Lakaran Menara Warisan (possible design)
ia akan membawa maksud, sebuah bangunan tinggi yang menyimpan harta peninggalan.
Persoalannya sekarang adakah menara warisan ini akan menjadi warisan kepada anak-anak cucu kita yang juga bakal menjadi sebahagian dari warga di negara tercinta ini. Adakah menara warisan akan memberikan impak positif kepada ekonomi dan pembangunan negara? Di atas kertas mungin ya, malah, Encik PM sendiri (DATUK Seri Najib Razak) menegaskan cadangan membina Menara Warisan di ibu negara, bukan projek pembaziran, sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan negara.
Terdapat Fan Pages bagi mereka yang menyokong pembinaan menara warisan. Pages yang diberi nama "Kami Sokong Menara Warisan" mempunyai seramai 2283 ahli.
Bagi mereka yang membantah cadangan pembinaan menara warisan, terdapat satu Fan pages yang diberi nama "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" yang mempunyai seramai 205510 orang ahli.
Pie Chart di atas menunjukkan statistic bilangan rakyat Malaysia yang membantah dan menyokong cadangan pembinaan Menara Warisan di laman sosial facebook. Jika statistik di atas merupakan suara sebenar rakyat Malaysia, encik PM harus berfikir kembali tentang Bajet 2011 yang telah dibentangkannya baru-baru ini. Mungkin sebagai seorang pemimpin, beliau telah mengambil teori "Thick Face, Black heart" dalam membuat keputusan, tetapi suara rakyat perlulah di ambil perhatian (walaupun suara rakyat adakalanya salah).
Encik PM juga ada berkata, “Dalam sejarah, bila Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang, dia (pembangkang) serang juga, sekarang orang Pulau Pinang minta jambatan kedua... bila Tun Dr Mahathir buat Menara Berkembar pun dipertikaikan, secara rasional pembinaan Menara Warisan sama seperti membina Menara Berkembar Petronas mewujudkan kesan ekonomi kerana melaluinya banyak kerja kontraktor boleh diagihkan.”
Mungkin kita boleh meniru idea Tun Mahathir (che det) membina menara KLCC, tetapi pembinaan menara KLCC adalah untuk menyuntik semangat rakyat Malaysia. Untuk menyatakan kita, orang Malaysia mempunyai maruahnya sendiri. Kita telah membuktikannya. Siapa sangka, negara membangun seperti Malaysia mampu menandingi menara tertinggi di dunia ketika itu. Tun M, telah membuktikannya. Malah, Menara KLCC sekarang, merupakan tempat pengurusan Bisnes terbesar di negara ini (Petronas).
Ya, kita boleh meniru, apa yang dilakukan Tun M. Tetapi, adakah kita mampu berhadapan dengan masalah yang bakal mendatang. Sewaktu, pembinaan menara KLCC dahulu, pelbagai masalah yang dihadapi seperti bajet, masa, keselamatan, (anda boleh rujuk National Geographic "Mega Structure"). Di tambah pula dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu kebelakangan ini.
Kita telah memiliki menara KLCC. Hampir mustahil Menara Warisan akan menewaskan impak keangkuhan Menara KLCC. Era persaingan menara tertinggi sudah berakhir di negara ini. Apa yang penting sekarang adalah kita bersaing untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam akhlak, ekonomi dan pendidikan.
Tiada guna menara tinggi jika budi rendah,
Tiada guna menara tinggi jika indeks rasuah tinggi,
Tiada guna menara tinggi jika taraf pendidikan rendah,
Tiada guna menara tinggi jika kes buang bayi tinggi,
Tiada guna menara tinggi jika kemiskinan tinggi.
Tinggi-tinggikan apa yang patut,
Rendah-rendahkan apa yang patut.
Perbahasan Bajet 2011-Menara Warisan Merdeka 100 tingkat
p/s: I don't like politic, because politic is dirty. But I most know about politic because I Love my country.
Ditulis dan diolah berdasarkan sumber:
berita harian
{ 4 orang bercakap... read them below or add one }
yup..harap dipertimbngkan sebaik-baiknya.jom singgah blog sy ;)
aku sbnrnya tak setuju sgt pasal menara ni...duit yg dilabur tak setimpal dgn keuntungan terhadap rakyat...tu ada kata...yg kaya semakin kaya raya.yg miskin jd papa kedana
betul3!
ana pun x suke politik tp HARUS ambil tahu demi masa depan yg lebih terjamin...
jgn biarkan yg di bawah terus dipijak dan di henyak golongan yg kononnya elit dan cendiakawan..
Kempen Bantah Menara Warisan 100 Tingkat Cecah 204000 Orang
Oleh Suara Keadilan
KUALA LUMPUR 30 Okt - Cadangan Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mendapat tekanan hebat apabila laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sudah melebihi 200,000 orang, setakat hari ini.
Laman sosial facebook '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' dilancarkan sejak 2 minggu lepas mendapat sambutan hangat selepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila dikatakan kos pembinaan menelan kos sebanyak RM5 bilion.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di dalam twitternya membidas tindakan 'cybertrooper' MCA yang memperlekehkan sokongan rakyat bertali arus membantah pembinaan menara 100 tingkat tersebut.
"Sungguh memalukan! MCA melalui cybertrooper sanggup memperkecil-kecilkan sokongan rakyat yang sudah melebihi 200,000 orang terhadap kempen di laman sosial Facebook "NoMegaTower" di mana sepatutnya Menteri dan pemimpin MCA sepatutnya menyuarakan pendapat mereka," ujar beliau.
Kit Siang turut menegaskan supaya Najib memberikan respon segera terhadap 8.7 juta pengguna laman facebook di Malaysia yang terdiri dari 38% kumpulan umur lingkungan daripada 18-24 tahun dan 33% kumpulan umur lingkungan daripada 25-34 tahun.
Setakat pukul 12 tengahari, seramai 203,922 orang telah memberikan sokongan kepada kempen tersebut.
Sebelum itu, Najib berkata Menara Warisan 100 tingkat bakal disiapkan menjelang tahun 2020 dengan kos sebanyak RM5 bilion dengan menggunakan dana daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Post a Comment