Berita buruk untuk perokok Tegar

Posted by Rafhan on Saturday, 31 July 2010

Ini ada satu berita buruk untuk perokok-perokok diluar sana. Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai
sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.
Agensi berita separa rasmi Iran, Mehr memetik jurucakap Persatuan Memerangi Perokok, Mohammad Reza Madani sebagai berkata, rokok seludup jenama Marlboro telah dicemari dengan hemoglobin babi dan bahan nuklear yang tidak dikenal pasti.
Dia mendakwa syarikat Philip Morris International yang menjual rokok jenama Marlboro di luar Amerika Syarikat (AS) diketuai rejim Zionis dan ia dengan sengaja mengeksport rokok yang telah dicemari.
Namun, dia tidak menyediakan bukti atau maklumat mengenai rokok yang tercemar itu. Laporan semalam turut tidak menjelaskan maklumat lengkap mengenai bagaimana rokok darah babi itu ditemui.
Pemerintah Iran yang kerap mendakwa negara-negara Barat melakukan beberapa konspirasi menyatakan, sebanyak 20 bilion rokok diseludup masuk ke Iran setiap tahun. - AP

p/s: merokok membahayakan kesihatan. (dah tau bahaya, pi hisap lagi wat apa?)

* sumber ; kosmoonline

{ 0 orang bercakap... read them below or add one }

Post a Comment