Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Pelakon Asal Batman, Adam West Diberi Penghargaan

Posted by Rafhan on Saturday, 7 April 2012


Adam West di Walk f Fame
HOLLYWOOD - Aktor pertama yang melakonkan watak asal Batman, Adam West menjadi selebriti terbaharu menerima penghargaan di Walk of Fame di sini kelmarin. Dia yang berusia 83 tahun menerima plak pengiktirafan tersebut selepas menunggu terlalu lama untuk dihargai di laluan nama-nama selebriti terkenal itu.
Kerjayanya sebagai pelakon berlanjutan selama 50 tahun, bermula dengan filem The Young Philadelphians pada tahun 1959.Bagaimanapun, dia mencapai kemasyhuran apabila memegang watak Batman pada tahun 1965 menerusi siri televisyen.
"Saya menganggap mempunyai rekod sebagai aktor paling lama menanti untuk memperoleh (pengiktirafan) bintang di laluan ini (Walk of Fame)," katanya. Menurutnya, dia memegang watak Batman lebih 170 kali. - Agensi
source: kosmoonline

Saya Benci Bila Orang Sebar Gambar Bogel Awek Saya

Posted by Rafhan on Tuesday, 29 November 2011

gambar bogel, gambar bogel awek, gambar bogel taylor swiwt, taylor swift nude, nude picture, masturbation, maria ozawa, terra patrick, redtube, japan av,taylor sex video,pamela anderson,taylor swift naked picture, anal,beautiful woman, jenna jamesson, hollywood nude picture

Salam guys. Saya nak tanya, apa perasaan korang bila gambar bogel kekasih korang tersebar di internet. Tak kisah la, gambar original ke, superimpose ke.. korang marah x?

Minggu lepas, sewaktu melihat keyword search analytic melalui Nuffnang, perkataan "Taylor Swift Masuk Islam" telah masuk ke dalam blog aku. Agak pelik bunyi nya. Aku pun try la google. Rupa-rupanya ramai blogger Indonesia dah tulis pasal pendedahan gambar bogel Taylor Swift oleh laman Web Celebrity Jihad. Waktu tu, masih belum ada blogger Malaysia yang tulis pasal kisah ni.. Aku malas nak ambik pot cerita-cerita macam ni, so aku biar je la.. Lagi pun aku sayang kat Taylor Swift..

Selang beberapa hari, cerita ni berjaya dihidu oleh blogger-blogger malaysia. Ramai jugak yang tulis pasal cerita ni. Tak payah la aku cerita siapa.. Kesian betul kat Taylor Swift. Cerita buruk dia cepat betul meletup.

Oklah, aku cuma nak korang pejam mata, lepas tu bayangkan lah taylor swift tu awek korang ker, adik kandung korang ker, kakak korang ker lepas tu tiba-tiba ade gambar bogel dia tersebar di internet, lepas tu, orang promosi kan pulak cerita dia kat internet, korang marah tak?

Aku cuma nak tegur sikap kita semua. Adakah semata-mata mahu menaikkan ranking blog, kita sanggup melanggar prinsip hidup dan melukakan hati orang lain. Dengan meletakkan gambar seksi wanita di blog tak ubah seperti menjadikan wanita mangsa ekploitasi. Kita blogger, kita semua ade hati perut OK!!!. Tolong jangan jadi blogger murahan. Tak guna kalau ranking blog naik mencanak tapi Isi blog macam laman web pornografi.

Mungkin korang boleh je label aku sebagai salah seorang yang mempromosikan kisah Taylor Swift ni, tapi sekurang-kurangnya aku puas sebab dah beri teguran dan nasihat(korang pun boleh beri nasihat kat aku kalau korang nak, aku sedia mendengar).

Oklah, last sekali aku nak bagi tahu yang aku sayang kat Taylor Swift... Bye...

