Betul Ke Aidil Zafuan Mencarut ?

Posted by Rafhan on Sunday 10 June 2012


Mesti korang semua ada tengok friendly games Malaysia VS Singapore kelmarin. Jaringan pertama Singapura pada minit ke-87 menimbulkan kontroversi. Keputusan pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam jelas menimbulkan keraguan apabila memberikan sepakan percuma di dalam kawasan kotak penalti skuad Harimau Malaya. Insiden tersebut berlaku selepas Kai Lam dikatakan tidak berpuas hati dengan reaksi pemain pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak yang menjerit perkataan Yes (yang disangkakannya sebagai mencarut) selepas penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamatkan sepakan penalti Qiu Li. Pada masa yang sama, Kai Lam turut melayangkan kad kuning kepada Aidil sejurus insiden itu.
source: Kosmo

{ 2 orang bercakap... read them below or add one }

nurmisnan said...

Hmm... cepat sgt pengadil tuh layang kad kuning.. agarnya dia dgr bunyi lain kot..

Apple said...

Mentaliti org luar kepada orang Malaysia ialah tak pandai menggunakan bahasa Inggeris dengan betul.Walau kita menggunakan perkataan yang tepat, mentaliti tu mengaburi kebanyakan pihak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...