Cendawan Busut, Selamat Dimakan Atau Beracun?

Posted by Rafhan on Thursday, 12 May 2011


Info Cendawan busut
Nama Famili: Lyophyllaceae
Nama saintifik: Termitomyces sp.
Spesies yang terdapat di Malaysia: Termitomyces heimii Natarajan, Termitomyces clypeatus, Termitomyces albuminosa
Jangka Hayat: Cendawan busut hanya hidup empat hari.
Saiz: Pileus (Kepala/Tudung) 1.5-7 cm diameter mengikut spesies.
Lokasi: Ladang-Ladang kelapa sawit, kebun getah, kebun dan kawasan hutan yang tidak tercemar dengan racun serangga. Boleh didapati di seluruh Malaysia.
Cara pembiakan/penyebaran: Obligat simbiosis dengan anai-anai (Macrotermes spesis and Odototermes spesis)
Harga pasaran: RM20 sekilogram
SALAH FAHAM: Struktur morfologi dan warna yang hampir sama iaitu putih dengan spesies yang beracun seperti Macrolepiota spesis, Lepiota spesis dan Amanita spesies.
Cara untuk mengelakkan salah faham: Pastikan bahawa di bawah cendawan tersebut terdapat busut cendawan dan akar cendawan busut panjang dan sampai ke dalam sarang anai-anai tersebut.


Fakta Cendawan Busut Yang Perlu Anda Tahu:

1. Tumbuh di atas busut anai-anai
2. Tumbuh secara koloni
3. Antioksida yang baik dan kandungan lemak yang rendah. Dijadikan makanan kesihatan kerana rendah kolesterol dan sesuai untuk orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi
4. Tahap racun (sekiranya ada) pada manusia: Setakat ini tiada kes keracunan. Perlu dimasak sebelum makan.
5. Sifatnya seperti rumput. la tidak akan tumbuh di kawasan yang kerap diracun.
6. Sifatnya seperti rumput. la tidak akan tumbuh di kawasan yang kerap diracun.
7. Cendawan busut akan tumbuh di tempat yangsama.
8. Sifat tanah mempengaruhi warna cendawan busut. Jika tumbuh di tanah merah, warna cendawan akan kemerah-merahan, begitu juga jika ia tumbuh di tanah gambut. warnanya akan kehitam-hitaman. Tetapi apabila kulitnya dikupas, isinya tetap putih.
9. Jika dicabut dari tanah dan ditanam di kawasan lain, ia tidak akan tumbuh.
10. Sekiranya cendawan dicabut, badannya tidak akan membesar tetapi topinya akan mengembang. Jika disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh tahan hingga seminggu.
11. Cendawan busut mengeluarkan bau yang harum. Apabila
hari keempat iaitu hari topi mengembang, bauya dapat dihidu dalam radius sehingga 20 meter.


Source:
Kosmo 

{ 8 orang bercakap... read them below or add one }

::thexieza:: said...

xpenah tgk lg cendawan cmni..
huhu..

CikPuanWanda said...

ada ek cendawan ni??xtaw pung

Unknown said...

best nie....haha :p

alexayussida said...
This comment has been removed by the author.
alexayussida said...

cendawan amsak black pepper...sodappp..:D

alexayussida said...

masak*

FaizalRSD said...

aduss...dulu2 sebakul boleh kutip belakang rumah je.sekarang dah susah cari.mak aku suka buat sup cendawan.tapi bila lumur garam kunyit pastu goreng,perghhhh!tak payah makan lauk lain la.sodap!

Anonymous said...

skg ngah musim ujan kt kg..ari tu bwk balik 8kilo..ari2 msk cendawan..hihihi

Post a Comment