Home » Posts filed under info sukaN
Posted by
Rafhan on Sunday, 10 June 2012
Mesti korang semua ada tengok friendly games Malaysia VS Singapore kelmarin. Jaringan pertama Singapura pada minit ke-87 menimbulkan kontroversi. Keputusan pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam jelas menimbulkan keraguan apabila memberikan sepakan percuma di dalam kawasan kotak penalti skuad Harimau Malaya. Insiden tersebut berlaku selepas Kai Lam dikatakan tidak berpuas hati dengan reaksi pemain pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak yang menjerit perkataan Yes (yang disangkakannya sebagai mencarut) selepas penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamatkan sepakan penalti Qiu Li. Pada masa yang sama, Kai Lam turut melayangkan kad kuning kepada Aidil sejurus insiden itu.
source: Kosmo
Posted by
Rafhan on Sunday, 1 January 2012
Safee Sali amat menghargai tawaran selangor untuk mengambilnya kembali beraksi di saingan Liga Super. Mengakui terharu dengan ‘jemputan’ tersebut, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim begitupun berkata, ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat. Ini kerana, beliau membayangkan Safee akan kekal bersama kelabnya, Pelita Jaya apabila dijangka memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada 31 Januari ini.
Kontroversi berhubung masa depan Safee yang dikatakan tidak dapat beraksi bersama skuad Harimau Malaya gara-gara Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga semakin hampir menemui jalan penyelesaian. Ini kerana Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sah telah diambil alih oleh Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia baru-baru ini.
Posted by
Rafhan on Thursday, 1 December 2011
Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011. Norshahrul itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam. Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.
Musim lalu, anugerah itu dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai sebelum ditukar kepada Anugerah MPV Supermokh tahun ini. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat pemain bola sepak tempatan. Norshahrul menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij itu yang mengambil nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.
“Saya tidak sangka menang. Ia sangat hebat dan memang merupakan satu penghormatan yang amat besar bagi saya selepas memenangi anugerah pertama Supermokh ini.“Kejayaan memenangi anugerah yang dinamakan sempena nama legenda bola sepak negara ini memang benar-benar hebat bagi saya memandangkan saya juga seorang pemain yang beraksi di posisi penyerang,” kata pemain yang berasal dari Besut, Terengganu itu.
Selain menerima anugerah tertinggi itu, Norshahrul turut terpilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Datuk Ng Jui Sia.
Sementara itu, ketua jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dipilih memenangi anugerah Jurulatih Terbaik. Kemenangan tersebut adalah hasil kejayaannya membawa Terengganu muncul juara Piala FA musim ini selain kemaraan pasukan itu ke final Piala Malaysia sebelum tewas kepada Negeri Sembilan. Khairul Fahmi pula dipilih sebagai pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara Safiq Rahim (Selangor) dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.
Posted by
Rafhan on Friday, 25 November 2011
Setelah tewas kepada Syria 2-0, Skuad olimpik Malaysia akan melayan kunjungan Skuad Olimpik Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada ahad ini. Memang perlawanan ini, sangat ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tanah air untuk melihat anak buah Ong Kim Swe meraih mata pertama pada pusingan kelayakan olimpik ini.
Mungkin kekalahan 2-0 ke atas syria boleh dimaafkan oleh peminat bolasepak Malaysia kerana Skuad Olimpik kita agak keletihan selepas jadual ketat perlawanan bola sepak sukan sea di Indonesia di mana malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lepas.
Di harapkan agar pasukan Malaysia mampu mempamerkan aksi terbaik ditambah pula dengan kemasukan Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria yang telah bersedia diturunkan pada aksi Ahad ini.
Sama-samalah kita mendoakan kejayaan skuad olimpik negara. Memang satu pencapaian yang boleh dibanggakan kalau skuad kita layak ke Olimpik London, sebab dalam bola sepak tiada yang mustahil.Kalau pasukan Senegal pun boleh pergi sampai suku akhir kat World Cup 2002, kita pun x mustahil boleh masuk olimpik. Insyaallah...
Posted by
Rafhan on Thursday, 24 November 2011
Inilah Gambar Baddrol Bakhtiar Yang Telah Disuperimpose
Gara-gara tidak boleh menerima kekalahan pasukan Indonesia pada acara final bola sepak sukan sea, ada penyokong Indonesia yang sanggup mengedit gambar kapten pasukan bawah 23 tahun Malaysia , Baddrol Bakhtiar menjadi seekor monyet.
