Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

One Month Ramadhan In Kuala Lumpur, Dokumentari Menarik Sempena Ramadhan

Posted by Rafhan on Sunday, 14 August 2011

Lydia Perr
 
ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR merupakan sebuah dokumentari berorientasi drama yang mengikuti jejak seorang wanita bukan Islam dari Amerika Syarikat yang terbang ke Malaysia bagi menyahut cabaran dan merasai sendiri pengalaman mengerjakan Puasa di bulan Ramadan. Kisah bermula apabila Lydia Perr, seorang gadis bukan Islam yang menetap di New York terbaca tawaran menarik di Forum Pengembaraan “Lonely Planet” yang mencari seorang bukan Islam untuk merasai pengalaman berpuasa bulan Ramadhan di Kuala Lumpur.
Bapa Lydia dibesarkan sebagai yahudi, ibunya beragama Kristian dan semasa kecil dia dan adiknya menghadiri gereja Unitarian. Dia baru sahaja berhenti kerja sebagai Pakar Perunding Risiko dan bercadang untuk mengembara. Lydia tidak pernah datang ke Malaysia dan tidak banyak pengetahuan tentang Islam. 
 
ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR (TV AL-HIJRAH) 
MULAI 12HB OGOS 2011 
HARI: SETIAP JUMAAT 
MASA: 9.30 MALAM 

Meskipun ramai sahabat dan keluarga memberi amaran tentang orang Islam, namun sifatnya yang gemarkan cabaran mengatasi segala kebimbangan lalu dia menyahut tawaran itu. Di Kuala Lumpur, Lydia tinggal bersama Idris dan keluarganya. Selama sebulan dia bersahur, berpuasa, dan berbuka bersama-sama keluarga tersebut. Dia turut menyaksikan segala aktiviti dan amalan yang dilakukan umat Islam sepanjang bulan Ramadhan. 

Hari berlalu, perspektif Lydia mula berubah dan dia melibatkan diri secara lansung di dalam berbagai aktiviti bulan Ramadhan yang sangat istimewa kepada umat Islam di Malaysia. Antara pengalaman menarik yang dialaminya ialah berniaga di Bazar Ramadhan, membuat dodol, lemang, dan mengendalikan majlis iftar bersama anak-anak yatim. Dia juga turut melawat Masjid negara serta melihat umat Islam mengerjakan ibadah Terawih dan Tadarus. 

Semakin hampir ke penghujung Ramadhan, keraguan Lydia ternyata tidak benar. Dia bertemu rakan dan keluarga baru. Dia juga mula memahami keindahan Ramadhan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar mahu pun diluahkan dengan kata-kata. Keindahan yang hanya dapat dinikmati oleh mereka yang telah mengalaminya. Ikuti perjalanan Lydia Pierr dan rasai sendiri ikatan kasih sayang dan kekeluargaan yang wujud diantara mereka.

Aku Suka Makan Budu

Posted by Rafhan on Monday, 14 March 2011


Memang aku suka makan budu. So, ambil kesempatan ni untuk ucapkan thank you kepada jiran aku, si shahir yang telah bersusah payah mencarikan Budu Keluaran Projek Di Raja Kelantan (PDRK). Entahla, kenapa tiba-tiba aku mengidam sangat nak makan budu dengan amaun yang banyak, hehe. Antara bahan -bahan yang terkandung dalam budu Projek di Raja Kelantan ini ialah, ikan bilis, garam, air, gula melaka, asam limau,dan lada cengit.

Aku ada jugak search kat interner tentang khasiat budu. banyak jugak la info yang aku jumpa. Antara khasiat budu ialah:

  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.
So, siapa yang tak pernah makan budu, cuba-cuba la makan. Sodap !!!

source: ibnismail

10 Doktor Paling Kejam Dalam Sejarah Peradaban Dunia

Posted by Rafhan on Thursday, 14 October 2010

10 doktor paling kejam? Doktor dikatakan orang-orang yang membantu pesakit yang mereka yang sakit atau memerlukan rawatan perubatan. Kebanyakan doktor dipandang sebagai dermawan terhadap masyarakat secara keseluruhan, tapi mungkin tidak dengan orang-orang yang memerlukan untuk mendapatkan vaksin rutin.
Meskipun kami berharap para doktor kita tidak kurang daripada membantu dan

Jubah Milik Nabi Muhammad S.A.W

Posted by Rafhan on Saturday, 9 October 2010


Sebuah jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun  1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad SAW. Berikut ini foto-foto jubah Nabi Muhammad SAW yang disimpan di dalam peti dengan tutup kaca agar [klik Read More untuk teruskan bacaan]

KAU dah gatal ke apa?

Posted by Rafhan on Wednesday, 22 September 2010


“KAU dah gatal ke apa?” Itulah pertanyaan terpacul spontan daripada mulut ibu Zainor Masziah Zainudin yang masih teriang-ngiang di telinganya sehingga hari ini.
Tidak menyalahkan ibunya itu, Zainor menyedari tindakan meluahkan keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun ketika baru menamatkan sekolah menengah pasti membuatkan mana-mana ibu bapa terkejut besar. Namun, tidak mahu kasih sayangnya terhadap seorang lelaki membuatkan

Kerana seekor anjing pelacur masuk syurga, kerana seekor kucing perempuan masuk Neraka

Posted by Rafhan on Saturday, 31 July 2010


Anda boleh membantu haiwan-haiwan yang terbiar dan teraniya di seluruh dunia dengan memberi sokongan kepada deklarasi yang diberi nama Universal Declaration on Animal Welfare (UDAW). Sokongan anda sangat diperlukan agar haiwan-haiwan ini mendapat layanan yang sepatutnya dan tidak dizalimi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...