Ibnu Sina, Tokoh Perubatan Islam

Posted by Rafhan on Friday, 27 January 2012

avicenne, avicenne, ibn sina, ibnu sina, ilmuwan islam, tokoh perubatan, doktor

Ibnu Sina atau  dikenali juga sebagai Avicenna oleh orientalis barat adalah tokoh perubatan Islam yang teragung. Beliau dilahirkan di Afshinah, Bukhara (Turkistan) pada tahun 980 Masihi. Ketika berusia 17 tahun, beliau telah mampu mengubati Raja Samanid dari Bukhara.

Ibnu Sina adalah intelektual Islam terbesar pada abad pertengahan. Dalam masa yang sama, beliau merupakan tokoh terbilang untuk semua zaman. Sehingga kini namanya tercatat dalam sejarah sebagai tenaga perubatan terulung Islam. Dalam sejarah perubatannya, Ibnu Sina juga berjaya mengubati penyakit dalam perut yang dialami oleh pepimpin di Hamadan, Samsud Dawlah. Kemudian beliau menulis ilmu kedoktorannya dalam kitab yang beliau namakan "Alqaunun Fit Tib".

Ketika berusia 10 tahun, Ibnu Sina telah mampu menghafaz al-Quran. Dari kitab suci inilah beliau menggali pelbagai ilmu pengetahuan, perubatan dan kedoktorannya. Apabila ayahnya meninggal dunia, Ibnu Sina berhijrah ke Kota Gorgan. Raja Kwarizim yang memerintah kota itu telah mengiktiraf Ibnu Sina. Dari sinilah sejarah perubatan dan kebudayaan yang dipeloporinya berkembang dengan begitu cergas.

Karya-karya utama Ibnu Sina yang terkenal sehingga kini ialah "Asy-Sifa", "An-Najat" dan "AI-Magest". Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 1037 Masihi ketika berusia 57 tahun.

source: Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.

{ 1 orang bercakap... read them below or add one }

aneka ragam makalah said...

ibnu sina merupakan tokoh yang sangat luar biasa, oya sobat kalau tertarik dengan ibnu sina, sobat bisa melihatnya di aneka ragam makalah, oya sob, tukaran link yuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...