Tindakan ini seolah-olah cuba menghina rakyat Malaysia dan cuba mencetuskan provokasi di alam maya. Ini sekaligus menunjukkan penyokong Indonesia tidak sporting sekaligus tidak menghormati semangat kesukanan.
Adakah kerana sebuah kemenangan, adab dan sopan sanggup di gadaikan? Sangat memalukan dan tidak mencerminkan budaya Asia. Mungkin juga pemimpin mereka tak menunjukkan contoh yang baik untuk rakyat mereka. Ketika di Final Piala AFF Suzuki pun (Malaysia Menang Waktu Tu), Bapak President juga tidak sporting kerana tidak menyampaikan pingat kepada pasukan Malaysia (padahal tengok sampai habis game tu). Yang sampaikan pingat waktu tu pun menteri olahraga diorang (Malaranggeng kalau x silap nama dia).
Ok lah, apa-apa pun aku harap, kita sebagai rakyat Malaysia tidak mencetuskan dan melayan sebarang provokasi terhadap rakyat Indonesia, sebab kita sporting OK!!! Lagipun kalau xde Orang Indonesia kat Malaysia ni susah jugak, nanti banyak bangunan tak siap. Nak harapkan Orang Malaysia? mana la mampu nak kerja kuat-kuat jadi buruh binaan kan. Yang jadi mat rempit banyak plak kan....
Posted by
Rafhan on Tuesday, 22 November 2011
Syabas Pasukan Bawah 23 tahun Malaysia yang berjaya muncul juara Bola Sepak Sukan Sea sebentar tadi. Perlawanan penuh dramatik itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 hingga tamat waktu tambahan.
Risau jugak aku bila tengok Fakri Saarani gagal jaringkan salah satu sepakan penalti. Nasib baik Khairul fahmi Che mat save satu sepakan penalti indonesia. Apek memang terbaik (aku x layan kisah peribadi dia).
Yang paling best bila tengok jaringan penalti kencang Baddrol Bakhtiar yang bergolek masuk ke dalam pintu goal indonesia walaupun berjaya ditampan oleh penjaga gol Indonesia. Cayalah Baddrol. Keeper Indonesia hanya mampu tengok je bola tu masuk dalam gawang, memang mendebarkan.
Menang acara bola sepak sukan sea sebenarnya memberikan satu impak psikologi yang besar sebenarnya. Ramai orang kata, kalau x jadi juara kesuluruhan sukan sea tidak mengapa asal kan menang Bola Sepak. Sebab menang pingat emas sukan sea bola sepak macam jadi juara kesuluruhan. Tak guna jadi juara kesuluruhan tapi kalah bola sepak.
Apa-apa pun syabas untuk pasukan Malaysia yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan sangat sporting ketika bermain (Walaupun dapat layanan yang sangat buruk dari tuan rumah Indonesia). Semoga terus berjaya di pusingan kelayakan olimpik selepas ini..
Barisan pemain final bola sepak sukan sea:
Indonesia: Kurnia Mega; Gunawan Dwi Cahyo, Abdul Rahman, Hasim Kipuw, Diego Michels, Mahardiga Lasut (Hendro Siswanto), Egi Melgiansyah, Octovianus Maniani, Andik Vermansyah (Ferdinand Sinaga), Patrich Wanggai, Titus Bonai.
Subtitution: Andritany Ardhiyasa, Hendro Siswanto, Lucas Mandowen, Hasim Kipuw, Yongky Aribowo, Seftia Hadi, Yericho Cristiantoko, Ramdani Lestaluhu, Ferdinand Sinaga
Malaysia: Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, G kandasamy Gurusamy (Mansor Muhd Nazmi Faiz), Ahmad Mohomad Muslim, Bakhtiar Baddrol, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ambumamme Thamil Arasu, Saarani Ahmad Fakri
Subtitution: MOhd Azmi Mohd Zubir, Jusoh Abdul Shukur, Othman Mohamd Fandi, Roslan Mohd Izham Tarmizi, Yong Kuong Yong, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris
Posted by
Rafhan on Thursday, 22 September 2011
SKUAD bola sepak negara berjaya mengelak daripada kekalahan besar apabila hanya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, semalam.
Terima kasih kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan bahaya pasukan tuan rumah di babak pertama dan empat di babak kedua.
Jika tidak kerana kecemerlangan Fahmi, Malaysia hampir pasti menjadi ‘lauk’ kepada pasukan Samurai Biru yang seperti dijangka menguasai sebahagian besar permainan.
