Sumbangan Sulaiman al-Mahiri Pada Dunia Pelayaran

Posted by Rafhan on Friday, 3 December 2010

Sulaiman al-Mahiri merupakan Bapa Pelayaran Islam. Beliau menyambung  kesinambungan pelayar  agung sebelumnya iaitu Ibnu Majid. Sulaiman al-Mahiri telah menjalani hidup pada pertengahan abad ke-16 masihi. Beliau berbangsa Mahara yang hidup di daerah selatan Semenanjung Tanah Arab.

Menurut seorang antropologi Afrika Selatan, Dr. Jefferys, orang pertama yang menjumpai  Amerika Syarikat ialah Bangsa Arab. Kata beliau, orang Arab telah menjumpai Benua Amerika 500 tahun sebelum penemuan oleh Christopher Columbus. Ini sekaligus menolak dakwaan yang kononnya Christoper Columbus adalah manusia pertama yang menjumpai Benua Amerika.

Sulaiman al-Mahiri mencatat pelayaran pertama bermula dari samudera India. Kemudian melewati samudera Pasifik, Selat Bering, Laut Antartika, Atlantik termasuk Laut Tengah sehingga melewati Selat Gibraltar.Dalam satu pelayaran yang lain, tokoh pelayaran Islam terkemuka ini juga belayar dari laut India menyeberangi Laut Abysinia, Terusan Mozambik dan melewati Tanjung Harapan serta Laut Atlantik. Kemudian Sulaiman al-Mahiri memasuki laut tengah sehingga ke Selat Gibraltar.

Sebaik sahaja selesai melakukan pelayarannya, Sulaiman al-Mahiri menulis keterangan beharga tentang pelayarannya. Beliau turut menyebut tentang pentingnya ilmu nautika, ilmu bintang, ilmu planet, jalur pelayaran, angin dan sebagainya. Antara bukunya yang terkenal ialah “Kiladat al-Shumus wa-Stikhraj Kawalid al-Usus”. Buku ini telah digunakan oleh beberapa ahli pelayaran selepasnya. Buku keduanya yang juga menjadi rujukan ahli-ahli pelayaran berjudul “Tahfat al-Fuhul”. Buku ini memperkatakan tentang pengetahuan astronomi dan batu nautika, soal bumi dan bintang-bintang. Pelayaran di laut dan seni navigasi turut menjadi catatannya di dalam buku ini.

Sulaiman al-mahiri juga menulis buku yang berjudul “al-Umat al-Mahriya Fi Dabt al-Ulum al-Nahriya”. Buku ini menceritakan tentang jarak bintang Garisan Khatulistiwa, nama bintang-bintang, pelayaran laut dari pantai barat dan timur di Tanjung Camorn, jalur pelayaran ke Hijaz dan Pantai Selatan Arab. Beliau juga pernah mencatatkan sejarah kehadirannya di Barat Laut India, Pantai Timur Afrika, India dan Malaya (Malaysia)

Source:
Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.

{ 3 orang bercakap... read them below or add one }

Nurulbadiah Lai said...

thanks 4 de info:)

Hanisah Safian said...

betul! islam mmg terdahulu sebelom barat.

btw,thanx! :)

alexayussida said...

mmg btol pon islam yg jupe benua amerika tu tp smua bukti2 telah dimusnahkan mereka,yahudi laknatullah n some myb kena sorok..

tq sharing:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...