Showing posts with label Komuniti blogger. Show all posts
Showing posts with label Komuniti blogger. Show all posts
Home » Posts filed under Komuniti blogger
Kenapa Saya Sedih Apabila Menerima Cek Dari Nuffnang?
Posted by Rafhan on Wednesday, 21 March 2012
Salam guys. Hari ni saya nak cerita kisah sedih gembira. Kisah gembira apabila saya telah menerima pendapatan pertama saya melalui Nuffnang. Cek Nuffnang RM127.14 sebagai pengubat lelah setelah lebih setahun berbolgging. Alhamdulillah...
Cek Nuffnang yang telah diterima pada minggu lepas.
Sebenarnya pendapatan ni berjaya diproleh apabila aku menerima 5 kempen buffered earning. Lame jugak nak tebus cek ni, ambil masa hampir 2 bulan untuk diproses. Tetapi apa yang buat aku sedih ya? Apa ya? Tak kan la dah dapat cek nuffnang pun nak sedih lagi? Pelik jugak kan.. Kan? Kan?
Pendapatan RM2.25 dalam tempoh 3 bulan
Selepas aku cash out pendapatan nuffnang yang pertama, ini sahajalah pendapatan yang aku dapat dalam tempoh 3 bulan. Di ulangi sekali lagi 3 bulan. Dulu pernah dengar cerita dari rakan2 blogger aku, yang nuffnang ni pilih kasih. Hanya akan bagi pendapatan tinggi kat anak-anak emas mereka macam red mummy dan hanis Zalikha. Mula-mula memang x percaya, tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru terasa macam nak percaya...
Red mummy dan Hanis Zalikha, boleh x bagi laluan kat blogger2 picisan macam saya ni, nk cari duit poket sket gune Nuffnang. Grrrr....Btw, Hanis Zalikha sangat comel... X jadi nak marah..... Hanis, jangan nangis ok, saya x marah pown...
Terima Kasih Irine Nadia Marcello
Posted by Rafhan on Saturday, 22 January 2011
Assalamualaikum, peace be upon you... Firstly nak ucapkan terima kasih kepada pemilik blog Irine Nadia Marcello yang sudi share Link blog kucing aku di posting terbaru beliau. Kepada rakan-rakan blogger, aku nak minta maaf kalau aku tak sempat nak balas blogwalking dan komen. Semester ni aku agak busy untuk mencari tempat practical dan aku ada repeat subject yang aku gagal semester lepas (Electrocmagnetic Field Theory). Jika seorang kaunselor yang bagus akan menjadi pendengar yang setia, aku pula sebagai seorang blogger cuba menjadi pembaca yang setia. So, don't worry o.k!
Semester ni aku mulakan kehidupan di kampus baru UMP, yang terletak di Pekan, Pahang. Walaupun agak membosankan tinggal di kampus baru (kerana kekurangan fasaliti) namun ianya berbaloi kerana sekurang-kurangnya dapat menjimatkan banyak masa daripada berulang-alik dari kampus utama di Gambang. Berita gembira juga sebenarnya apabila gelanggang futsal disini sangat mudah dibooking terutama pada waktu malam.
Si Bulat
Si kelabu
Sejak akhir-akhir ni ramai yang share video orang bunuh kucing kat dalam facebook (kebanyakannya video dari barat). Aku tak larat nak tengok video macam tu sampai habis. Ade kucing kena bakar hidup-hidup, kene pijak dengan kasut tumit tinggi. Aku juga pernah lihat video seekor musang kena siat kulit hidup-hidup. Aku tak faham kenape diorang sanggup buat macam tu. Harap-harap, Taylor Swift tak terlibat la dengan benda-benda camtu.
Actually aku memang suke dengan perempuan yang sayang kucing, sebab tu ade peribahasa yang berbunyi, "Biar perempuan secantik Taylor Swift, akan ku reject jika menzalimi kucing". Ok, aku tamatkan disini. Salam Ukkhuwah. Kalau ada masa jemput singgah ke Blog Nadia Marcello. Popular dia ni. Kalah Si Ben Ashaari tu.
+1 artikel Terima Kasih Irine Nadia Marcello →
Skuad Bola Sepak Negara Selamatkan Blog Aku
Posted by Rafhan on Wednesday, 5 January 2011
Antara prank yang popular di laman social (source)
Assalamualaikum semua. Harap masih tak terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara kita yang berjaya memenangi Piala AFF Suzuki buat julung kalinya. Memang di mana-mana sahaja sekarang ini, topik perbualan tentang bola sepak Malaysia masih belum reda. Prank tentang Bola Sepak Malaysia juga telah banyak tersebar di social networking seperti Facebook. Ya, kita berhak untuk meraikan kemenangan negara kita dalam Piala AFF tapi jangan pulak sampai hilang fokus dalam kerja seharian sudah la ek.
Alhamdulillah, dengan bermulanya semester baru, sekali lagi bermulalah azam baru aku, walaupun azam lama masih belum pernah tertunai. Tetapi sebagai manusia biasa kita perlu merancang kehidupan kerana kita tahu Allah jualah yang menentukan segalanya. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi jengah ke blog aku ni walaupun aku kadang-kadang jarang balas blogwalking korang. Minta maaf sangat-sangat yer. Memang waktu cuti semester aku jarang online sebab malas nak pergi cybercafe (rumah aku xde internet) dan aku sibuk melakukan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh Puan Hajjah Fatimah (mak aku la tu). Tapi itu x bermakna yang mak aku membenci teknologi kerana kata mak, "kita hanya perlu berbelanja ikut keperluan". (Actually memang aku tak perlukan internet sangat waktu kat kampung)
Tanpa disangka-sangka aku juga telah menumpang tuah kemenangan pasukan Malaysia apabila banyak traffic yang tersangkut ke blog aku pada minggu ni datang melalui keyword search seperti gambar skuad bolasepak negara, gambar safiq rahim, muslim ahmad, gambar pemain bolasepak malaysia, muslim ahmad pemain malaysia, pemain bolasepak no 24. Ini sedikit sebanyak telah menyelamatkan blog aku dalam ranking Alexa daripada jatuh menjunam.
Kita semua masih dalam nafas tahun baru maal hijrah dan masihi. Aku ucapkan semoga kita semua dapat melalui kehidupan yang lebih baik pada tahun baru ini. Wassalam..
+1 artikel Skuad Bola Sepak Negara Selamatkan Blog Aku →
Cara Letak UrL Link Pada Comment Post
Posted by Rafhan on Saturday, 13 November 2010
Actually ini bukan tutorial, sebab aku rasa aku bukannya expert sangat untuk memberi tutorial. Ramai lagi blogger-blogger kat luar sana yang lebih pandai dan otai dari aku. Aku ni setengah tahun jagung pun tak sampai lagi. Posting kali ni lebih kepada "knowledge sharing" sahaja. (Kata nak kejar status negara maju, kena la sharing knowledge selalu, tak kan nak kena buat menara tinggi-tinggi baru boleh jadi maju. Tak gitu?).
+1 artikel Cara Letak UrL Link Pada Comment Post →
Anugerah Energetic Blogger sebagai penghargaan untuk rakan-rakan bloggers
Posted by Rafhan on Saturday, 14 August 2010