Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Pelajar UMP Mati Lemas di Air Terjun Berkelah

Posted by Rafhan on Tuesday, 1 May 2012


Salam guys. Agak terkejut, apabila  membaca surat khabar online sebentar sahaja tadi, seorang pelajar di universiti aku telah mati lemas di air terjun bekelah dekat gambang. Mangsa, Ang Kent Chin merupakan pelajar tahun satu Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti malaysia pahang Kampus Pekan.
Berikut adalah petikan dari akhbar kosmoonline.
01/05/2012 7:17pm
KUANTAN - Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Pahang (UMP) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Air Terjun Bekelah dekat Gambang, hari ini.Mangsa dikenali sebagai Ang Kent Chin, 21, dipercayai lemas kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas memasuki kawasan terbabit lebih kurang pukul 8 pagi. Difahamkan mangsa bersama rakan-rakannya ke kawasan perkelahan itu untuk melakukan aktiviti kegiatan kokurikulum mereka.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya yang menerima panggilan sejurus selepas kejadian itu terpaksa berjalan kaki selama tiga jam ke lokasi kejadian kerana tempat mangsa lemas berada di tingkat atas sekali air terjun terbabit.dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya di sini hari ini. Katanya, kerja-kerja menyelamat kini dihentikan sebentar kerana hujan lebat di tempat kejadian dan sekiranya mangsa belum ditemui sehingga petang ini, operasi akan disambung esok
Salam takziah di ucapkan kepada keluarga mangsa....

Keesamus Punca Anuar Zain Gulung Tikar

Posted by Rafhan on Saturday, 21 April 2012

Salam Guys. Happy weekend. Sekarang ni ramai betul orang nak tunjukkan bakat diorang kat youtube. Baru-baru ni ade terjumpa video seorang awek Thailand yang menyanyikan lagu Melayu. memang awesome. Nama dia Keesamus.  Jarang-jarang la orang Thailand nak nyanyi lagu Melayu. Suara dia pun boleh tahan la.  Semalam aku ade Request di facebook fan pages Keesamus, nak mintak dia mainkan lagu "sedetik Lebih" by Anuar Zain. Tak tau la dia boleh bawak lagu tu ke tak. Kalau dia boleh nyanyi lagu tu, aku rasa lepas ni Anuar Zain tak boleh cari makan.

Kat bawah ni, ada video dari youtube, keesamus nyanyi lagu ayat-ayat cinta by Rossa. Sebijik macam orang melayu yang nyanyi.


p/s: Memang betul la bahasa Melayu ni bahasa Lingua Franca. Kalau nak diikutkan Bahasa Melayu ni, bahasa ke-4 paling banyak dipertuturkan di dunia.

http://keesamus.blogspot.com

Posted by Rafhan on Wednesday, 18 April 2012

Maksud Proton Preve

Posted by Rafhan on Tuesday, 17 April 2012


Proton Preve baru sahaja di lancarkan di  Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines di Seri Kembangan pada malam tadi. Harga Proton Preve bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000.
Tapi, korang tahu tak maksud proton preve?
Di dalam bahasa Inggeris Preve membawa maksud "To Proof". Membawa maksud, Proton cuba membuktikan komitmen mereka. Apa yang diorang nak proof aku tak tau la, itu korang kena tanya pengarah urusan proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin .
Perkataan  "PREVE" diambil dari sebutan bahasa sepanyol yang bermaksud "to envision" (membayangkan).
Tapi, tolong jangan kaitkan preve dengan "pewit" Amy search ok!!!

Kenali Loo Jo Yee, The Sweet Muslim

Posted by Rafhan on Saturday, 14 April 2012

Siapakah Loo Jo Yee? Loo Joo Yee merupakan gadis cina Kristian yang memeluk Islam ketika berumur semuda 17 tahun setelah beberapa kali mendapat hidayah. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang pengamal agama Kristian yang sangat taat. Beliau juga ketika itu bakal dilantik menjadi seorang paderi perempuan pertama di sebuah gereja. 

Lee Jo Yee gemar berdebat dengan rakan-rakan Islamnya tentang hal yang berkaitan dengan agama Islam. Namun Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Semakin Loo Jo Yee cuba mencari kelemahan Islam, semakin hampir beliau dengan Islam. Namun, satu peristiwa telah menjadi satu turning point bagi hidup Loo Yo Jee.

Ikuti kisah suka duka Loo Jo Yee  sebelum dan selepas memeluk Islam, di Youtube. 