Hanya dua gol gagal dihalang Fahmi iaitu menerusi Keigo Higashi pada minit ke-11 dan Ryohei Yamazaki pada minit ke-77. Itu pun selepas Jepun mengasak bertali arus.
Ternyata skuad negara bukan lawan setanding untuk Jepun yang jelas memiliki kelebihan dalam segala segi baik kawalan bola, kawalan dan gaya permainan, ketenangan, skil, teknik serta taktik.
Seawal minit kedua lagi Fahmi sudah diuji apabila berjaya menghalang bola satu-dua pemain Jepun di depan gawang sebagai tanda amaran betapa deretan percubaan bahaya bakal terus menyusul selepas itu.
Ia ternyata benar apabila satu demi satu penyerang Jepun membolosi kubu negara menerusi gerakan-gerakan kemas dan menarik dari setiap penjuru.
Kegagalan pemain negara mengawal permainan dengan kemas dan memegang bola dengan yakin menjadi faktor kenapa tiada langsung percubaan bahaya berjaya diilhamkan anak-anak buah Ong Kim Swee sepanjang permainan.
Hanya di babak kedua, satu-satunya percubaan yang berjaya dicipta menerusi Thamil Arasu pada minit ke-63 tetapi belum sempat dapat meledakkan sepakan dari dalam kotak penalti, ia mudah dipatahkan pertahanan Jepun.
Dalam pada itu pujian juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan skuad negara kerana ampuh bertahan ketika berkampung di kubu sendiri.
Posted by
Rafhan on Tuesday, 20 September 2011
Mohd Safiq Rahim
Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal yang selama ini dilihat sering menjadi keutamaan Rajagobal tiba-tiba disingkirkan daripada senarai 26 pemain yang terpilih menjelang aksi persahabatan menentang Australia di Sydney pada 10 Oktober depan. Meskipun Safiq difahamkan terpinggir gara-gara penggantungan setelah mendapat kad merah semasa menentang Singapura pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini, ketiadaan Amirulhadi dalam senarai pemain kali ini sememangnya mengejutkan.
Safiq Rahim meraikan gol melalui jaringan sepakan bebas menewaskan penjaga gol Liverpool
Tidak mustahil, prestasi hambar yang ditunjukkan oleh Safiq dan Amirulhadi ketika mewakili Selangor pada kancah saingan Piala Malaysia kali ini juga antara penyebab mengapa kedua-dua pemain itu digugurkan daripada senarai pemain negara bagi menentang Socceroos kelak. Selain beberapa muka baharu seperti Norhafiz Zamani Misbah, Khyril Muhymeen Zambri, Joseph Kalang Tie, Faizal Muhamad, Shahrom Kalam serta dua penjaga gol, Farizal Marlias dan Norazlan Razali yang dipanggil ketika ini, Rajagobal turut menamakan beberapa tonggak Olimpik negara bagi menghadapi cabaran Australia.
Antara pemain Olimpik yang mendapat kepercayaan Rajagobal kali ini termasuklah Mahali Jasuli, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Izzaq Faris Ramlan, K. Gurusamy dan Syahrul Azwari Ibrahim.
Rajagobal begitupun enggan mengulas lanjut mengenai ketiadaan Safiq dan Amirulhadi dalam senarai pemainnya kali ini. Menurut beliau, dia hanya memilih pemain yang berada pada prestasi terbaik serta bebas daripada sebarang kecederaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan itu. “Meskipun hanya berstatus perlawanan persahabatan, saya harap banyak yang kita boleh pelajari dalam pertemuan menentang Australia kelak. “Kesemua pemain itu akan dipanggil menjalani latihan sebaik selesai menjalankan tugas bersama pasukan masing-masing selepas ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Difahamkan, daripada 26 pemain tersebut, hanya 22 pemain sahaja yang akan terpilih menyarung jersi kebangsaan menentang Australia nanti. Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali yang ketika ini menjalani ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City juga antara muka-muka lama yang masih mendapat kepercayaan Rajagobal selain Norshahrul Idlan Talaha yang turut dipanggil semula selepas diketepikan gara-gara kecederaan sebelum ini.
Antara pemain-pemain lain yang turut terpilih termasuklah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Asraruddin Putra Omar, Mohd. Amar Rohidan, S Kunanlan dan Baddrol Bakhtiar. Kehadiran semula penyerang Kuala Lumpur, Yong Kuong Yong yang cukup cemerlang membantu pasukannya pada edisi Piala Malaysia kali ini juga dilihat boleh memberikan lebih banyak pilihan kepada Rajagobal dalam merencana strategi menggempur gawang Australia kelak.
