Malam tadi sewaktu lepak bersama kawan-kawan aku sempat membincangkan suatu topik hangat iaitu "Bunting Pelamin". Satu perkataan yang biasa aku dengar sejak kecil, tapi aku tak pernah tahu maksudnya sehingga ke hari ni, (dah tua bangka pun tak tahu-tahu lagi).
Seorang kawan ku bertanya, apa yang korang tahu tentang bunting pelamin? Aku pun jawabla menggunakan teori fuzzy logic aku. Aku kata bunting pelamin tu maksudnya dibuntingkan ketika bersanding di atas pelamin. Aku tahu sebenarnya jawapan aku tu tak logic, saje je nak buat lawak bodoh. Banyak juga jawapan kelakar keluar dari mulut kawan-kawan aku. Antaranya:
1. Bunting pelamin maksudnya pregnant dulu baru nikah (kantoi anak luar nikah la ni)
2. Nikah dulu lepas tu pregnant. Lepas tu baru bersanding dalam keadaan pregnant. (nikah gantung)
3. Lepas naik pelamin, malam pertama terus pregnant
4. Bunting ni bukan untuk kucing je ke?
Sebenarnya jawapan yang No 3 tu paling hampir dengan maksud sebenar bunting pelamin. Sebenarnya bunting pelamin ni bermaksud disahkan mengandung pada tempoh yang awal selepas pernikahan/perkahwinan. Kira bunting pelamin ni bukan la kes kantoi anak luar nikah yer...
Haha oklah, kepada mana-mana perempuan yang sedang mengandung di luar sana, tahniah diucapkan. Semoga kandungan berada dalam keadaan baik. Rezeki dari Allah tu.. Ok bye...
{ 0 orang bercakap... read them below or add one }
Post a Comment