Asal Usul Nama Taylor Swift

Posted by Rafhan on Thursday, 24 November 2011

TAYLOR SWIFT memegang tangan penyanyi James Taylor dalam konsert Speak Now World Tour di Madison Square Garden di New York kelmarin

Penyanyi terkenal, Taylor Swift menutup tirai konsert jelajahSpeak Now World Tour bersama sahabat karibnya dan seorang penyanyi, James Taylor. Penyanyi berusia 21 tahun itu turut mengundang penyanyi terkenal yang juga kekasih penyanyi Justin Bieber, Selena Gomez ke konsertnya di stadium Madison Square Garden di sini kelmarin.
Swift berkata, ibu bapanya memberinya nama sempena nama penyanyi James Taylor itu.Dia kemudian menyanyikan lagu popular Fire and Rain secara duet dengan James. Taylor turut memetik gitar semasa Swift menyanyikan lagunya, Fifteen. Terdahulu, Gomez menyertai penyanyi irama country dengan kedua-duanya berduet menyampaikan lagu popular Go mez, Who Says. Konsert Swift sebelum ini menampilkan beberapa tetamu undangan termasuk Nicki Minaj, Usher, T.I. dan Jason Mraz. 

Taylor Swift Derma Buku Kepada Perpustakaan Tempatan

Posted by Rafhan on Saturday, 15 October 2011


PENNSYLVANIA - Penyanyi country terkenal, Taylor Swift (gambar) mahu kanak-kanak di bandar Reading di sini gemar membaca buku. Justeru, dia mengambil keputusan untuk menderma sebanyak 6,000 buah buku kepada perpustakaan tempatan.
Pustakawan mengumumkan sumbangan buku daripada penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu kelmarin. Swift yang dibesarkan di bandar berdekatan iaitu Wyomissing bagaimanapun tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Dia telah bekerjasama dengan penerbit Scholastic Inc. untuk menderma buku kepada kanak-kanak dan golongan dewasa. Tajuk-tajuk buku dipilih oleh pustakawan.
Wakil penyanyi itu memberitahu pegawai perpustakaan bahawa Swift mahu membantu perpustakaan yang berdepan masalah ekonomi. Menurut pustakawan, buku yang diderma oleh Swift akan ditanda dengan bintang berwarna putih di bahagian belakang dan diletakkan pelekat di dalamnya. Mereka berharap populariti Swift akan mendorong lebih ramai kanak-kanak dan remaja supaya minat membaca. 
source:kosmo

Filem Hantu Bonceng

Posted by Rafhan on Wednesday, 7 September 2011

Meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh masa lima hari ianya ditayangkan. Nyata filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri berjaya mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar tayangan pada musim perayaan. Teruja dan berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan, Ahmad Idham menjelaskan, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
 
Sinopsis Filem Hantu Bonceng

Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

download source: encik nakal, murai

Sung Bong Choi Cipta Kejutan Dalam Korea’s Got Talent

Posted by Rafhan on Sunday, 3 July 2011

Sung Bong Choi Cipta Fenomena Luar Biasa Di Korea Selatan

Ingatkah anda kepada seorang nenek tua yang bernama Susan Boyle yang mengejutkan penonton di dalam rancangan Britain’s Got Talent pada tahun 2009? Kali ini seorang anak muda dari Korea pula mencipta kejutan dalam rancangan Korea’s Got Talent.

Secara zahirnya, tiada apa yang istimewa pada remaja lelaki berumur 22 tahun itu. Dia tidak kacak bahkan seorang yang pemalu. Tetapi di sebalik penampilan biasa itu, Choi ada kisah dan kelebihan sendiri sehingga membuatkan orang lain kagum dan terpegun. Sebab itu jugalah ada pepatah yang berbunyi “don't judge the book by its cover”.

Sedutan dari youtube ujibakat Sung Bong Choi dalam korea's Got Talent

Dalam rancangan yang disiarkan di stesen televisyen Korea Selatan itu, Choi memberitahu bahawa dia pernah tinggal di rumah anak yatim pada usia tiga tahun. Akibat tidak tahan dibuli, dia melarikan diri dua tahun kemudian dan tinggal di jalanan sambil berniaga gula-gula getah dan air minuman.

