Kita dan mereka

Posted by Rafhan on Wednesday, 18 August 2010


Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-6 teman menjalani ibadah puasa. Teman bersyukur kerana diberi kekuatan oleh-Nya untuk menunaikan Rukun Islam ke-3 ini. Hari ini, member sekuliyyah teman, Zul mengajak teman untuk berbuka puasa di masjid (makan free, hehe). Teman, yang jarang-jarang menolak rezeki sebegitu dengan confident menyahut ajakan Zul. Sebenarnya, sudah lama
universiti di tempat teman belajar menganjurkan aktiviti seperti ini. Berbuka puasa bersama rakan-rakan di dalam satu talam yang sama. Memang seronok kalau kita dapat menghidupkan sunnah nabi seperti ini.
Inilah juadah berbuka puasa yang menjadi santapan kami. Tetapi bukanlah juadah ini yang ingin teman kongsikan di dalam kisah kali ini, tetapi teman cuma ingin bermuhasabah diri. Sejauh manakah kita bersyukur dengan Nikmat dan rezeki Allah di bumi Malaysia. Cuba bayangkan, jika kita adalah warganegara Palestin, atau mana-mana negara yang mengalami krisis kebuluran seperti Korea Utara.
 Adakah nasib kita akan jadi seperti ini? Tahukah kanak-kanak ini erti bazar Ramadhan? Tahukah mereka tentang murtabak? Ketika kita sedang enak kekenyangan, fikirkanlah tentang saudara-saudara kita yang masih belum menjamah sedikit makanan. Terlalu individualistikkah kita, sehingga sanggup melupakan mereka? Semoga dibulan puasa ini, akan mengajar kita apakah erti kelaparan, kesusahan dan penderitaan. Banyakkanlah bersedekah dibulan puasa ini. Mudah-mudahan kita dan mereka dirahmati Allah. Insyaallah...
     
   teman bersama nash,baby dan zul

{ 11 orang bercakap... read them below or add one }

yui said...

sama2lah kita mensyukuri nikmat yang allah bagi kat kita...

Unknown said...

erm bila di fikir2 balik.
kite 10000 kali bertuah berbanding mereka

Mario said...

sama2lah kita lbh menghayati makna Ramadhan...

emieysandra said...

kita hendaklah bersabar dgn stiap ujian kerana ade org len lagi yg lebih susah dari kite..

setiap nikmat yang dilimpahkan, hendaklah disyukuri..

Anonymous said...

Salam

Astaghfirullahal azim...

Terima kasih kerana menyebarkan kesedaran ni. Semoga dirimu mendapat rahmat Allah. Rakyat Malaysia kebanyakannya tak bersyukur malah jarang2 nak menghargai.

Selamat berpuasa.

Onelove...Jambu merah warna said...

kite kena slalu brsyukurkan..
fkir tntang org yg byk kekurangan dr kte.. T_T

Kimie Hashim said...

aku kesian tgk budak ni..
sebaya adik aku yang bongsu..apalah nasib dia macamni..hmm..

Anonymous said...

kesiannye tgk gmbr tu...
kdg2 kita sendiri lupe nak brsyukur dpat mkn mknn bersih2...
tu pun ramai lg yang membazir..hm
minx dijauhkn...

CIK TOM said...

kesian tengok budak ni...alhamdulillah Allah bagi rezeki dan tak pernah kelaparan..

econpolics said...

masalah betol budak tu,,

addy saufi said...

tgok pic atas...rs diri lebih brtuah dok d bumi malaysia...bumi merdeka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...