Pertemuan menentang Australia yang diperkuatkan dengan pemain terkenal seperti Tim Cahill, Harry Kewell dan Mark Schwarzer itu ternyata merupakan medan terbaik buat Rajagobal menguji barisan pemain terbaiknya dalam usaha untuk mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki AFF pada tahun depan.
Perlawanan itu juga bakal menjadi ujian buat skuad negara meraih pengalaman berguna semasa beraksi di pentas antarabangsa menjelang Kelayakan Piala Asia 2015 selepas ini setelah ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 6-4, pada penghujung Julai lalu.
source:kosmoonline
Posted by
Rafhan on Thursday, 15 September 2011
Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin. Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.
Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu. "Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds. "Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah. "Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu. "Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik. "Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.
Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City. Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya. "Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.
Posted by
Rafhan on Tuesday, 13 September 2011
Segala-galanya kini terserah kepada kudrat dan kemampuan penyerang negara, Mohd Safee Sali untuk membuktikan kemampuannya kepada pengurus Cardiff City, Malky Mackay. Kelab Indonesia yang diwakilinya, Pelita Jaya FC sudah memberikan lampu hijau kepada pemain berusia 27 tahun itu untuk menjalani ujian percubaan (trial) bersama kelab Liga Divisyen Dua England terbabit selama dua minggu bermula semalam.
Perkhabaran gembira terbabit disahkan pengurus peribadinya, Zakaria Abd Rahim yang menjelaskan pelepasan amat dinantikan itu sudah diberikan pihak pengurusan PJFC dan surat pelepasan terbabit juga sudah dikeluarkan pagi semalam. “Persetujuan sudah dicapai antara kedua-dua pihak dan dia dijadualkan kembali ke Malaysia pada Ahad ini (tengahari) sebelum berangkat ke sana beberapa jam selepas itu,” katanya semalam.
Menurutnya, Mohd Safee akan tinggal di asrama pemain dan berpeluang menjalani latihan bersama-sama skuad utama kelab berpangkalan di Wales itu yang bersaing dalam Liga Kejuaraan. “Dia akan diberikan sehari dua sebelum memulakan ujian percubaan terbabit. Perkembangan dan kebolehannya akan dipantau menerusi ujian serta program yang disusun panel pemilihan sepanjang tempoh terbabit dan berkemungkinan besar turut mendapat peluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan bagi membuktikan kebolehannya dalam aksi perlawanan sebenar. “Sekiranya berjaya memikat hati kelab terbabit, terpulanglah kepada budi bicara pihak Cardiff City untuk berunding dengan PJFC kerana dia masih mempunyai kontrak sehingga Januari 2012,” katanya.
Cardiff City bagaimanapun mungkin terpaksa membayar dengan harga mahal bagi mendapatkan khidmat penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu kerana dia antara pemain tonggak yang membantu PJFC mengelakkan diri daripada tersingkir ke liga bawahan, musim lalu. Khidmatnya jelas amat diperlukan apabila menjadi satu-satunya pemain import Pelita Jaya FC yang tidak digugurkan musim ini bagi menghadapi saingan musim baru Liga Super Indonesia (ISL) yang bermula 8 Oktober depan.
source:
mymetro
Posted by
Rafhan on Thursday, 8 September 2011
Kumpulan C Pusingan Ke-3 Kelayakan Olimpik London 2012
Skuad Olimpik negara akan turun menentang Jepun pada 21/9/2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun pada aksi sulung Kumpulan C
. Persoalaannya sekarang mampukah pasukan negara untuk menundukkan gergasi Asia itu. Khabarnya, pasukan Jepun tidak memandang remeh terhadap kebangkitan skuad Olimpik negara apabila menyenaraikan hampir 10 pemain yang memenangi pingat emas sukan Asia di Guangzhou 2010.
Barisan Pemain Skuad Olimpik Malaysia
Barisan Pemain Skuad Olimpik Jepun
Berikut merupakan senarai pelatih skuad Olimpik yang disenaraikan oleh FAM
PENJAGA GOL :-
Zamer Selamat - Izham Tarmizi Roslan - Khairul Fahmi Che Mat
PERTAHANAN :-
Zubir Azmi - Nazirul Naim Che Hashim - Amer Saidin - Fandi Othman - Syazwan Tajuddin - Nazmi Faiz Mansor - Mahalli Jasuli - Muslim Ahmad.