“Saya hidup macam lalat selama 10 tahun,” katanya di hadapan penonton dan juri rancangan itu.Choi yang hidup sebatang kara berkata, dia ingin bebas daripada perangkap kenangan silam yang menyedihkan.“Saya tidak menaruh keyakinan pun untuk menyertai pertandingan ini. Saya hanya mahu menjadi seperti orang lain. “Saya tidak pandai menyanyi, tetapi berasa seperti menjadi orang lain apabila menyanyi,” katanya.


Dia yang tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang nyanyian memukau seluruh dewan sehingga ada yang menitiskan air mata apabila dia melontarkan suara.Choi menyanyikan lagu Itali berjudul Nella Fantasia baru-baru ini. Sebahagian rakaman rancangan tersebut yang dimuat naik ke laman YouTube ditonton sebanyak hampir sembilan juta kali


source: kosmoonline

Cinta Akhir : Kupas Kisah Percintaan Dan Penderitaan Seorang Perokok

Posted by Rafhan on Sunday, 19 June 2011

Liyana Jasmay, IZ Sulaini, Pierre Andre

Sudahkah anda menonton kisah Cinta Akhir ? Filem pendek berdurasi  10 minit terbitan Anti Smoking Campaign bertujuan untuk menyampaikan mesej agar masyarakat menghindari tabiat merokok. Besar kemungkinan filem pendek itu juga akan dihantar ke Festival Filem Antarabangsa Pusan untuk dipertandingkanMengetengahkan kisah tiga remaja yang berbeza latar belakang iaitu Lisa lakonan Liyana Jasmay , Bob lakonan Pierre Andre dan  AJ lakonan Iz Sulaini.


SINOPSIS CINTA AKHIR :
Lisa sering menjual rokok-rokok berjenama di kelab malam sebagai sumber pencarian. AJ yang merupakan kawan baik Lisa merupakan penyanyi gig walaubagaimanapun tidak terlibat dengan tabiat merokok. Pada suatu hari Lisa didatangi oleh seorang penjual Handphone (lakonan Bob) tetapi Lisa tidak melayan pemuda tersebut kerana menganggap Bob menjual handphone curi.

Tanpa disangka-sangka Lisa dan Bob bertemu untuk kali kedua dalam satu insiden yang tidak disengajakan apabila Lisa ingin meminjam Lighter untuk merokok. Dari situ kisah percintaan Lisa dan Bob bermula. Apa yang menarik disini ialah Bob sering membawa lighter ke mana-mana walaupun Bob bukanlah seorang perokok dan ia melengkapkan hidup Lisa yang merupakan seorang perokok tegar.

Lisa menyedari yang Bob bukanlah seorang lelaki biasa. Beliau seorang pemuda yang bercita-cita tinggi. Malah Bob merupakan seorang pelajar sarjana yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan thesis. Lisa sangat kagum dengan bakat serba-boleh yang dimiliki oleh bob.

Di akhir kisah tersebut terdapat satu kejutan apabila Bob menerima surat daripada Lisa yang disampaikan oleh AJ. Kisah Cinta Lisa dan Bob dibiarkan terhenti begitu sahaja oleh pengarah Aron Koh. Paparan Hospital ditunjukkan pada akhir jalan cerita untuk membiarkan penonton membuat konklusi sendiri sama ada perokok itu akan sakit atau sebaliknya

Adakah anda sanggup melihat orang yang anda sayangi mati kerana rokok?

Mungkin apa yang perlu diambil iktibar dari cerita ini ialah betapa pentingnya untuk kita menasihati dan memastikan orang yang kita sayangi dan cintai untuk menjauhi tabiat merokok. Ini kerana, walaupun Bob seorang yang terpelajar dan tidak merokok, tetapi dia gagal menasihati kekasihnya (Lisa) untuk menjauhi tabiat merokok. Mungkin tidak menjumpai cara terbaik dan berhikmah untuk menegur kekasihnya itu. Tetapi pemergian orang tersayang akibat rokok merupakan suatu yang merugikan dan sangat disesali.

