Salam guys. Hari ni nak share story tentang khasiat teh hijau. Korang mesti pernah minum teh hijau kan? Dah banyak bentuk dah packaging teh hijau ni sekarang, ada yang dalam botol, uncang dan juga serbuk. Macam aku, kalau singgah petrol station mesti beli teh hijau dalam botol selalunya jenama Pokka atau pun Lipton. Sangat sedap & boleh segarkan badan.
Teh Hijau Uncang Keluaran Lipton
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaatkan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Membantu mengawal paras gula darah
- Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
- Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
- Menurunkan aras kolesterol. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
- Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
- Menjaga tekanan darah
- Merawat batuk
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
- Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
- Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
- Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
- Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
- Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
- Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
- Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.
source: KongsiBersamaNora & Dunia Herba HPA