P/s: aku lambat tulis kisah Loo Yo Jee ni sebab ingat dia ni orang Korea sebab nama macam KPOP. Tak sangka pulak dia orang Malaysia. Baru je tengok video pasal die kat youtube malam semalam. (blogger di bawah tempurung betul la aku ni)

Isu Rita Rudaini Bercerai Paling Menjadi Tumpuan

Posted by Rafhan


Isu Penceraian Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil Zafuan Abdul Razak, nampaknya telah mencuri perhatian peminat sukan dan hiburan tanah air, apabila banyak keyword searh ke blog aku dengan kata carian "rita rudaini". Rita Rudaini yang merupakan seorang pelakon, telah mendirikan rumah tangga dengan aidil zafuan, pemain bola sepak kebangsaan  melalui satu perkahwinan kontroversi dan dikurniakan dua orang anak, Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin. Aidil sudah pun memfailkan permohanan cerai di mahkamah syariah, dan  memberitahu kepada rita tentang permohonan cerainya hanya melalui SMS. 

Dashat jugak ya, isu penceraian Rita dan Aidil ni. Kalah berita gempa bumi kat acheh tu. Tapi pelik jugak ya, kenapa ada lelaki yang sanggup cerai isteri guna SMS. Kalau melamar awek, boleh guna ayat bunga-bunga " Sudikah awak menemani hidup saya la, bla, bla....." Kalau nak ceraikan pun, buat la dengan tertib. At least, bagi la penghormatan sikit kat perempuan yang pernah lahir kan zuriat dari benih awak tu.

Oklah, selain isu rita dan aidil. Isu  gempa bumi di acheh,  kemenangan Tasha Shila di taja dan twitter zed zaidi turut menjadi isu paling popular pada minggu ini.

p/s: serius penat minggu ni. Dengan test berlambak2 dan final project yang masih belum siap. Alhamdulillah, hilang stress sekejap lepas dapat update blog.

Gempa Bumi di Malaysia

Posted by Rafhan on Thursday, 12 April 2012

ORANG ramai keluar dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town.

KUALA LUMPUR – Dua gegaran dalam tempoh hampir dua jam yang berpunca daripada gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia semalam mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk di beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.
Gegaran pertama berlaku kira-kira pukul 4.50 petang dan disusuli pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan penghuni di kediaman tinggi dan berhampiran pantai di negara ini meninggalkan rumah masing-masing. Antara negeri yang merasai gegaran tersebut ialah Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Di pulau pinang, perkhidmatan feri yang menghubungkan Butterworth dan Goerge Town telah dihentikan pada pukul 8.30 malam berikutan gegaran kedua pada 6.45 petang tetapi disambung semula 45 minit kemudian setelah amaran tsunami ditarik balik. Bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang dibuka seperti biasa.
Seorang penduduk flat Bukit Gedung, Siti Nur Zuriani Zaini, 25, memberitahu, orang-ramai lari lintang-pukang sebaik menyedari gegaran berlaku. “Bayangkan bunyi gegaran itu sangat luar biasa seperti tanah sedang bergerak manakala pintu dan perabot rumah pula bergoncang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
source:kosmoonline

Amaran Tsunami Di Malaysia Susulan Gempa Bumi di Acheh

Posted by Rafhan on Wednesday, 11 April 2012



Malaysia turut menerima amaran tsunami ,  lantaran gempa bumi di Acheh pada hari ini (petang 11 april 2012) . Selain Malaysia, singapura, thailand dan selatan india turut menerima amaran tsunami. Gempa bumi ini berkekuatan 8.9 skala richter. Sekitar pukul 4 tadi ramai telah mengupdate status facebook memberitahu merasakan gegaran tadi di utara semenanjung.



Selepas gempa bumi acheh 2012 dengan kekuatan 8.9 skala richter tadi amaran tsunami turut dikeluarkan untuk di sebahagian pantai barat semenanjung Malaysia, Singapura, Thailand dan Selatan India. Berikut adalah nasihat untuk orang awam:-

Gempa Bumi Acheh 2012 : Amaran Tsunami

  • Jangan ke kawasan berhampiran pantai
  • Banyakkan doa kepada Allah
  • Berwaspada sentiasa, ini petanda dunia akhir zaman
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan datang hari kiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi”.
(Riwayat Bukhari)

source: forblogger

Awas, Tepung Susu Tiruan !!

