bulan. Di ulangi sekali lagi 3 bulan. Dulu pernah dengar cerita dari rakan2 blogger aku, yang nuffnang ni pilih kasih. Hanya akan bagi pendapatan tinggi kat anak-anak emas mereka macam red mummy dan hanis Zalikha. Mula-mula memang x percaya, tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru terasa macam nak percaya...

redmumia redmummy
red zalikha Hanis Zalikha

Red mummy dan Hanis Zalikha, boleh x bagi laluan kat blogger2 picisan macam saya ni, nk cari duit poket sket gune Nuffnang. Grrrr....Btw, Hanis Zalikha sangat comel... X jadi nak marah..... Hanis, jangan nangis ok, saya x marah pown... 

Baju Makan Malam A.K.A Grand Dinner

Posted by Rafhan on Saturday 17 March 2012

Salam guys. Pernah x korang hadir ke majlis makan malam? Baju macam mana yang korang pilih ke majlis makan malam ek? Sebenarnya malam ni, aku akan pergi majlis makan malam anjuran Student tahun akhir fakulti kejuruteraan elektrik. Secara jujurnya, aku ni bukanlah seorang yang pandai berfesyen, tapi untuk menghormati tema yang telah ditetapkan oleh penganjur, aku cuba juga mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada malam ni. Tema yang ditetapkan oleh penganjur adalah " Black & Red".

Ini salah satu fesyen makan malam yang aku jumpa kat internet. "The Tuxedo". Macam cerita Jackie Chan tu. Tapi baju ni nampak formal sangat lah. Mesti mahal ni, bajet aku ciput jer..

Hah, fesyen ni nampak stail dan tak terlalu formal. Aku rase klu ganti kemeja tu dengan T-shirt pun stylo jugak. Macam Korean style.

Eh, awek saper plak ni? Kan bagus klu ade couple untuk gi dinner malam ni.. Aku rase, klu pakai seluar jeans skinny macam awek ni stylo juga untuk gantikan seluar slack.. (Seluar jeans memang aku dah ada, so jimat duit xyah beli)

Oh, ni pun salah satu pilihan yang agak stylo. Tapi aku rase baju cam gini x sesuai dengan orang yang rendah cam aku ni. Sesuai untuk orang yang tinggi je.. Hermmm.....

Alamak, colourfull nyer.. Wah ini baru betul-betul K-POP. Silau mata mak, Nyah!!!!

Baju cam gini, boleh pakai ke bawak gi dinner? Mantap!!!

But, this is awesome one. Respect kat Hana Tajima. Walaupun suka berfesyen, but still tutup her aurat. Hana Tajima, jom teman saya gi dinner malam ni.

Kategori Updater Status Facebook

Posted by Rafhan on Wednesday 7 March 2012


Salam guys. Nak tanya sket.. Korang ada facebook tak? Klu ada, mesti korang ada pengalaman mengupdate  status facebook. Yer la, Contoh status yang biasa ada kat FB biasanya :

Status 1: Pagi tadi breakfast nasi lemak
Status 2: Frust la. x sempat tengok Vanilla Coklat malam tadi
Status 3: Bosannya kerja hari ni..

Korang ni jenis yang addicted tak untuk update status facebook. Sapa yang ada friends beribu-riban kat facebook mesti sronok kan bile ade orang like dan comment die punya status. Tapi, agak2 korang la kan. Kita ni kat golongan yang mana? Boleh la refer kat gambar di atas tu... tepuk dada tanya lah iman... :)

Valentines Day dan Kondom

Posted by Rafhan on Sunday 12 February 2012


Salam Guys. 14 Febuari datang lagi. Ada apa dengan 14 Febuari? Menurut sumber, 14 Febuari adalah hari di mana penjualan kondom Durex meningkat sehingga 25% . Alat penguji kehamilan (Pregnancy Test) juga akan turut mencatat penjualan tertinggi pada Bulan Mac selepas 14 febuari. 14 Febuari, seperti yang sudah mula dipromosikan di iklan-iklan televisyen di Malaysia (sebuah negara di mana konsep 1 Malaysia di amalkan) sebenarnya adalah hari valentines day atau juga disebut sebagai hari memperingati kekasih. Hari istimewa yang menjadi kegemaran pasangan muda-mudi yang sedang hangit  bercinta. Yang lebih memalukan, hari Valentines day disambut secara “terlebih over” oleh  remaja Melayu Islam di Malaysia.

