Sanggup Belasah Rakan Kerana Facebook

Posted by Rafhan on Tuesday, 5 October 2010

Pertama Sekali, Tahniah kepada Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook) kerana telah berjaya menyebabkan pergaduhan diantara umat Islam melalui medium social networkingnya, Facebook. 
Untuk berita selanjutnya sila klik [read more] 

LENGGONG: “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46.
Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah.

Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akuan berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan.

“Selepas bertengkar, mangsa yang mendakwa tidak menceroboh akaun rakannya dibelasah dipercayai kerana ada rakan lain mengapi-apikan pemilik akaun facebook itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Hazizi mendakwa anaknya, Aiman Asyraf, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama di sini, dibelasah teruk.

Berikutan kejadian itu, Hazizi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, bergegas pulang ke Kampung Luat, dekat sini, awal pagi Jumaat lalu, selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi.

Dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya mengenai kejadian menimpa anaknya itu dan hanya mengetahui insiden terbabit daripada pihak lain.

“Pihak sekolah sepatutnya beritahu saya mengenai kejadian itu.

“Malah, lebih mengejutkan, ketika saya menemui pihak sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu, mereka mengatakan tidak tahu kejadian menimpa anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hazizi berkata, dia diberitahu anaknya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik dihantar warden asrama ke Klinik Kesihatan Lenggong dan ditinggalkan di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

“Menyedihkan, tiada seorang wakil sekolah mengiringi anak saya sepanjang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

“Saya tak mahu membesarkan perkara ini, tapi sikap pihak sekolah yang lepas tangan sangat dikesali dan tidak mahu ia berulang,” katanya.

Menurutnya, Aiman antara pelajar cemerlang di sekolah itu, tetapi kejadian yang menimpanya akan menjejaskan persediaannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Justeru, saya berharap pihak sekolah memandang serius perkara seperti ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lenggong.


source: Harian Metro

{ 6 orang bercakap... read them below or add one }

shida anwar said...

dah makin teruk kesan fb...takat gaduh2 sedara mara...kawan2 tu x usah cakaplah...beringatlah..

Mashe said...

ish... facebook yg menakutkan~

mrnoble said...

ape lagi? boikot aa facebook!

Rafhan said...

facebook x salah Mr.Noble.. tapi kita yg x tau guna FB dgn betul.. :)

miss cloudy said...

tu laa.. FB is a good technology.. tapi bila disalah guna... mcm2 hal jd nyer

Gen Fujita said...

baru-baru ni saya mengajar kursus kepada budak2 sekolah di kawasan luar bandar. jangan terkejut, walaupun luar bandar tapi mereka semua dah kenal facebook, sekolah rendah pun dah ada yang kenal. jadi saya rasa terpanggil untuk menyentuh soal keselamatan dan etika facebook, dan saya dapati memang kebanyakan mereka kurang kesedaran, mungkin kerana benda ni benda baru, sama juga macam telefon bimbit. sebab saya rasa tak adil menyalahkan facebook hanya disebabkan kesilapan dan kejahilan sendiri. facebook hanyalah alat, bagaimana menggunakannya tu saja yang menentukan. just my 2 cents. :)

Post a Comment