Posted by Rafhan on Tuesday, 28 February 2012

Tepung susu tiruan yang tersebar luas di facebook
Tepung susu tiruan di Pasaraya di Bayan Baru

GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung.
Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim.
"Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan. "Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram.
Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan. "Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut.
source:kosmo

Jadual Padat Ustaz Azhar Idrus

Posted by Rafhan on Sunday, 26 February 2012


Selebriti baru terkenal, Ustaz Azhar Idrus mempunyai jadual yang padat hujung minggu ini sejak pagi tadi hinggalah esok. Pagi tadi, sejak jam 8 pagi beliau bersama Karnival Mahabbah di Dataran Kubang Gajah, Temerloh, Pahang.

Petang ini beliau akan berada di Stadium Selayang, Selangor untuk menyertai perhimpunan 'Orang Muda Geng Kita' juga bersama Ustaz Nasrudin. Turut serta petang ini adalah Aizat AF4. Malam ini pula beliau akan memberikan ucapan dalam Karnival Memakmurkan Masjid di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Esok pula, beliau akan bersama Pemuda PAS Terengganu di Hotel De Palma, Ampang bagi meraikan majlis kutipan dana pilihan raya mereka.

Borang Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia Laku Macam Goreng Pisang

Posted by Rafhan on Monday, 30 January 2012

sara 1 malaysia, pinjaman bank,Borang Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia, RM5000

Di satu petang yang indah di RHB bank cawangan Sungkai. Bertemulah seorang jejaka kacak dan seorang akak comel..

Aku: Hai akak.


Akak Comel : Ye nak ape...

Aku : Camner nak apply pinjaman skim Amanah Rakyat 1 Malaysia ni? (sambil tunjuk keratan akhbar)

Akak comel: Oh, kene isi borang dan sediakan dokumen yang diperlukan. Tapi borang tu dah habis la kat sini.. Tapi boleh download borang tu kat laman web ni http://www.sara1malaysia.com.my
aku: ok, thnx akak comel.. babai... tata, titi, tutu...

Pergh, cepat betui borang habis. Baru first day dah stock cleareant. Dashat, dashat.. Memang btul rakyat malaysia dah semakin kesuntukan duit ni. 

Ok, Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1 Malaysia) di sediakan mengikut pecahan kaum seperti berikut:

Bumiputera – 50%; 
Chinese – 30%; 
Indian – 15%; 
Others – 5%

untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan boleh layari laman web sara 1malaysia

Majlis Perkahwinan Ally Iskandar & Farah Lee (Blogger)

Posted by Rafhan on Sunday, 15 January 2012

Farah lee, blog farah lee, gambar farah lee, majlis perkahwinan Ally isakandar, nama isteri ally iskandar, gambar majlis perkahwinan ally iskandar
ALLY ISKANDAR bersama bakal isterinya, Farah Lee,  Mereka bakal bernikah pada 20 Januari dalam satu majlis tertutup.

Pengacara Popular TV3, Ally Iskandar dikhabarkan bakar mengakhiri zaman bujangnya dengan mengahwini seorang blogger, Farah Lee, 22, yang juga merupakan seorang penuntut jurusan kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan.  Beberapa keping gambar Ally bersama Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mula menjadi tatapan pengguna Internet sekali gus membuatkan Ally tampil membuka cerita. Dia akhirnya mengaku akan bernikah pada 20 Januari nanti, sebagai mana yang digembar-gemburkan dalam portal-portal hiburan (sepertimana dilaporkan KOSMO)


Korang boleh pegi lawat Blog Farah Lee kat sini.. [LINK] . Ape-ape pun tahniah diucapkan kepada Ally Iskandar dan Farah Lee. Selamat pengantin baru. Semoga Majlis Pernikahan dan Perkahwinan berjalan lancar. Insyaallah... 

Tarikh Keputusan PMR 2011

Posted by Rafhan on Friday, 16 December 2011

Tarikh keputusan PMR 2011 (Penilaian Menengah Rendah) dijangka diumumkan keluar pada 22 atau 23 Disember 2011. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut juga akan dipinda dan tertakhluk kepada keadaan. 

Calon PMR juga boleh menyemak keputusan PMR melalui SMS (sistem Pesanan Ringkas), pada tarikh keputusan PMR dikeluarkan. 


Taip PMR  NOMBOR ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888


Sememangnya menunggu keputusan PMR 2011 bagi setiap calon merupakan detik yang sangat mendebarkan dan bakal penentuan sama ada impian mereka untuk memasuki sekolah menengah sains dan MRSM tercapai. Diharapkan semua calon PMR 2011 berjaya mendapat keputusan yang cemerlang setanding dengan daya usaha yang dilakukan selama ni.