Salahke Orang Islam sambut Valentines ni? Entah, aku bukan mufti. Pergi la tanya ustaz. Review balik fatwa yang dah dikeluarkan oleh majlis mufti ke. Malaslah nak membebel panjang2. Korangkan da besar panjang. Aku just nak story-mory pasal sejarah Valentines Day yang pernah aku dengar. Sebab ramai yang sambut valentines day tanpa mengetahui asal-usul sejarah valentines day..

Kalau korang search kat internet, ada banyak version tentang sejarah valentines day ni. Aku ceritakan satu version je, sebab aku pernah dengar version yang ni dalam satu tazkirah  dua tahun lepas.

Hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine (Valentino) dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Ketika itu, pemuda-pemuda di Rom sibuk bercinta dan berkasih-sayang. Keaadaan ini menyebabkan kurangnya anak muda menyertai pasukan tentera Rom. Pemimpin Rom ketika itu berpendapat hubungan cinta (lelaki & perempuan) perlu disekat bagi menguatkan kembali angkatan tentera Rom yang kian lemah. Perkahwinan telah dilarang ketika itu. St. Valentine menentang ketetapan raja untuk mewajibkan setiap rakyat memasuki tentera malah telah menikahkan pasangan muda-mudi secara rahsia. Akhirnya Valentino telah ditangkap dan dipenjarakan. Raja Romawi, Claudius II (265-270) mengarahkan agar Valentino  dijatuhi hukuman mati. Valentino dihukum mati pada 14 Februari 269 Masihi. Bagi mengenang jasa paderi ini, 14 febuari dijadikan sebagai hari memperingati kekasih (Valentine day) sehingga ke hari ini...

p/s: dimanakah kita? tepuk dada tanyalah Iman... 

Biodata Nabi Muhammad S.A.W

Posted by Rafhan on Saturday 4 February 2012


Sebentar sahaja lagi , umat Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.  Professor Hans Kung, seorang penulis buku bukan Islam dalam satu wawancara sangat mengagumi nabi Muhammad S.A.W. Beliau berpendapat, baginda adalah orang yang bertanggungjawab menyatukan seluruh tanah arab. Beliau menyarankan agar orang Islam, sepatutnya menjadi promoter yang baik untuk Nabi Muhammad agar agama Islam dikenali dan diterima baik di Eropah. Untuk menjadi promoter yang baik, sikap dan akhlak Rasulullah s.a.w haruslah dicontohi oleh umat Islam pada abad ke-21 ini agar ia dapat diteladani oleh orang bukan Islam.

Biodata Nabi Muhammad S.A.W  [source]
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Rasulullah SAW wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

Kepada umat Islam, saya ingin mengucapkan selamat  menyambut Maulidur Rasul. Sama-samalah kita memperbaiki diri  dan mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W. Semoga kita semua dirahmati Allah, Insyaallah...

Cerita Tentang Katak Kecil

Posted by Rafhan on Tuesday 17 January 2012

katak pekak, katak tuli, katak pekak menang, deaf frog, cute frog
Salam guys. Tadi sedang aku menyelongkar document dalam external harddisk aku, tetiba aku terjumpa katak comel nie.. (bukan katak hidup). Tapi cerita tentang katak kecil yang disimpan dalam format microsoft  power point (.PPT). So, aku berminat sangat nak kongsi dengan korang  criter katak ni. Memang menyentuh perasaan criter ni, (aku tau ada yang dah pernah baca criter ni). Aku tak tau sapa penulis asal criter katak kecil ni, tapi aku nak sangat ucapkan terima kasih kepada penulis asal cerita ni... thanx ya... Ok jom kita enjoy cerita katak kecil...

