Malaysia Mara Ke Pusingan Kedua Bola Sepak Sukan Asia

Posted by Rafhan on Sunday 14 November 2010

GUANGZHOU: Acara bola sepak mencipta kejutan apabila Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini, Sabtu. Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.
Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam Kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lepas, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.
Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.
Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.
Kad merah ketiga dilayangkan kepada S.Kunalan pada minit ke-81.
Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelengu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.
Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83.
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahalli Jasuli, Mohamed Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S. Kunalan, Mohd Faizal Abu Bakar (K.Gurusamy), Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu.
CHINA: Zhang Shichang, Li Jianbin, Wu Xi (Lu Wenjun), Zhang Linpeng, Zhao Honglue, Zhou Yun, Lu Peng, Wang Xuanhong, Wang Yunlong, Zhang Yuan, Zhang Jian.-BERNAMA
source: mStar Online

{ 6 orang bercakap... read them below or add one }

Unknown said...

yeah!! Malaysia mmg superb!

amirah said...

xtgok...xtau apa2 pon..tapi bila skodeng blog ni terus jadi tahu mcm2..hehe...
agogo malaysia :)

Rafhan said...

Malaysia tumbang angkara pengadil
- kosmo online
MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Aka-chan said...

x suke !!! ref berat sebelah ! nampak sgt kot.. huhu. x adil. malaysia wat mistake sikit je pun sibuk nak tiup whistle, bila china buat mistake boleh plak dia pejam mata wat2 x nampak.. memang nak p bunuh je ref tuh..

kalau boleh semua die nak kasi kad merah! huhuhu.. geram betol nih ! ;p

china pun main cap ayam. malaysia 8 pemain pun kubu pertahanan mantap. sebab pemain china x berkualiti la, dapat bolos 3 jek. tu pun, 2 free kick and 1 penalti.. huahuahua. ;p

Azrul Adnan said...

haha..ref berat sebelah..ntah dah dapat rasuah kot..??

alexayussida said...

wah!tahniah malaysiaku:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...