Penulis Ombak Rindu Terima RM219,000

Posted by Rafhan on Saturday, 10 December 2011

Di Sebalik kehangatan Filem Ombak Rindu, wujud satu dakwaan mengenai pembayaran royalti yang tidak setimpal kepada penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari. Syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Husamuddin Yaacob berkata, semenjak novel tersebut diterbitkan pada 2002, pihaknya sudah membayar royalti sebanyak RM219,000 kepada penulis tersebut setelah terjual sebanyak 160,000 naskhah.
“Saya sendiri tidak tahu kenapa Fauziah sanggup membuat kenyataan yang sebegitu kerana kami sudah pun membuat bayaran yang sewajarnya. Malah, kejayaan Ombak Rindu di pawagam sebenarnya turut memberikan keuntungan kepada dirinya.
“Lagipun dia harus faham ketika menandatangani kontrak dahulu, sudah termaktub dalam perjanjian bahawa penerbit berhak untuk menguruskan novel tersebut termasuklah percetakan, promosi serta keputusan untuk mengadaptasikannya kepada filem atau drama,” jelasnya dalam satu sidang akhbar semalam.

{ 0 orang bercakap... read them below or add one }

Post a Comment