Kutipan Terkini Hikayat Merong Mahawangsa

Posted by Rafhan on Sunday, 20 March 2011


Hikayat Merong Mahawangsa secara rasminya telah mencatat kutipan box office tertinggi bagi genre epik buatan Malaysia dengan kutipan terkini melebihi RM4 juta setakat semalam. Kutipan sebanyak itu yang dijangka terus meningkat sudah tentu memberikan sedikit kelegaan kepada produsernya. Namun, sokongan berterusan daripada peminat masih diharapkan. 

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya berharap filem yang menggunakan kos sebanyak RM8 juta itu dapat bertahan hingga empat minggu di panggung wayang sekali gus membolehkan lebih ramai menontonnya.  Katanya, menerusi maklum balas pada hujung minggu lalu, ramai penonton terkilan kerana tiket menyaksikan filem berkisar nakhoda dan pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu habis dijual malah ada dikalangan pawagam hanya membuka satu atau dua panggung sedangkan permintaan tinggi. 

“Kami berharap pihak pawagam dapat membuka lebih panggung melihatkan permintaan tambahan pula ini musim cuti sekolah. Penonton juga diminta jangan menunggu saat akhir mendapatkan tiket di kaunter, jika boleh membuat tempahan secara on-line ia sangat digalakkan supaya tidak kecewa.  “Masalah kehabisan tiket ini bukan hanya membabitkan penonton di Kuala Lumpur, ia turut membabitkan tayangan di Johor, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu. Keadaan akan bertambah meriah minggu ini dengan musim cuti persekolahan di mana orang ramai berpusu-pusu ke pawagam,” katanya. 

Melihat kepada angka berkenaan, Norman mengakui berdasarkan jangkaan awal pihaknya mensasarkan dalam tempoh terbabit sekitar RM1.5 juta dapat dicatat namun promosi dari mulut ke mulut selain kualiti naskah itu sendiri menarik penonton mengikutinya. “Ini satu perkembangan yang baik, bukan untuk Hikayat Merong Mahawangsa saja malah filem Melayu lain kerana musim cuti ini banyak lagi filem blockbuster Hollywood masuk. Filem genre aksi seperti ini sememangnya perlu ditonton di pawagam untuk merasai mood dengan sistem audio visual yang mendebarkan. 

“Memandangkan wajib tayang untuk filem Melayu kini seminggu sekali, selain produk Hollywood kita juga akan bersaing dengan filem Melayu lain. Justeru kami harap dalam tempoh dua minggu pertama ini dapat mengutip hingga RM6 juta seterusnya bertahan hingga minggu ke empat di pawagam,” katanya lagi. 

Filem yang skripnya ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman-Hughes yang diminta mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.  Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han adalah sebuah empayar yang kuat dan memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.  Di suatu lokasi pula, puak lanun Geruda mempunyai perancangan berbeza iaitu mahu menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda hingga berlaku pertempuran dahsyat. 

Antara watak-watak di dalam Merong Mahawangsa:





{ 3 orang bercakap... read them below or add one }

Meera said...

i sala sorang penyumbang ! :D

Gen Fujita said...

Belum pulang modal lagi. Silap-silap market dalam negara lepas balik modal je, untung nak kena harap dari tayangan kat luar.

Amira Amin said...

belum tengok lg, asyik full house je..
Frust betul.. -.-

Post a Comment