Sumbangan Amir Kushrou Kepada Dunia Muzik Islam

Posted by Rafhan on Tuesday, 21 December 2010

Amir Kushrou adalah seorang pemuzik Islam tulen yang dapat memperagakan bidang itu mengikut lunas-lunas Islam. Dilahirkan pada 1253 Masihi di Patiali, India.Beliau hidup sezaman dengan Alauddin Khilji dan penguasa Islam yang amat berminat kepada seni muzik. Di samping Kushrou, seniman Islam lain yang hidup sezaman dengannya ialah Tan Sen yang hidup di Istana Agung Mughal (Jahangir Khan). Beliau mempelajari seni muzik semasa berusia tujuh tahun. Anak muda ini ternyata amat meminati bidang muzik dan seni puisi.

Beliau berhasil menguasai  pelbagai bidang seni puisi dan muzik semasa umurnya baru 15 tahun. Gurunya yang paling terkenal iaiah Hazrat Khwaja Nizarnuddin Aulia, seorang wali yang sangat terkenal di New Delhi. Guru inilah yang telah memberikannya tarikat untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui seni dan muzik.

Apabila Hazrat  meninggal dunia. Amir Kushrou berasa sangat sedih lalu sewaktu menziarahi kubur gurunya dia  berseru: "Oh Tuhan, matahari telah terbenam tetapi Kushrou masih tetap hidup". Kemudian beliau hidup menyendiri sebelum meninggal dunia enam tahun kemudiannya.

Apa yang dikagumi, Amir Kushrou telah meninggalkan lebih setengah juta sajak dalam 92 buah buku sebelum dipanggil oleh llahi. Kebanyakan sajaknya dikarang dalam bahasa Hindi dan Parsi. Seorang yang bernama Mirza Baysunqur pernah mengumpulkan 120 000 sajak kepunyaan Amir Kushrou dan kemudian ditemukan 2000 lagi  sajak dari tokoh yang sama.

Dalam seni muzik pula, Amir Kushrou lah orang yang telah mencipta alat khiyal, kaul kalbana, gahza dan tarana. Seorang profesor dari Barat, Dr. Renade dalam bukunya "Indian Music" mendedahkan bahawa pemimpin kafir, Devagiri memeluk Islam kerana wujudnya dunia muzik Islam.


Source:
Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.

{ 1 orang bercakap... read them below or add one }

alexayussida said...

serious tak penah taw..mcm penah dgr but not so sure.thankz for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...