Home » All posts
Cara Check Kualiti Handphone Melalui iMEI
Posted by Rafhan on Thursday, 6 October 2011
+1 artikel Cara Check Kualiti Handphone Melalui iMEI →
Download Drama Stanza Cinta TV3
Posted by Rafhan on Monday, 3 October 2011
Drama Stanza Cinta Episode 1 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 2 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 3 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 4 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 5 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 6 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 7 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 8 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 9 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 10 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 11 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 12 = DOWNLOAD
Drama Stanza Cinta Episode 13 = DOWNLOAD (TAMAT)
Kredit: kepalabergetar, jiwang.org
Pelakon Utama : Aaron Aziz (Irfan Ikmal), Nur Fathia (Amni Sorfina), Fizz Fairuzz (Taufiq Imran)SINOPSIS DRAMA STANZA CINTA (TV3)
Drama bertema keagamaan adaptasi dari Novel Stanza Cinta Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)… berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim. Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang lain?
Amni merupakan seorang gadis miskin yang bergantung harap kepada wang bantuan PTPTN sahaja. Maka, kemana sahaja dia pergi bekalan roti sentiasa ada di dalam begnya. Auni, seorang perempuan tomboi yang menyedari kesusahan hidup Amni mula melemparkan kemewahan kepadanya bagi mendapatkan perhatian. Auni menyimpan rahsia besar mengenai cinta lesbiannya terhadap Amni. Oleh sebab itu, segala pergerakan Amni dikawalnya tanpa disedari.
seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutu*kan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutu*kan doanya untuk kehidupanku, aku membutu*kan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutu*kan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina
SOURCE: Pereka Cerita
+1 artikel Download Drama Stanza Cinta TV3 →
Demonstrasi Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Posted by Rafhan on Sunday, 2 October 2011
Doa Dibaca bagi Memberkati Perhimpunan
Pada hari jumaat lepas, bersamaan 30 September 2011, bermulalah satu episod baru bagi Universiti Malaysia Pahang. Yang tidur dikejutkan, yang lupa diingatkan, yang termenung ditempelak agar sedar segala tugas. Demonstrasi aman pelajar-pelajar UMP atau lebih tepat lagi, Himpunan Aman Mahasiswa UMP Pekan (HAMUMPP' 11) bagi menyerahkan memorandum menuntut keadilan agar mereka menerima segala hak yang dijanjikan oleh pihak pengurusan. Bukan nak ikut budaya demonstrasi jalanan, tapi sekadar ikut "Plan B" selepas diplomasi (Plan A) langsung x boleh pakai. Pihak polis ditempatkan di lokasi bagi mengawal keadaan. Pemberita luar dilarang masuk. Perhimpunan yang berlangsung selepas Solat Jumaat itu berlangsung dengan suasana aman tanpa sebarang vandalisme dilakukan.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu rasmi UMP. YDP MPP memberi peluang kepada beberapa orang pelajar untuk menyampaikan luahan rasa hati untuk dikongsi bersama student yang lain. Aku sangat tertarik dengan ucapan Saudara Irsyad yang berbunyi agak styLo,
" Hari ini kita berkumpul bukan nak cari pasal dengan sesiapa. Dalam Islam, sesiapa yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim!! Oleh sebab kita sangat sayang kat pengurusan universiti, kita tidak mahu mereka (pengurusan) bersikap zalim kepada kita!!"
Selepas ucapan oleh beberapa orang wakil pelajar, muncul Prof . Dr. Yuserrie Bin Zainuddin (Pengerusi) Penolong Naib Canselor HEPA datang untuk mententeramkan keadaan. (walaupun keadaan ketika tu memang tenteram). Beliau memberi amaran kepada peserta perhimpunan agar tidak menggunakan alat pembesar suara dan mempamerkan sebarang banner kerana perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit atau lebih tepat lagi perhimpunan haram. Prof. Dr Yuserrie mendakwa beliau tidak mendapat sebarang pemberitahuan bahawa perhimpunan ini akan diadakan. "saya tak tahu langsung, tak ada pun persatuan pelajar (MPP) datang jumpa saya untuk berunding", itulah katanya. Prof juga bagi tau yang Perhimpunan seperti ini bukan cara orang berilmu malah lebih baik dilakukan secara rundingan. " sesapa pun boley dtg jumpa saya. Datang terus bilik saya, kita boley runding elok2"
Apa yang menjadi persoalan sekarang, barisan MPP mendakwa rundingan memang telah dilakukan bersama Jhepa. Adakah MPP sekadar dijadikan kambing hitam untuk pihak Jhepa lepas tangan masalah student? Itu aku xnak jawab. Korang boleh pikir sendiri, sebab kita mahassiswa, kita pandai dan kita bukan orang bodoh. Kita boleh berfikir sendiri dan tolong jangan diperbodohkan oleh sesiapa.