image: rage

Ashraf Muslim Nikah di Mekah

Posted by Rafhan on Tuesday, 26 April 2011


Majlis pernikahan  Ashraf Muslim dan  tunangnya, Noor Dayana Lokman dijadualkan bakal berlangsung pada 30 Ogos depan bersama dengan 1 Syawal di Mekah. Tegas Ashraf atau lebih dikenali ramai dengan panggilan 'Ustaz Amirul', dia telah lama menyimpan impian untuk bernikah di Mekah apabila bertemu dengan wanita yang benar-benar menambat hatinya. "Tidak kisahlah jodoh saya dengan siapa pun, tetapi saya memang ada menyimpan hasrat untuk bernikah di Mekah. Alhamdulillah, rezeki dan jalan untuk bernikah di sana sudah terbuka. "Saya akan pergi pada 17 Ogos iaitu dua minggu terakhir bulan Ramadan. Saya ke sana untuk menunaikan umrah, melawat pesakit di sana bersama bakal bapa mertua saya dan juga bernikah. Kira dua dalam satu, semuanya dilakukan serentak," katanya yang juga menjalankan perniagaan pakej melakukan umrah di sana.
Bukan mahu menunjuk tetapi terang Ashraf, selain sudah lama menyimpan niat, dia mempunyai sebab untuk bernikah di Mekah. "Kalau ikut zaman khalifah dan sahabat Nabi Muhammad, bernikah di Mekah sudah menjadi amalan, jadi apa salahnya saya mahu mengikut amalan mereka. Niat saya ikhlas dan berharap pernikahan itu akan lebih berkat," katanya yang popular dengan drama Ustaz Amirul. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula dijangka bakal berlangsung di dua lokasi iaitu Shah Alam dan Melaka, bagaimanapun semuanya masih di dalam peringkat perbincangan. "Kami akan adakan kenduri selepas pulang dari Mekah, tetapi masih terlalu awal untuk saya memberikan butirannya kerana semuanya masih dalam peringkat perbincangan," jawab Ashraf sambil tersenyum.
BERMULA daripada teman sekerja, akhirnya perkenalan selama setahun lebih membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih jauh iaitu pertunangan. Semuanya gara-gara minat dalam bidang perubatan yang menyatukan Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman yang juga merupakan seorang bakal doktor. Dayana yang kini merupakan pelajar tahun akhir jurusan klinikal di Kolej Perubatan Manipal, Melaka, manakala Ashraf pula semakin aktif mendalami bidang perubatan alternatif menggunakan ayat al-Quran di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bersama rakan kongsinya yang merupakan bapa kepada Dayana.


Keranamu Laila - Drama TV3 Slot Zehra

Posted by Rafhan on Saturday, 9 April 2011

Trailer Keranamu Laila

Slot Zehra bertajuk Keranamu Laila telah mula ditayangkan. Drama dengan 13 episod ni arahan Haykal Hanifah. Para pelakon dalam drama Keranamu Laila ni ialah Norman Hakim, Juhara Ayob ( lama tak tgk lakonan dia ni kat tv), Mandy Chong, Shahrul Nizam, Wan Elyas dan pelakon baru Ixara Aishah.

Sinopsis Keranamu Laila:
Mengisahkan konflik hidup Tan May Ling (May), wanita naif yang dirundung malang setelah dikhianati dan ditinggalkan suaminya. Hidup May bagaikan pusingan roda. Dia yang berasal daripada sebuah keluarga yang berada telah jatuh cinta dengan pekerja ayahnya, Fendi, namun ketika mereka sedang diulit bahagia, May menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki yang disangka musuh papanya. Apa yang berlaku telah memberi tamparan yang hebat pada May, namun Alex mampu menarik nafas lega apabila Fendi menyuarakan kesanggupannya untuk mengahwini May. May kemudiannya memeluk Islam dan menjadi isteri Fendi yang sah.

Namun, kebahagiaan yang dimpikan oleh May untuk hidup bersama Fendi berkecai apabila Fendi mula meragui kandungan May. Fendi menganggap kandungan May bukan anaknya, sebaliknya hasil haram dari kejadian rogol tempoh hari. Fendi mendesak May untuk menggugurkan kandungan namun May enggan. Hubungan mereka mula berantakan. Kemelut semakin meruncing apabila Kamal tiba-tiba muncul dan mengakui yang anak di dalam kandungan May adalah hasil hubungan cinta mereka berdua. Kamal mengakui kononnya dia dan May adalah pasangan kekasih. Fendi rasa tercabar dan bertindak meninggalkan May ketika dia sedang sarat mengandung.

