Awak Nak Tahu Tak?

Posted by Rafhan on Saturday, 23 April 2011

Awak nak tahu tak? Sebenarnya, saya tak tegur awak, bukan sebab saya sombong. Tapi setiap kali saya nampak awak ada dekat dengan saya, lidah saya jadi kelu.

Awak nak tahu tak? Sebenarnya bukan senang saya nak jatuh hati dengan perempuan. Saya juga sangat "allergic" dengan perempuan. Tapi entah kenapa bila jumpa awak penyakit allergic tu terus hilang.

Awak nak tahu tak? Sebenarnya saya selalu curi pandang awak dari jauh. Selalu jugak saya stalker facebook awak. Tapi saya tak berani nak "add as friend", sebab saya tahu awak tak akan "approve" sebagai friend awak.

Awak nak tahu tak? Saya tahu yang awak layan saya lebih kurang jer. Tapi saya tak kisah. Asalkan dapat dengar suara awak, itu dah cukup buat hati saya senang.


Awak nak tahu tak ?  Saya tak tahu apa-apa pasal cinta. Tapi saya selalu harap, suatu hari nanti saya dapat bertemu dengan orang yang cinta dan sayangkan saya.


Saya tak tahu, sama ada awak tahu ke tak. Tapi apa yang saya tahu saya dah lama suka kat awak. Boleh tak saya suka kat awak?

{ 4 orang bercakap... read them below or add one }

chibiehazs said...

gimme 5..
yeh.. same la situasi kita..
ngee~~

amirah said...

weyh apa tunggu lagi, g merisik trus r.hihi

p/s: sweet gak eh ko ni XD

Radin87 said...

Ada perkara yang perlu kita luahkan baru ia difahami. Hehe.. Kalau dh suka bagitau jer.
(^_^)

- M A S H - said...

sweet :]

Post a Comment