Source: melvister,gvishnu


p/s: gdLuck juga utk anak buah aku yg sdg menunggu result PMR... :)

Penulis Ombak Rindu Terima RM219,000

Posted by Rafhan on Saturday, 10 December 2011

Di Sebalik kehangatan Filem Ombak Rindu, wujud satu dakwaan mengenai pembayaran royalti yang tidak setimpal kepada penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari. Syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Husamuddin Yaacob berkata, semenjak novel tersebut diterbitkan pada 2002, pihaknya sudah membayar royalti sebanyak RM219,000 kepada penulis tersebut setelah terjual sebanyak 160,000 naskhah.
“Saya sendiri tidak tahu kenapa Fauziah sanggup membuat kenyataan yang sebegitu kerana kami sudah pun membuat bayaran yang sewajarnya. Malah, kejayaan Ombak Rindu di pawagam sebenarnya turut memberikan keuntungan kepada dirinya.
“Lagipun dia harus faham ketika menandatangani kontrak dahulu, sudah termaktub dalam perjanjian bahawa penerbit berhak untuk menguruskan novel tersebut termasuklah percetakan, promosi serta keputusan untuk mengadaptasikannya kepada filem atau drama,” jelasnya dalam satu sidang akhbar semalam.

Bantuan RM500 Untuk Setiap Isi Rumah : Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Posted by Rafhan on Thursday, 8 December 2011


KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu berkahwin; ibu atau bapa tunggal mempunyai tanggungan; bujang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setiap anak berkahwin berpendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan. "Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang," katanya dan menekankan 'hanya ketua isi rumah layak untuk memohon'.

Kementerian Kewangan telah membuka Bilik Gerakan untuk operasi Talian Hotline BR1M 1-800-222-500 bermula hari ini bagi memudahkan orang ramai mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan BR1M. Talian Hotline ini beroperasi setiap hari bekerja, mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari 2012. 

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

- BERNAMA, myAdha

Benarkah Mark Zuckerberg Masuk Islam?

Posted by Rafhan on Thursday, 24 November 2011

mark zuckerberg masuk islam, zuckerberg, fuckbook


"Mark Zuckerberg Convert to Islam".  Itulah status facebook yang popular pada hari ini. Sebenarnya aku juga ragu untuk menyebarkan berita gembira ini kerana bimbang ianya adalah rekaan semata-mata. Banyak reference tentang  pengislaman Mark Zuckerberg  menuju ke pautan  technob.com. Antara isi kandungannya berbunyi seperti ini,

This amazing and highly interesting piece of information just landed in. Unofficial sources claim that Facebook CEO Mark Zuckerberg has made the decision to convert to Islam, and will henceforth be known as Mark Abu-bakar. 


Mark Abu-bakar said:

I’ve been wanting to convert since a very long time. Yesterday, when we finally decided to shut down Facebook for 24 hours in October, i took some time out to think about what actually defines my life. I came to the conclusion that if there’s no Facebook, there’s no Mark Zuckerberg. That’s when it hit me. I was lucky that someone on Facebook had a web app for online conversion, so i went forward with it. Yes, its true. The app also posted a notification on my wall, you can check it out. May the lord be with you" 



Tetapi apa yang meragukan aku ialah posting entri tersebut bertarikh 1 April 2011. Dimana 1 April tersangat lah popular sebagai hari gurauan yang disambut oleh orang-orang kafir (April Fool)

Begitu juga dengan sumber yang mengatakan pengislaman Zuckerberg telah disiarkan di stesyen televisyen Al-jazeera, namun belum ade sumber rasmi dari laman web Al-jazeera yang mengatakan Zuckerberg memeluk Islam. 

Seharusnya berita ini disiasat terlebih dahulu begi memastikan keselamatan Umat Islam dilindungi. Ini adalah kerana, Facebook yang sememangnya dipandang sinis sebagai musuh ketat Umat Islam (Walaupun hampir semua umat Islam memiliki akaun FB)

Mungkin juga berita ini sengaja digembar-gemburkan untuk menarik minat umat Islam untuk lebih kerap menggunakan Facebook sebagai medium perantaraan. Sekaligus meninggikan risiko maklumat sulit  diceroboh.

Masih berbangkit isu-isu data peribadi pemilik akaun FB yang mudah digodam. Bayangkan jika maklumat-maklumat penting umat Islam digodam seperti kekuatan ketenteraan, lokasi penjanaan tenaga elektrik atau akaun kewangan sedikit-sebanyak akan meletakkan umat Islam berada di dalam keadaan panik dan sangat tidak selamat.

Nasihat saya agar kita lebih berhati-hati menggunakan facebook dan tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti, nombor akaun bank dan no telefon di dalam facebook.

