Anda boleh membantu haiwan-haiwan yang terbiar dan teraniya di seluruh dunia dengan memberi sokongan kepada deklarasi yang diberi nama Universal Declaration on Animal Welfare (UDAW). Sokongan anda sangat diperlukan agar haiwan-haiwan ini mendapat layanan yang sepatutnya dan tidak dizalimi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Untuk pengetahuan anda, deklarasi ini adalah sebagai batu loncatan untuk mengubah polisi, perundangan dan pelaksanaan agar lebih melindungi hak haiwan. Di samping itu, deklarasi ini juga dilaksanakan bagi memupuk sikap positif dan sayangkan haiwan di kalangan masyarakat dunia.
Antara masalah-masalah utama yang dialami oleh haiwan ialah;
1. Haiwan ternakan seperti ayam, dipelihara di persekitaran yang tidak kondusif. Haiwan-haiwan ini ditempatkan diruangan yang sangat sempit, kurang pengudaraan dan kotor. Ini menyebabkan haiwan ternakan mengalami stress dan mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.
2. Pemburuan haram yang semakin berleluasa. Sebagai contoh, badak sumatra (dicerorhinus sumatrensis) kini diancam kepupusan kerana pemburuan. Badak sumatra diburu kerana dikatakan mempunyai nilai yang tinggi di dalam perubatan tradisional. Kini hanya terdapat 80 - 100 ekor badak di Sabah.
3. Binatang peliharaan seperti kuda dan keldai dikerah melakukan kerja-kerja berat tanpa mengikut had masa yang sepatutnya.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.
p/s: mmg kesian bile tgk kucing terbiar dijalanan.
Masih ingatkah anda kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah S.A.W? Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.
[Shahih al-Bukhari – no: 3467]Berdasarkan hadis tersebut bayangkan betapa besarnya ganjaran daripada Allah s.w.t terhadap orang-orang yang menjaga kebajikan haiwan. Tetapi, ingatlah Allah sangat murka kepada mereka yang menganiya haiwan. Ini berdasarkan dari sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w memberi amaran:
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.
[Shahih al-Bukhari – no: 3318]
Saya berharap, anda dapat memberikan sokongan terhadap deklarasi ini. Untuk menyokong deklarasi ini, sila daftar di sini. Semoga haiwan-haiwan yang teraniya ini dapat dilindungi. Insyaallah...
p/s: mmg kesian bile tgk kucing terbiar dijalanan.
{ 0 orang bercakap... read them below or add one }
Post a Comment