Taylor Swift Pernah Jadi Mangsa Buli

Posted by Rafhan on Thursday, 9 December 2010

Jangan jadi mangsa buli

Mungkin ramai yang tak tahu jika Taylor Swift pernah menjadi mangsa buli dan disisihkan oleh mereka yang memandang rendah terhadap dirinya.  Namun, beliau  tetap  bersabar dan hanya meluahkan isi hatinya melalui bait-bait lagu ciptaannya.
Taylor Alison Swift

Sebelum menjadi seorang bintang yang terkenal seperti hari ini, Taylor Swift seperti kebanyakan remaja perempuan yang lain, meniti hari sebagai seorang pelajar dan menghadiri kelas tambahan untuk melengkapkan diri dengan ilmu.

Tidak seperti rakan sebayanya yang lain, Taylor Swift lebih menunjukkan bakat dalam bidang penulisan. Jadi tak hairanlah jika Taylor Swift pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan sajak peringkat nasional seawal usia 4 tahun melalui sajaknya yang berjudul “Monster In My Closet”.

Ketika usia 12 tahun pula, sewaktu teman-temannya menghabiskan masa cuti musim panas, Swift lebih selesa duduk di dalam biliknya dan menulis sebuah novel setebal 350 muka surat yang sehingga kini masih lagi berada dalam simpanannya.

Tetapi, kerana cintanya terhadap muzik dan lebih-lebih lagi dengan darah seni yang mengalir dalam dirinya itu (neneknya, Majorie Finlay seorang penyanyi opera), Swift mahu meneruskan minatnya sebagai anak seni. Ianya bermula apabila ada seseorang yang mengajarnya untuk bermain gitar dengan tiga kod, sekaligus telah mendorong beliau untuk meminati instrumen muzik sehingga terhasilnya lagu pertama ciptaannya sendiri, “Lucky You”.

Taylor Swift lebih gemar kepada muzik irama country kerana menganggap muzik itu dapat membuatkannya lebih mudah untuk meluahkan  isi hati dan pengalaman hidup menerusi lirik-lirik yang dihasilkannya sendiri. Malah, lagu-lagu Taylor Swift  dianggap seperti diarinya sendiri oleh sebahagian peminatnya.

p/s: Hidup ni penuh misteri kan.. Siapa sangka orang yang dulunya selalu kena buli sekarang dah jadi jutawan kat hollywood..

Artikel diolah dari:
Mega Utusan Malaysia, 9 Dec 2010

{ 6 orang bercakap... read them below or add one }

Puteri Iqa Izyan said...

kesian die..
tp skang dah femes gile
comel lak tuh :P

adrinaqamarina said...

a'a dye memang mangsa buli. tambah3. orang salu ejek rambut dye. skunk dye sangat hepy dengan rambut dye tu.

dye penah rasa rendah diri dengan rambut curl dye tu.

nurmisnan said...

salam rafhan..
she's beautiful n gorgeous

amirah said...

org yg cantik comel pon kena buli.hehe

alexayussida said...

siapa sngka org yg dlunya malas blaja tp adalah genius..keke..:p

salam..dtg ziarah slps smnggu bz....sowiii..sihat x rafhan?

Yehyah said...

wah!!bca ksh hidup taylor swift sma sperti mbca kisah hdup vokalis kumpulan linkin park chester bennington.cma taylor lbh bernasib baik drp chester..apapun kdua-dua insan ini sdh berjaya sbgai selebriti.tahniah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...