TENGAH :-
Ferris Danial Mat Nasir - Wan Zaharulnizam Wan Zakaria - Faizal Abu Bakar - Abdul Shukur Jusoh - Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham - K. Gurusamy.
PENYERANG :-
A. Thamil Arasu - Syahrul Azwari Ibrahim - Ahmad Hazwan Bakri - Izuan Solahuddin - Izzaq Faris Ramlan.
DIPINJAMKAN KEPADA FC VION ZLATE MORAVCE :-
Wan Zack - Fadhli Shas - Irfan Fazail (Akan bersama 22 pemain lain apabila tiba saat untuk ke Japan)
5 PEMAIN DIGUGURKAN :-
- Gary Steven Robert gugur sebb Red Card Lawan Lebanon (Suspended)
- Sasikumar gugur kerana dah ada 3 keeper.
- Azrul Azmi gugur sebab umur dia sudah 23 tahun.(utk Sukan Sea boleh)
- Affize gugur kerana injured.
-Fakri Saarani mgkin prestasi ataupun kecederaan.
KEJAYAAN DI SLOVAKIA
26/07/2011 ->Harimau Muda 1-0 FK Bodva Moldava
30/07/2011 ->Harimau Muda 2-1 MFK Topvar Topolcany
02/08/2011 ->Harimau Muda 2-1 Tatran Liptovský Mikuláš
09/08/2011 ->Harimau Muda 1-4 Budapest Honved FC
16/08/2011 ->Harimau Muda 2-0 MFK Dolný KubÃn
23/08/2011 ->Harimau Muda 0-1 FC Nitra
24/08/2011 ->Harimau Muda 1-0 FC Levice
Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik Zon Asia (Pusingan Ke-3)
21/09/2011 -> Japan(H) vs MALAYSIA
23/11/2011 -> MALAYSIA(H) vs Syria
27/11/2011 -> MALAYSIA(H) vs Bahrain
05/02/2012 -> Bahrain(H) vs MALAYSIA
22/02/2012 -> MALAYSIA(H) vs Japan
14/03/2012 -> Syria(H) vs MALAYSIA
Marilah bersama-sama kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan muda bolesepak kebangsaan negara kita.
source: kitar semula
pic: 1, 2, 3,
Posted by
Rafhan on Wednesday, 20 April 2011
Norshahrul Idlan Talaha merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Kelantan di Liga Super Malaysia. Beliau juga seorang pemain yang handal. Norshahrul mewakili pasukan Malaysia sejak dari peringkat remaja lagi. Dia pernah bermain di kejohanan Belia Asia 2004. Dia juga salah seorang anggota pasukan yang memenangi Pestabola Merdeka 2007. Norshahrul mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.
Biodata Diri:
Nama: Norshahrul Idlan Talaha
Tarikh lahir: 8 Jun 1986
Tempat lahir: Terengganu, Malaysia
Tinggi: 1.67 m (5 kaki 5 1 / 2 inci)
Posisi: Penyerang
Kelab: Kelantan FA
Nombor: 9
Kerjaya kelab
2003-2006 Perak
2006-2007 Negeri Sembilan
2007-2009 UPB-MyTeam
2009 - Kelantan
Mewakili pasukan Malaysia
2003-2004 Malaysia U-20 2006-2010 Malaysia U-23
Posted by
Rafhan on Saturday, 9 April 2011
Pasukan ternama di Liga BPL Liverpool dan Chelsea memilih Malaysia sebagai lokasi pemanas badan bagi mereka menghadapi musim 2011/2012.Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang mengatakan pihaknya telah mendapat persetujuan daripada dua kelab tersebut.
Namun tambah mengembirakan lagi,selain Liverpool dan Chelsea ada satu lagi kelab dari Liga BPL yang turut juga memilih Malaysia sebagai lokasi untuk perlawanan pra-musim.Namun begitu,identiti kelab tersebut tidak diketahui lagi dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.Ura-ura mengatakan,kelab tersebut ialah Arsenal Fc.
Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada Julai nanti,dan sudah tentulah skuad Malaysia XI akan menggalas tugas bagi menghadapi saingan kelab-kelab ternama ini.Tarikh bagi kesemua perlawanan ini akan diumumkan FAM pada masa akan datang.
Mengikut sejarah,ini baru pertama kali The Kop(Liverpool) datang ke Malaysia.Selepas Thailand dan Singapura dijadikan perlawanan pemanas pada tahun 2009 kini giliran Malaysia bagi menguji kemampuan mereka.
