Sung Bong Choi Cipta Kejutan Dalam Korea’s Got Talent

Posted by Rafhan on Sunday, 3 July 2011

Sung Bong Choi Cipta Fenomena Luar Biasa Di Korea Selatan

Ingatkah anda kepada seorang nenek tua yang bernama Susan Boyle yang mengejutkan penonton di dalam rancangan Britain’s Got Talent pada tahun 2009? Kali ini seorang anak muda dari Korea pula mencipta kejutan dalam rancangan Korea’s Got Talent.

Secara zahirnya, tiada apa yang istimewa pada remaja lelaki berumur 22 tahun itu. Dia tidak kacak bahkan seorang yang pemalu. Tetapi di sebalik penampilan biasa itu, Choi ada kisah dan kelebihan sendiri sehingga membuatkan orang lain kagum dan terpegun. Sebab itu jugalah ada pepatah yang berbunyi “don't judge the book by its cover”.

Sedutan dari youtube ujibakat Sung Bong Choi dalam korea's Got Talent

Dalam rancangan yang disiarkan di stesen televisyen Korea Selatan itu, Choi memberitahu bahawa dia pernah tinggal di rumah anak yatim pada usia tiga tahun. Akibat tidak tahan dibuli, dia melarikan diri dua tahun kemudian dan tinggal di jalanan sambil berniaga gula-gula getah dan air minuman.

“Saya hidup macam lalat selama 10 tahun,” katanya di hadapan penonton dan juri rancangan itu.Choi yang hidup sebatang kara berkata, dia ingin bebas daripada perangkap kenangan silam yang menyedihkan.“Saya tidak menaruh keyakinan pun untuk menyertai pertandingan ini. Saya hanya mahu menjadi seperti orang lain. “Saya tidak pandai menyanyi, tetapi berasa seperti menjadi orang lain apabila menyanyi,” katanya.


Dia yang tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang nyanyian memukau seluruh dewan sehingga ada yang menitiskan air mata apabila dia melontarkan suara.Choi menyanyikan lagu Itali berjudul Nella Fantasia baru-baru ini. Sebahagian rakaman rancangan tersebut yang dimuat naik ke laman YouTube ditonton sebanyak hampir sembilan juta kali


source: kosmoonline

{ 0 orang bercakap... read them below or add one }

Post a Comment