Rupa-rupanya, Fendi telah mengatur segalanya dan hanya mempergunakan May sebagai alat untuk membalas dendam terhadap Tauke Alex, ayah May yang dianggap sebagai penyebab kematian kedua-dua orang tuanya. May bertambah kecewa apabila mendapat tahu yang Fendi sebenarnya sudah berkeluarga sebelum mengahwininya. May nekad meninggalkan bayi di hadapan rumah Fendi kerana dia tidak mampu menyara anaknya, Laila. Walaupun Laila dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh isteri Fendi, Mazni, namun dia tidak dapat memaafkan ibu kandung yang sanggup membuang anaknya sendiri.

Masa telah berlalu dan kini, May menyara diri dengan hasil yang diperolehi dengan mengutip tin-tin kosong dan barang terpakai lain di lorong-lorong. May menerima simpati daripada seorang pemuda, Qayyum yang berkerja secara sambilan di sebuah cafe. Qayyum sering menyimpan tin-tin kosong untuk diserahkan kepada May. Setiap kali terdengar laungan azan dari masjid berdekatan, May tertarik mendengarnya. May merahsiakan pegangan agama daripada pengetahuan kawannya, Salimah kerana dia berasa malu pada dirinya yang jahil tentang agama Islam.

Fendi pula telah berjaya dalam perniagaannya setelah menerima sejumlah wang daripada Tauke Alex. Di sebalik aktiviti amal yang rancak dijalankan, Fendi sebenarnya mengharapkan penganugerahan pangkat dan bukannya ikhlas untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Fendi juga pandai menyembunyikan hubungannya bersama May daripada pengetahuan isterinya, Mazni. Mazni hanya mengenali May sebagai anak Tauke Alex yang telah menghilangkan diri selepas tragedi keluarganya.

Laila yang kini dewasa mengharapkan cinta daripada Qayyum tetapi Qayyum hanya menganggapnya sebagai kawan. Laila mula kecil hati dengan May kerana Qayyum lebih memberikan perhatian kepadanya. Apa yang Laila tidak tahu ialah May sebenarnya merupakan ibu kandungnya. May pula telah membuka hatinya kepada Allah dan mula mempelajari agama Islam daripada Salimah. May sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan anaknya suatu hari nanti tanpa mengetahui Laila ialah bayi yang ditinggalkan olehnya. Rahsia yang terpendam bertahun lamanya kini akan terbongkar apabila Fendi bertemu semula dengan May. Dapatkah Laila memaafkan dan menerima May sebagai seorang ibu? Apakah yang akan terjadi kepada Fendi, May dan Mazni? Adakah Qayyum akan menerima cinta Laila?

Jangan lupa untuk menyaksikan suka duka kehidupan seorang wanita muallaf yang terabai dan kisah sedih gadis muda naif yang hanya inginkan kasih sayang di dalam KERANAMU LAILA di slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam mulai 8 April 2011

source:nurizspace

Drama Sahara di Slot Samarinda TV3

Posted by Rafhan on Sunday, 3 April 2011


Sinopsis Drama Sahara :
Drama Sahara slot Samarinda berkisarkan perebutan harta dan cinta di golongan keluarga korporat. Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina. Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

Waktu Tayangan: Selasa hingga khamis, 10.30 malam, mulai 30 mac 2011 di TV3

source: Drama Melayu

Les’ Copaque Bangunkan Taman Tema Upin & Ipin

Posted by Rafhan on Wednesday, 30 March 2011


SYARIKAT animasi tempatan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) yang terkenal menerusi siri kartun Upin & Ipin bercadang membangunkan taman tema berkonsepkan siri animasi itu membabitkan kos kira-kira RM200 juta di Perak. Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi berkata, ketika ini pihaknya sedang berbincang dengan KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak) mengenai lokasi sesuai untuk pembinaan taman tema yang mampu menjadi mercu tanda baru negeri Perak, sekali gus melonjakkan bidang pelancongan di negeri itu.

