Hang Nadim Dilempang Oleh Pak Cik Deraman

Posted by Rafhan on Sunday, 24 April 2011

Tersebutlah al-kisah di zaman dahulu kala di sebuah negeri yang diberi nama Negeri Kampung Pisang, di mana  rakyat jelata di negeri tersebut hidup dalam keadaan aman dan damai. Sehinggalah pada suatu hari Sang Kelembai datang membuat onar di negeri tersebut. Habis tanaman-tanaman orang kampung di rosakkannya. Anak-anak gadis sudah tidak berani keluar rumah kerana risau diganggu oleh Sang Kelembai.

Sultan Negeri Kampung Pisang menjadi gundah gulana. Pening memikirkan nasib rakyatnya yang semakin menderita. Lalu sultan pun menawarkan hadiah satu uncang emas bagi sesiapa yang dapat menewaskan Sang Kelembai. Hari demi hari berlalu, namun tiada siapa yang berani menampilkan diri untuk menewaskan Sang Kelembai yang semakin bermaharaja lela itu.

Sultan semakin gundah gulana, mencari formula terbaik bagi menyelesaikan masalah di negeri tersebut. Lalu sultan pun menukar tawaran daripada satu uncang emas kepada "hadiah yang tidak ternilai". Perkhabaran tentang hadiah yang tidak ternilai tersebut sampai ke pengetahuan Hang Nadim, seorang anak muda yang sangat pintar di negeri tersebut. Hang Nadim yang sangat tertarik dan teruja dengan hadiah tersebut pergi manghadap Sultan untuk menawarkan bantuan. 

Hang Nadim mencadangkan kepada Sultan agar semua rumah dan ladang di Negeri Kampung Pisang menanam buluh kuning di halaman rumah. Ini kerana, mengikut teori yang dipelajari oleh Hang Nadim, Sang Kelembai sangat allergic dengan  Buluh yang berwarna Kuning. Sultan pun mengarahkan agar semua rumah dan ladang di tanam dengan buluh kuning.  Memang benar apa yang dikatakan oleh Hang Nadim, Sang Kelembai berjaya diusir dari Negeri Kampung Pisang. Negeri Kampung Pisang kembali aman seperti sedia kala.

Sultan berasa sangat senang hati lalu memangil Hang Nadim datang menghadap untuk memberikan hadiah seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Hang Nadim pun datang menghadap Sultan. Lalu sultan berkata, " Beta berasa sangat bangga dengan anak muda seperti kamu. Oleh kerana jasa kamu yang dapat menghalau Sang Kelembai keluar dari negeri ini, beta dengan rasa murah hati ingin menghadiahkan kamu e-mail secara percuma"

Hang Nadim menjawab," terima kasih di atas hadiah tuanku yang tidak ternilai ini. Akan patik kenang kemurahan hati tuanku". Hang Nadim berasa sangat gembira dengan hadiah yang baru diterimanya itu. Lalu Hang Nadim pun beredar. Sewaktu hendak pulang ke rumah, Hang Nadim terserempak dengan Pak Cik Deraman. Pak Cik Deraman yang sememangnyer busy body terus bertanya tentang hadiah yang diterima oleh Hang Nadim itu. "Apekebende hadiah tidak ternilai yang kau dapat tu, Hang Nadim? Boleh ke Share dengan Pak Cik Sikit?," tanya Pak Cik Deraman bersahaja. Hang Nadim menjawab," paduka sultan telah bermurah hati menghadiahkan saya sebuah e-mail secara percuma."

Pang !!!!!!!!!

Tiba-tiba terdengar suatu bunyi lempangan yang sangat kuat. " aduih, sakitnyerrr.. Kenapa Pak Cik lempang saya? Sakit tau!!!" , kata Hang Nadim dalam nada yang perlahan. 

Pak Cik Deraman menjawab," Ape selame ni, e-mail kita kena bayar ke? Pak Cik guna Gmail dan yahoo mail tu free jer. Lagipun negeri kite ni mane ade internet. Kau nak guna e-mail celah mane? Nampak benor menipunyer..."

p/s: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan sejarah Melayu, mereka yang hidup mahupun yang telah mati.
image: google

{ 2 orang bercakap... read them below or add one }

alexayussida said...

kehkehkeh..ade maksud lainn tuh :)

amirah said...

woh best r citer ni. ada makna tol..haha

Post a Comment