Salam guys. Hari ni saya nak cerita kisah sedih gembira. Kisah gembira apabila saya telah menerima pendapatan pertama saya melalui Nuffnang. Cek Nuffnang RM127.14 sebagai pengubat lelah setelah lebih setahun berbolgging. Alhamdulillah...
Cek Nuffnang yang telah diterima pada minggu lepas.
Sebenarnya pendapatan ni berjaya diproleh apabila aku menerima 5 kempen buffered earning. Lame jugak nak tebus cek ni, ambil masa hampir 2 bulan untuk diproses. Tetapi apa yang buat aku sedih ya? Apa ya? Tak kan la dah dapat cek nuffnang pun nak sedih lagi? Pelik jugak kan.. Kan? Kan?
Pendapatan RM2.25 dalam tempoh 3 bulan
Selepas aku cash out pendapatan nuffnang yang pertama, ini sahajalah pendapatan yang aku dapat dalam tempoh 3 bulan. Di ulangi sekali lagi 3 bulan. Dulu pernah dengar cerita dari rakan2 blogger aku, yang nuffnang ni pilih kasih. Hanya akan bagi pendapatan tinggi kat anak-anak emas mereka macam red mummy dan hanis Zalikha. Mula-mula memang x percaya, tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru terasa macam nak percaya...
Red mummy dan Hanis Zalikha, boleh x bagi laluan kat blogger2 picisan macam saya ni, nk cari duit poket sket gune Nuffnang. Grrrr....Btw, Hanis Zalikha sangat comel... X jadi nak marah..... Hanis, jangan nangis ok, saya x marah pown...