Beliau berkata, pihaknya kini masih dalam perbincangan bagi memastikan lokasi yang dipilih kelak mampu menjana industri pelancongan di negeri berkenaan.  “Sebelum ini, kami turut menerima cadangan daripada syarikat berpangkalan di Indonesia bagi membangunkan taman tema Upin & Ipin di republik berkenaan. 

“Bagaimanapun, kami terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu identiti Upin & Ipin dibina di negara ini sekali gus menjadikannya ikon kepada pelancong luar negara,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Perak bersama Upin & Ipin di Perak Techno Trade Centre (PTTC) di Ipoh, Perak semalam. 

source: hmetro

Kutipan Terkini Merong Mahawangsa

Posted by Rafhan on Sunday, 27 March 2011



Kutipan Terkini Hikayat Merong Mahawangsa secara rasminya telah mencatat kutipan berjumlah RM 4.75 juta. Data yang dikemaskini pada 23 MAC 2011 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu bagaimanapun belum menyamai kos produksi filem tersebut. Filem terbitan KRU itu menelan kos produksi hampir RM 7 juta. Walaubagaimanapun dengan strategi pemasaran filem tersebut, seperti penayangan merong mahawangsa di luar negara, diharapkan mampu memberi pulangan yang lumayan sekaligus membuktikan kemampuan filem tempatan untuk bersaing dengan filem-filem hollywood.

source: FINAS

M. Nasir Dapat Datuk

Posted by Rafhan on Friday, 25 March 2011


M. Nasir semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Penyanyi dan pencipta lagu, M. Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed dan konduktor muzik, Ramli MS atau nama penuhnya, Ramli Mohamed Salleh adalah antara 124 penerima darjah DIMP pada satu istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.
Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni. Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia.

Nasir merupakan pencipta ratusan lagu antaranya Mentera Semerah Padi, Fantasia Bulan Madu, Ghazal Untuk Rabiah, Nurnilam Sari dan banyak lagi. Turut terpilih sebagai Ketua Juri di Anugerah Juara Lagu 25 yang berlangsung awal tahun ini.M. Nasir sebelum ini pernah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1996.
Turut menerima anugerah tersebut ialah Ramli MS yang juga merupakan composer terkenal. Seramai 148 orang menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan.
source: kosmo, Gua

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Posted by Rafhan on Wednesday, 23 March 2011

Dah lama aku cuba cari video muzik sedetik lebih nyanyian anuar zain di youtube, tetapi agak hampa kerana tiada klip video versi penuh lagu tersebut. Yang ada cumalah versi separuh penuh. Rasanya ramai yang tahu lagu Sedetik Lebih ni adalah soundtrack untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa. Agak menusuk kalbu juga lagu sedetik lebih ni. Sesuai la untuk orang-orang yang sedang dilamun cinta.


Klip video sedetik lebih -Anuar Zain (versi separuh penuh)

Tetapi dalam banyak-banyak pencarian aku di youtube, aku terjumpa versi cover muzik sedetik lebih oleh saudara cumi 1569. Agak merdu juga nyanyian beliau. (Lepas ni mungkin Anuar Zain tak boleh cari makan)

Cover Version Lagu Sedetik Lebih oleh Cumi 1569
 

  Sedetik Lebih
Anuar Zain
OST Hikayat Merong Mahawangsa

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


P/S: klu suke lagu ni tolong like yer.. :)

Barisan Pelakon Hikayat Merong Mahawangsa

Posted by Rafhan on Sunday, 20 March 2011






Berikut adalah senarai  pelakon-pelakon dan production team filem hikayat merong mahawangsa. 
(ihsan dari thebestfilem, FB Merong Mahawangsa)
Executive Producer : Norman Abdul Halim
Producer : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Director : Yusry Abdul Halim
Music : Edry Abdul Halim
Director of Photography : Mat Nor Kassim
Action Camera : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Creative Director : Johan Lucas
Art Director : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Costume : Rosada Abdul Hamid
Make-up : Mas Hashim
Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)

Kutipan Terkini Hikayat Merong Mahawangsa

Posted by Rafhan


Hikayat Merong Mahawangsa secara rasminya telah mencatat kutipan box office tertinggi bagi genre epik buatan Malaysia dengan kutipan terkini melebihi RM4 juta setakat semalam. Kutipan sebanyak itu yang dijangka terus meningkat sudah tentu memberikan sedikit kelegaan kepada produsernya. Namun, sokongan berterusan daripada peminat masih diharapkan. 