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. 


Penonton berkumpul bersama  mengelilingi menara untuk menyaksikan  perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... 


Perlumbaan pun dimulakan...


Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.


Terdengar ada yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
“Mereka  TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
... Kecuali mereka  yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak
"Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada  seekor katak yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak mahu menyerah kalah!



Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali  seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi  satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Nasihat dari cerita ini adalah:


Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!


Selalulah berfikiran positifBersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!


Selalulah berfikir:

I can do this!

Kongsi pesanan ini kepada  sahabat anda dengan menekan butang Like. Kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang sering  memberi motivasi antara satu sama lain.

Gay Masturbate The Sperma

Posted by Rafhan on Friday 13 January 2012

gay, sperm, liwat, batang panjang, penis, sperma, semen, maria ozawa masturbate, masturbation, orgasme, anal, squirt, online sex, gangbang, big tit, chumshoot, tit job, blowjob, handjob, doggystyle, 69, girlfriend, wife, masturbasi, vagina, payudara besar, tetek, mantap, pantat, puki
Klik Imej Untuk Lebih Besar

Gay Masturbate Sperma. Erk, Ape ke jadahnya keyword  macam ni tersesat kat blog aku. Sejak bila pulak blog ni dah jadi blog lucah. Ish, ish gay pulak tu. Ingin saya tegaskan disini yang saya bukan gay. Saya lelaki normal OK!! (mintak jauh la bende2 macam ni).  Hari ni, kat Malaysia, banyak sangat rasenye orang suke kat kaum sejenis, siap ade pelajar kita kawin pakai tengkolok lagi kat UK.  (gambar profile nuffnang kat aku terpaksa dicensor kerana malu yang amat sangat) 



Ok, ini adalah pemandangan Laut Mati di Jordan. Di mana Allah s.w.t telah menurunkan bencana kepada Kaum nabi Luth yang gemar melakukan aktiviti Homoseksual. Kesan dari bencana masih kekal sehingga ke hari ini.  Ihsan gambar dari sun3tpini

Jom sama-sama kita baca dan hayati kisah kaum nabi luth yang dipetik dari blog IbnuZain. Semoga dapat manfaatnya bersama-sama.

KISAH KAUM NABI LUTH لو ط
Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan berlaku kira-kira tahun 1800 SM(1). Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum, iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.


Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14 Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.


Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual. Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya. Maksud ayat-ayat ini: 

(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu
yang keji itu”.

Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum. Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth, sebagaimana maksud ayat:172-173:

(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”. Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakan gunung-gunung berapi ini(2).

Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-‘Ankabut maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”. Inilah untung nasib kesudahan yang tabi’i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.


rujukan
1 Harun Yahya, Kaum-Kaum Yang Pupus, Trj: Rozalli Hashim, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2004, m/s:52.
2 Asy-Syahid Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Jilid:12, m/s:394.

Selamat Hari Lahir Kakak

Posted by Rafhan on Tuesday 10 January 2012

kad hari jadi, birthday card, ucapan hari lahir, hadiah hari jadi, ucapan paling istemewa

Saya ada kakak. Saya panggil dia Alang. Hari ni birthday dia. Saya nak ucapkan terima kasih kerana dilahirkan sebagai kakak saya

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanfaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,

May Allah Save U.. Dunia & Akhirat

Berat Badan Ideal?