Prof. Dr Yuserrie
Ahmad Muizz Pelajar Tahun Akhir Dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Selepas itu, muncul seorang pelajar tahun akhir dari fakulti kejuruteraan mekanikal, Ahmad Muizz. Ahmad Muizz bertanyakan soalan secara terbuka kepada Prof. Dr Yuserrie ketika itu. Beliau bertanya kenapakah beliau tidak layak untuk duduk di kolej kediaman 5 (KK5) sedangkan beliau adalah pelajar tahun akhir dan perlu menyiapkan final projek (dimana semua kemudahan seperti makmal dan perpustakaan terdapat di kampus pekan-KK5). Jawapan yang diberikan cukup mudah, hanya kerana Sistem gagal mengesan nombor matriks Ahmad Muizz yang merupakan pelajar tahun akhir. (Ahmad Muizz adalah pelajar yang terus lompat masuk tahun 2 guna tiket diploma , so system tak dapat detect dia pelajar tahun akhir). Kisah Ahmad Muiz hanyalah sebahagian kisah duka pelajar yang sempat aku masukkan dalam blog aku ni. kalau nak masukkan semua memang panjang, seminggu menaip belum tentu habis.
Naib Canselor UMP
Lebih Kurang Jam 3 petang, Tetamu yang di tunggu-tunggu telah tiba, Naib Canselor Dato' Dr. Daeng Naser Ibrahim. Beliau berbesar hati menerima memorandum dari pelajar-pelajar kampus pekan dan akan mengkaji segala isi di dalam memorandum itu. Dato NC mendakwa beliau tidak menerima sebarang "Early Warning System" tentang akan diadakan perhimpunan ini. Beliau juga berkata tiada feedback berterusan dari pelajar tentang masalah yang berlaku.
Kesimpulannya yang aku boleh buat disini, jawapan yang paling banyak diberikan ialah banyak jawapan "tak tahu, tak diberitahu". Barisan Mpp mendakwa mereka telah memaklumkan masalah2 di kampus pekan kepada pengurusan JHepa.
Masalah seperti ni bukan perkara baru, dah lama dah... Orang selalu kata "kalau tak tahu bertanya". Pihak pengurusan, tolonglah bertindak proaktif skit... Takkan nak tunggu sampai diberitahu baru nak bertindak, ke buat-buat tak tahu? Bila berucap sanggup mengaku kami ni macam anak kamu semua, tapi bila kami ada masalah, senang-senang je cakap tak tahu.. Nampak sangat kamu semua tak pernah anggap kami ni macam anak tapi kamu semua anggap kami macam sampah kan? Adakah orang2 yang bekerja di Jhepa tidak melakukan kerja mereka? Tidak memaklumkan masalah student di kampus Pekan kepada pihak atasan? itu sekali lagi aku xnak jawab. Korang fikir sendiri. Korang ada otak. Korang bukan bodoh. Kita mahasiswa, kita bijak dan kita tahu baik-buruk. Mudah-mudahan Allah permudahkan doa kita semua...
+1 artikel Demonstrasi Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) →
Himpunan Aman Mahasiswa UMP Pekan
Posted by Rafhan on Thursday, 29 September 2011
Aku adalah salah seorang student Final year Universiti Malaysia Pahang. Tujuan aku tulis entry ini adalah untuk ajak rakan-rakan aku untuk fikir guna otak. Pada hari esok, 30 september 2011, Himpunan Aman Mahasiswa UMP Pekan (HAMUMPP' 11) akan diadakan di UMP kampus Pekan. Menurut barisan MPP, tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk:
1. Memperlihatkan solidariti/persaudaraan mahasiswa dalam memperjuangkan dan menyuarakan bantahan secara aman dan penuh rasa tanggungjawab sebagai penuntut universiti
2. Mendesak pihak pengurusan universiti mengambilkira kebajikan serta permasalahan yang bakal dihadapi oleh mahasiswa sebelum melakukan sebarang keputusan serta tindakan
3. Menuntut agar pengurusan universiti memberikan perhatian sepenuhnya terhadap hal ehwal kebajikan dan permasalahan yang timbul khususnya di kampus pekan agar kerap kali turun padang untuk melihat dan merasai secara lebih dekat kesusahan dan rintihan suara mahasiswa.