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya berharap filem yang menggunakan kos sebanyak RM8 juta itu dapat bertahan hingga empat minggu di panggung wayang sekali gus membolehkan lebih ramai menontonnya.  Katanya, menerusi maklum balas pada hujung minggu lalu, ramai penonton terkilan kerana tiket menyaksikan filem berkisar nakhoda dan pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu habis dijual malah ada dikalangan pawagam hanya membuka satu atau dua panggung sedangkan permintaan tinggi. 

“Kami berharap pihak pawagam dapat membuka lebih panggung melihatkan permintaan tambahan pula ini musim cuti sekolah. Penonton juga diminta jangan menunggu saat akhir mendapatkan tiket di kaunter, jika boleh membuat tempahan secara on-line ia sangat digalakkan supaya tidak kecewa.  “Masalah kehabisan tiket ini bukan hanya membabitkan penonton di Kuala Lumpur, ia turut membabitkan tayangan di Johor, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu. Keadaan akan bertambah meriah minggu ini dengan musim cuti persekolahan di mana orang ramai berpusu-pusu ke pawagam,” katanya. 

Melihat kepada angka berkenaan, Norman mengakui berdasarkan jangkaan awal pihaknya mensasarkan dalam tempoh terbabit sekitar RM1.5 juta dapat dicatat namun promosi dari mulut ke mulut selain kualiti naskah itu sendiri menarik penonton mengikutinya. “Ini satu perkembangan yang baik, bukan untuk Hikayat Merong Mahawangsa saja malah filem Melayu lain kerana musim cuti ini banyak lagi filem blockbuster Hollywood masuk. Filem genre aksi seperti ini sememangnya perlu ditonton di pawagam untuk merasai mood dengan sistem audio visual yang mendebarkan. 

“Memandangkan wajib tayang untuk filem Melayu kini seminggu sekali, selain produk Hollywood kita juga akan bersaing dengan filem Melayu lain. Justeru kami harap dalam tempoh dua minggu pertama ini dapat mengutip hingga RM6 juta seterusnya bertahan hingga minggu ke empat di pawagam,” katanya lagi. 

Filem yang skripnya ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman-Hughes yang diminta mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.  Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han adalah sebuah empayar yang kuat dan memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.  Di suatu lokasi pula, puak lanun Geruda mempunyai perancangan berbeza iaitu mahu menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda hingga berlaku pertempuran dahsyat. 

Antara watak-watak di dalam Merong Mahawangsa:





Muka Baru Pengarah Filem Malaysia

Posted by Rafhan on Thursday, 16 December 2010

PIERRE ANDRE

Profesion: Pelakon
Umur: 25 tahun
Pendidikan: Akademi Seni Kebangsaan - Diploma Program Teater (Seni Lakonan)
Latar belakang: Anak kepada pelakon wanita veteran Khatijah Tan itu dikenali selepas persembahannya dalam filem Gol & Gincu (2005).

Taylor Swift Pernah Jadi Mangsa Buli

Posted by Rafhan on Thursday, 9 December 2010

Jangan jadi mangsa buli

Mungkin ramai yang tak tahu jika Taylor Swift pernah menjadi mangsa buli dan disisihkan oleh mereka yang memandang rendah terhadap dirinya.  Namun, beliau  tetap  bersabar dan hanya meluahkan isi hatinya melalui bait-bait lagu ciptaannya.
Taylor Alison Swift

Sebelum menjadi seorang bintang yang terkenal seperti hari ini, Taylor Swift seperti kebanyakan remaja perempuan yang lain, meniti hari sebagai seorang pelajar dan menghadiri kelas tambahan untuk melengkapkan diri dengan ilmu.