Posted by Rafhan on Tuesday 3 January 2012


Speechless seketika bila mengetahui aku dapat tahu yang berat badan aku berlebihan.. Selepas menyemak  menggunakan kalkulator jisim berat badan,  berat badan 62 kilogram rupanya tak sesuai dengan ketinggian dan umur aku. Nampak nya lepas ni akan ku lari tanpa henti!!!! :)

Sambutan Tahun Baru 2012

Posted by Rafhan on Saturday 31 December 2011



Salam Guys. Esok  kita akan menyambut tahun baru masihi 2012 (kalau nak tahu apa itu tahun masihi, boleh pergi kat wiki). Saya ambik kesempatan untuk ucapkan selamat tahun baru kepada u all. Bila masuk tahun baru, mesti ramai yang pasang azam baru... (biase la tu kan). Macam aku, azam aku ialah, aku nak grade on time tahun ni... erk, apesal la simple sangat azam ko ni raf, xde wawasan ke kau ni? Tahun 2012 mungkin tahun terakhir aku sebagai seorang pelajar, sebab selepas ni aku akan beralih ke alam pekerjaan..


Cakap pasal grad, sebenarnya tahun depan aku akan menduduki final exam yang bermula pada 3 jan 2012. Erk, tahun depan? lame lagi tuh, padahal lagi 3 hari je lagik.. hampeh... So, secara kesimpulannya, sambutan tahun baru aku pada tahun ni akan di sambut di dalam bilik sambil menenung buku2 yang dicintai.. hehe.. (macam la aku pernah celebrated new year)...

Semoga tahun baru ini akan memberi erti untuk korang semua. Harap-harap apa yang anda hajati pada tahun baru ni akan tercapai.. Insyaallah... 

Ok guys, sampai sini je aku tulis.. Jaga diri selalu dan jangan nakal-nakal.. Salam...

Selamat Pengantin Baru & Wanita Idaman

Posted by Rafhan on Monday 5 December 2011

Orang kata, semakin umur meningkat maka semakin besarlah tanggungjawab yang harus di pikul. Begitulah yang aku rasa bila nampak ramai kawan-kawan di sekeliling aku yang melangsungkan perkahwinan pada bulan ni (yelah, sekarangkan musim cuti sekolah, memangler ramai orang kawen).

Ada seorang kawan tanye kat aku, " Raf, kau ni dah tua la.. Bila nak kawen?"  
"Bukan aku x nak kawen, tapi tunggulah aku habis belajar dulu ", Jawabku bersahaja.

Kadang-kadang soalan macam tu, buat aku jadi takut. Teruk sangat ke aku ni dalam merancang hidup? Member-member sekeliling aku semua dah ada kerjaya masing2 dan ade keluarga. Tapi aku masih bergelut nak habiskan degree aku ni. 

Tapi bila aku fikir-fikir balik setiap orang ada jalan hidup masing2. Aku manusia biasa hanya mampu merancang dan harus bersyukur dengan apa yang aku ada. Mungkin lepas ni, bila aku jumpa dengan wanita idaman aku, aku kawen la.. Ergh... wanita idaman? kau nak perempuan yang macam mana raf?


Seksi macam rita rudaini? Pergh.. tinggi gila taste ko... Agak-agak la sikit...


Nak yang bertudung litup macam tiz zaqyah dalam criter Nur kasih ke? Ini pun high taste jugak ni... patut ler xde GF sampai sekarang yer. Memilih sangat.....

Sebenarnya aku x kisah sangat soal subjektif. Yang penting wanita idaman aku tu boleh teman kan aku ketika aku susah dan senang dan setia temankan aku hingga ke hari tua

Ergh setia macam gambar  kat bawah ni...bahagia sungguh..... :)


Kepada kawan-kawan aku  yang baru melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru dan semoga perkahwinan bahagia hingga ke akhir hayat. Insyaallah... 

Bunting di Atas Pelamin ?

Posted by Rafhan on Sunday 4 December 2011


Malam tadi sewaktu lepak bersama kawan-kawan aku sempat membincangkan suatu topik hangat  iaitu "Bunting Pelamin". Satu perkataan yang biasa aku dengar sejak kecil, tapi aku tak pernah tahu maksudnya sehingga ke hari ni, (dah tua bangka pun tak tahu-tahu lagi).

