Memang aku suka makan budu. So, ambil kesempatan ni untuk ucapkan thank you kepada jiran aku, si shahir yang telah bersusah payah mencarikan Budu Keluaran Projek Di Raja Kelantan (PDRK). Entahla, kenapa tiba-tiba aku mengidam sangat nak makan budu dengan amaun yang banyak, hehe. Antara bahan -bahan yang terkandung dalam budu Projek di Raja Kelantan ini ialah, ikan bilis, garam, air, gula melaka, asam limau,dan lada cengit.
Aku ada jugak search kat interner tentang khasiat budu. banyak jugak la info yang aku jumpa. Antara khasiat budu ialah:
- Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
- Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
- Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
- Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.
So, siapa yang tak pernah makan budu, cuba-cuba la makan. Sodap !!!
source: ibnismail
{ 2 orang bercakap... read them below or add one }
oh, budu sgt sedap...anis pon suke...
tmbh2 klu tmbh asam limau ngan cili...sslllrrrppp, terliur plak...hihi
weh , budu kito serupo...hok ambo lagu ni jugok cap......
Post a Comment