Tidak seperti rakan sebayanya yang lain, Taylor Swift lebih menunjukkan bakat dalam bidang penulisan. Jadi tak hairanlah jika Taylor Swift pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan sajak peringkat nasional seawal usia 4 tahun melalui sajaknya yang berjudul “Monster In My Closet”.

Ketika usia 12 tahun pula, sewaktu teman-temannya menghabiskan masa cuti musim panas, Swift lebih selesa duduk di dalam biliknya dan menulis sebuah novel setebal 350 muka surat yang sehingga kini masih lagi berada dalam simpanannya.

Tetapi, kerana cintanya terhadap muzik dan lebih-lebih lagi dengan darah seni yang mengalir dalam dirinya itu (neneknya, Majorie Finlay seorang penyanyi opera), Swift mahu meneruskan minatnya sebagai anak seni. Ianya bermula apabila ada seseorang yang mengajarnya untuk bermain gitar dengan tiga kod, sekaligus telah mendorong beliau untuk meminati instrumen muzik sehingga terhasilnya lagu pertama ciptaannya sendiri, “Lucky You”.

Taylor Swift lebih gemar kepada muzik irama country kerana menganggap muzik itu dapat membuatkannya lebih mudah untuk meluahkan  isi hati dan pengalaman hidup menerusi lirik-lirik yang dihasilkannya sendiri. Malah, lagu-lagu Taylor Swift  dianggap seperti diarinya sendiri oleh sebahagian peminatnya.

p/s: Hidup ni penuh misteri kan.. Siapa sangka orang yang dulunya selalu kena buli sekarang dah jadi jutawan kat hollywood..

Artikel diolah dari:
Mega Utusan Malaysia, 9 Dec 2010

Taylor Swift - Haunted

Posted by Rafhan on Tuesday, 23 November 2010



[Verse 1]
You and I walk a fragile line
I have known it all this time
But I never thought I'd live to see it break
It's getting dark and its all too quiet
And I can't trust anything now
And its comin' over you like its all a big mistake


Holding my breathe, won't lose you again
Something's made your eyes go cold

[Chorus]
Come on, come on don’t leave me like this
I thought I had you figured out
Something's gone terribly wrong, your all I wanted
Come on, come on don’t leave me like this
I thought I had you figured out
Can’t breathe whenever you’re gone
Can’t turn back now, I’m haunted

[Verse 2]
Stood there and watched you walk away
From everything we had
But I still mean every word I say to you
He will try to take away my pain
And he just might make me smile
But the whole time I'm wishin he was you instead

Oh, oh, holding my breath, won't see you again
Something keeps me holding on to nothing

[Chorus]
Come on, come on don’t leave me like this
I thought I had you figured out
Something's gone terribly wrong, your all I wanted
Come on, come on don’t leave me like this
I thought I had you figured out
Can’t breathe whenever you’re gone
Can’t turn back now, I’m haunted

[Bridge]
I know, I know, I just know
You're not gone, you can't be gone
No

[Chorus]
Come on, come on don’t leave me like this
I thought I had you figured out
Something's gone terribly wrong
Won't finish what you started
Come on, come on don't leave me like this
I thought I had you figured out
Can’t breathe whenever you’re gone can’t go back
I’m haunted

Oh, oh, oh, oh, oh
You and I walk a fragile line
I have known it all this time
Never ever thought I'd see it break
Never thought I'd see it

Putus Cinta Cara Taylor Swift

Posted by Rafhan on Saturday, 30 October 2010

Setiap orang ada cara tersendiri ketika berhadapan dengan putus cinta. Bagi penyanyi irama country, Taylor Swift, dia juga ada caranya yang tersendiri. Sesuai dengan bakat dan kelebihan yang ada padanya, Taylor Swift menggunakan lagu untuk menyampaikan mesej bengang kepada bekas teman lelakinya, John Mayer.

Terkenal kerana gemar menjadikan peristiwa dialami sebagai inspirasi dalam lagunya, Taylor tidak mengecualikan Mayer dalam lagu Dear John yang menjadi sebahagian