Seorang kawan ku bertanya, apa yang korang tahu tentang bunting pelamin? Aku pun jawabla menggunakan teori fuzzy logic aku. Aku kata bunting pelamin tu maksudnya dibuntingkan ketika bersanding di atas pelamin. Aku tahu sebenarnya jawapan aku tu tak logic, saje je nak buat lawak bodoh. Banyak juga jawapan kelakar keluar dari mulut kawan-kawan aku. Antaranya:

1. Bunting pelamin maksudnya pregnant dulu baru nikah (kantoi anak luar nikah la ni)
2. Nikah dulu lepas tu pregnant. Lepas tu baru bersanding dalam keadaan pregnant. (nikah gantung)
3. Lepas naik pelamin, malam pertama terus pregnant
4. Bunting ni bukan untuk kucing je ke?

Sebenarnya jawapan yang No 3 tu paling hampir dengan maksud sebenar bunting pelamin. Sebenarnya bunting pelamin ni bermaksud disahkan mengandung pada tempoh yang awal selepas pernikahan/perkahwinan. Kira bunting pelamin ni bukan la kes kantoi anak luar nikah yer...

Haha oklah, kepada mana-mana perempuan yang sedang mengandung di luar sana, tahniah diucapkan. Semoga kandungan berada dalam keadaan baik. Rezeki dari Allah tu.. Ok bye...

Saya Benci Bila Orang Sebar Gambar Bogel Awek Saya

Posted by Rafhan on Tuesday 29 November 2011

gambar bogel, gambar bogel awek, gambar bogel taylor swiwt, taylor swift nude, nude picture, masturbation, maria ozawa, terra patrick, redtube, japan av,taylor sex video,pamela anderson,taylor swift naked picture, anal,beautiful woman, jenna jamesson, hollywood nude picture

Salam guys. Saya nak tanya, apa perasaan korang bila gambar bogel kekasih korang tersebar di internet. Tak kisah la, gambar original ke, superimpose ke.. korang marah x?

Minggu lepas, sewaktu melihat keyword search analytic melalui Nuffnang, perkataan "Taylor Swift Masuk Islam" telah masuk ke dalam blog aku. Agak pelik bunyi nya. Aku pun try la google. Rupa-rupanya ramai blogger Indonesia dah tulis pasal pendedahan gambar bogel Taylor Swift oleh laman Web Celebrity Jihad. Waktu tu, masih belum ada blogger Malaysia yang tulis pasal kisah ni.. Aku malas nak ambik pot cerita-cerita macam ni, so aku biar je la.. Lagi pun aku sayang kat Taylor Swift..

Selang beberapa hari, cerita ni berjaya dihidu oleh blogger-blogger malaysia. Ramai jugak yang tulis pasal cerita ni. Tak payah la aku cerita siapa.. Kesian betul kat Taylor Swift. Cerita buruk dia cepat betul meletup.

Oklah, aku cuma nak korang pejam mata, lepas tu bayangkan lah taylor swift tu awek korang ker, adik kandung korang ker, kakak korang ker lepas tu tiba-tiba ade gambar bogel dia tersebar di internet, lepas tu, orang promosi kan pulak cerita dia kat internet, korang marah tak?

Aku cuma nak tegur sikap kita semua. Adakah semata-mata mahu menaikkan ranking blog, kita sanggup melanggar prinsip hidup dan melukakan hati orang lain. Dengan meletakkan gambar seksi wanita di blog tak ubah seperti menjadikan wanita mangsa ekploitasi. Kita blogger, kita semua ade hati perut OK!!!. Tolong jangan jadi blogger murahan. Tak guna kalau ranking blog naik mencanak tapi Isi blog macam laman web pornografi.

Mungkin korang boleh je label aku sebagai salah seorang yang mempromosikan kisah Taylor Swift ni, tapi sekurang-kurangnya aku puas sebab dah beri teguran dan nasihat(korang pun boleh beri nasihat kat aku kalau korang nak, aku sedia mendengar).

Oklah, last sekali aku nak bagi tahu yang aku sayang kat Taylor Swift... Bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...