Susu Panas Atasi Masalah Sukar Tidur

Posted by Rafhan on Thursday, 20 June 2013



Salam Guys. Mungkin ramai di antara kita mengalami masalah sukar untuk tidur malam, atau lebih kronik lagi apabila menghidap insomnomia (penyakit sukar tidur). Jangan risau, kerana anda boleh mencuba minum susu panas sebelum tidur. Ini kerana meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja. Di harapkan tips kali ini dapat membantu anda tidur dengan lebih lena. Dan yang paling penting, jangan lupa membaca doa sebelum tidur:

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Pakar Pemasangan Tenaga Solar (Solar Energy)

Posted by Rafhan on Sunday, 16 June 2013

Adakah anda berminat untuk memasang Tenaga Solar di rumah anda. Syarikat kami mempunyai kepakaran dalam pendawaian dan pemasangan solar panel. Jika anda berminat, sila hubungi pakar tenaga solar anda;




En. MOHAMAD  (Bsc in Electrical Power)
Project Development Engineer
Solar Power System 
No 61, Jalan. PUJ 
Bandar Putra Permai,
43300 Seri kembangan,
Selangor
engineers.sps@gmail.com 



Lokasi; Shah Alam, Subang, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

Kami juga mempelawa, kontraktor-kontraktor elektrik yang ingin menggunakan kepakaran kami dalam pendawaian solar energy.

Bagaimana tenaga solar dapat memberikan keuntungan kepada anda?



Berdasarkan gambarajah sistem On-Grid Solar System diatas, Pengguna mendapatkan bekalan elektrik melalui sistem grid. Manakala, tenaga solar yang ditukarkan kepada elektrik akan dijual semula kepada grid nasional (TNB). Sistem Solar On-Grid adalah sistem solar yang bersambungan dengan sistem grid nasional.

Sebagai contoh, penggunaan elektrik anda adalah RM 300
Tenaga Solar yang dijual kepada TNB adalah RM 1800


Jadi anda mendapat keuntungan sebanyak RM 1500 pada bulan tersebut. 

Petikan dari MSTAR online:
Pemilik kediaman boleh memperoleh purata RM500 sebulan selama lebih 21 tahun sekiranya mereka memasang sistem panel solar di rumah mereka.
Pulangan pelaburan itu diberikan sekiranya tenaga elektrik yang dihasilkan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda).
Pengerusi Seda, Tan Sri Dr Fong Chan Onn berkata, kos untuk memasang panel sumber tenaga hijau itu adalah antara RM10,000 dan RM12,000 per kilowatt.
Insentif RM500 dikira berdasarkan tenaga yang dihasilkan pada sistem empat panal solar kilowatt.
“Halangan utama untuk menggerakkan penglibatan awam secara besar-besaran untuk menggunakan tenaga solar adalah modal.
“Kami setakat ini menerima lebih kurang daripada 1,000 permohonan untuk projek ini,” kata Dr Fong kepada sidang akhbar di sini untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar.

Stress Sebabkan Gastrik

Posted by Rafhan on Monday, 10 June 2013


Gastrik? Itu adalah penyakit yang sangat asing bagi aku. Aku selalu mendengar perkataan gastrik dari ibu ku, kerana ibu adalah penghidap gastrik. Baru-baru ini, aku mengalami sakit perut secara tidak menentu. Ia tidak berlaku secara berterusan, tetapi berlarutan selama 5 hari. Perut aku rasa sakit ketika hendak tidur, selepas makan dan ketika sedang berehat juga. 

Aku berasa x sedap hati juga dengan simptom yang aku alami ini. Lantas aku ambil keputusan untuk berjumpa doktor. berdasarkan pemeriksaan doktor, doktor mendapati ini mungkin adalah tanda-tanda awal penyakit gastrik. Dan apa yang paling mengejutkan aku, apabila doktor memberitahu, tekanan adalah salah satu punca kepada penyumbang penyakit gastrik. Ini kerana, apabila kita berasa stress,  perut akan merembeskan lebih banyak asid dan seterusnya akan menyebabkan gastrik. So, kepada mereka yang mempunyai tekanan hidup atau pun tekanan di tempat kerja, sila tangani stress anda dengan cara yang bijak.

Antara tanda-tanda gastrik ialah:

  • Hilang selera makan
  • Pedih dan sakit perut 
  • Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
  • Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut
  • Perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan
  • Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
  • Rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
  • Muntah (akibat tolakan gas daripada perut)
  • Berat badan susut

Makanan yang perlu dielakkan bagi penghidap gastrik ialah:

-makanan bercili/sos/sambal belacan
-makanan masam/cheese
-minuman bergas
-merokok (walaupun pada hakikatnya rokok bukan lah makanan)

Bila dengar doktor cakap yang aku di suspek menghidap gastrik, rasa macam x percaya sebab aku ni jenis yang makan ikut time. Tetapi ia adalah fakta sains yang harus aku akui kerana aku sememangnya stress dengan kerja sejak akhir2 ini, dan aku gagal menangani stress di tempat kerja dengan bijak. Aku harap agar korang semua bijak menangani stress dengan memperuntukkan waktu untuk bersukan dan beriadah.

Sekian sahaja, jagalah kesihatan, kerana kesihatan amat berharga.

Cara Dapatkan Kembali Fail Yang Telah Di Delete

Posted by Rafhan on Saturday, 11 May 2013

Software untuk Cari file yang didelete


Salam Guys. Mungkin anda pernah terdelete sesuatu yang penting di komputer. Malah anda pernah terdelete sesuatu yang penting di Recycle Bin. Kini anda tidak perlu risau, kerana data anda yang telah di padam itu mungkin boleh diselamatkan menggunakan software Recuva.

Anda boleh memuat turun software tersebut disini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...