Pada Perlawnan persahabatan itu Thailand telah berjaya mengikat Liverpool dengan kedudukan (1-1),manakala Singapura dibelasah dengan jaringan (5-0). Diharap barisan pemain-pemain Malaysia akan bermain sehabis mungkin dan tidak terlalu menghormati lawan yang majoriti dibarisi pemain-pemain ternama.
Isu kehadiran Chelsea menjadi tanda tanya kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, dan kelulusan perlu diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membolehkan warga Israel dalam skuad Chelsea iaitu pengurusnya, Avram Grant serta pemain tengah, Tal Ben Haim menjejakkan kaki ke Malaysia.
source: harimaumalaya
Posted by
Rafhan on Saturday, 18 December 2010
Selain
Rusia yang akan menjadi penganjur Piala Dunia 2018, undian oleh ahli-ahli jawatan kuasa FIFA di Zurich, Switzerland juga telah memilih Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022. Berikut adalah stadium Piala Dunia Qatar 2022 (posible design).
Stadium Khalifa International
Bandar: Doha
Kapasiti: 68,030
Posted by
Rafhan on Sunday, 12 December 2010
Undian oleh ahli-ahli jawatan kuasa FIFA di Zurich, Switzerland telah memilih Rusia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018 manakala Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Andrei Arshavin Melakukan Tugas Sebagai Pelobi Dengan Baik
Posted by
Rafhan on Thursday, 18 November 2010
Seperti yang kita sedia maklum, Kempen pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang dicemari masalah kecederaan pemain di Sukan Asia akhirnya sampai ke penghujung jalan setelah tewas 1-3 kepada Iran dalan pusingan kedua acara tersebut di Stadium Yuexiu pada Isnin lalu. Namun ia satu situasi yang boleh dibanggakan apabila Malaysia melangkah ke pusingan ke dua buat kali pertama sejak 32 tahun. Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Mari kita saksikan gambar aksi-aksi menarik skuad negara di Sukan Asia 2010.
Khyril Muhymeen Zambri mengasak pemain Iran, Arash Afshin dalam perlawanan pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia di Guangzhou pada 15 Nov 2010
Posted by
Rafhan on Sunday, 14 November 2010
GUANGZHOU: Acara bola sepak mencipta kejutan apabila Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini, Sabtu. Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.
Posted by
Rafhan on Tuesday, 9 November 2010
CHANTURU (kiri) muncul wira skuad bola sepak negara apabila menjaringkan gol kemenangan pada aksi menentang Kyrgyzstan semalam. Malaysia menang 2– 1.
GUANGZHOU - Skuad bola sepak kebangsaan memulakan langkah kanan pada kempen Sukan Asia 2010 setelah berjaya menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Huadu di sini petang semalam.
Dua pemain Kelantan, Nor- shahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu masing-masing meledak gol pada minit ke-27 dan 59 manakala jaringan tunggal Kyrgyzstan dihasilkan Sydykov minit ke-37.
Posted by
Rafhan on Sunday, 17 October 2010
Berikut adalah Keputusan perlawanan suku akhir Piala Malaysia
16/10/2010
Perlis 1 Negeri Sembilan 3 (Negeri Sembilan layak agregat 4-1)
Kedah 3 Terengganu 0 (Kedah layak agregat 5-2)
Pahang 2 Johor FC 1 (Johor FC menerusi peraturan gol di tempat lawan (2-2))
Jadual perlawanan separuh akhir pertama
Kedah lwn Kelantan (Stadium Darul Aman, Alor Setar)
Negeri Sembilan lwn Johor FC (Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi)
Keputusan perlawanan suku akhir Piala Malaysia
Posted by
Rafhan on Thursday, 12 August 2010
Ranking 139 dunia? Mungkin ada rakyat Malaysia yang malu dengan ranking skuad bolasepak negara ketika ini, tetapi inilah hakikat yang harus diterima. Sekurang-kurangnya ranking ke-139 dunia membuktikan sedikit peningkatan berbanding ranking ke-142 dunia sebelum ini. Thailand pula menjadi kuasa bolasepak asia tenggara dengan menduduki ranking ke-104 dunia. Teman berharap suatu hari nanti zaman kegemilangan bolasepak Malaysia akan muncul kembali.
p/s: selalu dengar cerita dari mak tentang kehebatan Allayarham Mokhtar Dahari.