Perhimpunan kali ini ada kena mengena dengan "janji". Satu janji yang gagal ditunaikan oleh pihak pengurusan. Mereka lebih sibuk mencanang di seluruh tanah air kononnya universiti ini yang terbagus, terhebat tergah, ter apa lagi la pun aku tak tau.. Mungkin betul apa yang mereka canangkan itu. Kalau nak ikut janji, student Final year akan diberikan keutamaan untuk menginap di dalam kolej kediaman yang berhampiran dengan Lab. Tujuannya sebab nak mudahkan kami, final year student siapkan Final year di makmal kampus baru Pekan. Tapi, skarang ni, aku dan sebahagian rakan-rakan yang lain masih merempat di bazar muhibbah.
Pada pengambilan yang baru, student first year(elektrik, mekanikal, pembuatan) kesemuanya diberikan tempat untuk duduk di Kolej Kediaman 5. Mungkin bagi menyatakan yang universiti ini sangat mementingkan kebajikan pelajar. Sekaligus menutup kelemahan yang telah diwarisi sejak turun-temurun. pandai betul mereka main wayang. Adakah mereka x sedar yang ramai student final year yang perlu menyiapkan final projek sedang merempat di bazar muhibbah. Sungguh menjaga kebajikan. Syabas Bete....
Aku dah mula sangsi dengan barisan MPP. Terlalu lemahkah mereka untuk merperjuangkan nasib student yang lain? Nasib student2 yang benar2 dianayai oleh pihak pengurusan. Aku selalu tanya pada diri sendiri, Adakah barisan MPP sekadar dijadikan Boneka Pihak pengurusan untuk menutup kelemahan mereka. Mungkin MPP dah cuba, tapi gagal dan paksa kami bersyukur terima keadaan seadanya. Insyaallah, aku boleh bersyukur, malah ianya tiada kompromi. Tetapi adakah sifat syukur itu boleh menghalalkan penindasan yang dilakukan?
Kalau korang tak rasa apa yang aku rasa, korang boleh la cakap. Aku yang kena naik bas ulang-alik Gambang-Pekan selama dua tahun. padahal yuran sama je bayar dengan student fakulti lain. takpa la, itu kami boleh sabar. Nak buat macam mana... kononnya suruh student berkorban.... Apa yang ko tahu pasal korban ha? korang rasa darjat korang tu alim ulama ke sampai nasihat kan student berkorban macam tu... pergi la cermin diri tu, betulkan diri dulu, baru betulkan orang lain.
Ok, la nie tahun yang berharga dan ditunggu-tunggu telah tiba.. Aku menanti janji manis pihak UMP. Penempatan berdekatan Lab untuk siapkan final project. Tetapi aku sekali lagi menjadi mangsa Tipah tertipu lagi. Dah la, mungkin ni yang universiti cuba ajar pada aku, tabur janji lepas tu, khianat janji tu.. terima kasih UMP kerana memberikan nilai moral yang sangat baik untuk pelajar-pelajarnya.
Berkenaan, dengan perhimpunan hari esok, insyaallah aku tetap nak pegi jugak. Kalau boleh nak jumpa sendiri Naib Canselor, Dato Daeng Nasir Ibrahim. Aku nak tanya sendiri kat dia, wajarkah pelajar di universiti ini dilayan sebegitu rupa. Samada dia tak perasan atau buat2 tak tahu masalah ni, itu aku x tahu...
Tetapi apa yang pasti, menafikan hak pelajar tahun akhir mendapatkan kolej kediaman berhampiran makmal untuk menyiapkan final project adalah memalukan dan tidak boleh dimaafkan !!!!!!!!!!
p/s: mahalnya harga makan kat bazar muhibbah ni, terima kasih UMP!!!!!
+1 artikel Himpunan Aman Mahasiswa UMP Pekan →