Sebenarnya suka jugak kalau Zuckerberg masuk Islam. Kalau benar, Alhamdulillah...  Yelah, bagus jugak, sekurang-kurangnyer dapat menyuntik ekonomi umat Islam yang sememangnya sedang lemah dan mundur ni...
Ok, saya sertakan sekali maklumat Mark Zuckerberg sebagai rujukan kita bersama. 

Born : Mark Elliot Zuckerberg
May 14, 1984 (age 27)[1]
White Plains, New York, U.S.

Residence: Palo Alto, California, U.S.[2]

Ethnicity: Jewish

Alma mater
Phillips Exeter Academy
Harvard University (dropped out)

Occupation:
CEO/President of Facebook
(24% shareholder in 2010)[3]

Known for:
Co-founding Facebook in 2004; becoming world's youngest billionaire as of 2008[4]

Net worth:
US$17.5 billion (2011)[5]


Relatives:
Randi, Donna and Arielle (sisters)


Awards:
TIME Person of the Year 2010

Penari Bogel di Singapura

Posted by Rafhan on Monday, 14 November 2011


Terkejut aku baca paper kosmo hari ni.. Isu penari bogel kat negara jiran kita di Singapura. Kalau jadi penari bogel memang lah lumayan gaji dia.  Kalau menari bogel selama 20 minit, akan dibayar sebanyak RM 981 (SG$400). 
Itu 20 minit. 

Kalau average harian kerja 8 jam sehari la, (Ikut waktu office) RM 981 * 8= RM 23544

Sehari dapat RM23544

kalau sebulan?

RM 23544 * 30 = RM 706320

Mak oi, lumayan nye gaji... Kalah gaji perdana menteri zimbabwe ni.. Tapi aku bukan nak promote korang jadi penari bogel. Haram tu. Cuma aku nak ajak korang berfikir. Memang dunia sekarang ni berada di akhir zaman. Kenapa orang sanggup habiskan duit beribu-ribu kat penari bogel, tapi gaji operator kilang, toilet cleaner, pakguard sekadar cukup-cukup makan. Sedangkan pekerjaan toilet cleaner lagi mulia dari jadi penari bogel..

Keburukan Bermain Game Dota

Posted by Rafhan


Main dota sampai bergaduh? Dashat betul permainan komputer sekarang ni.

Jam Tangan Rolex Oyster Perpetual Dilelong

Posted by Rafhan on Sunday, 13 November 2011


GENEVA - Seutas jam tangan Rolex milik James Bond yang lengkap dengan satu gergaji bulat dan medan magnetik kuat untuk memesongkan peluru akan dilelong di Geneva pada hari esok. "Jam ini unik dan direka oleh jurutera terkenal Syd Cain," kata pengarah antarabangsa untuk jam tangan dari firma lelongan Christie's, Aurel Bacs.
Jam tangan Rolex jenis Oyster Perpetual buatan tahun 1972 itu dipakai oleh aktor Roger Moore dalam filem James Bond, Live & Let Die yang ditayangkan pada tahun 1973. Dalam filem tersebut, Bond menggunakan gergaji kecil itu untuk memotong tali dan melarikan diri dengan watak Solitaire yang dimainkan oleh pelakon Jane Seymour.
Jam yang tidak berfungsi sebagai jam tangan itu dijangka dapat dijual pada harga AS$220,000 (RM690,800) apabila ia dilelong pada 14 November depan. 
source: kosmo

Taylor Swift Derma Buku Kepada Perpustakaan Tempatan

Posted by Rafhan on Saturday, 15 October 2011


PENNSYLVANIA - Penyanyi country terkenal, Taylor Swift (gambar) mahu kanak-kanak di bandar Reading di sini gemar membaca buku. Justeru, dia mengambil keputusan untuk menderma sebanyak 6,000 buah buku kepada perpustakaan tempatan.
Pustakawan mengumumkan sumbangan buku daripada penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu kelmarin. Swift yang dibesarkan di bandar berdekatan iaitu Wyomissing bagaimanapun tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Dia telah bekerjasama dengan penerbit Scholastic Inc. untuk menderma buku kepada kanak-kanak dan golongan dewasa. Tajuk-tajuk buku dipilih oleh pustakawan.
Wakil penyanyi itu memberitahu pegawai perpustakaan bahawa Swift mahu membantu perpustakaan yang berdepan masalah ekonomi. Menurut pustakawan, buku yang diderma oleh Swift akan ditanda dengan bintang berwarna putih di bahagian belakang dan diletakkan pelekat di dalamnya. Mereka berharap populariti Swift akan mendorong lebih ramai kanak-kanak dan remaja supaya minat membaca. 
source:kosmo