Kenapa Saya Tukar Line Postpaid Dari Maxis Ke Digi ?

Posted by Rafhan on Wednesday, 5 November 2014


Salam Guys. Pada hari ini kita ditawarkan dengan pelbagai  pelan internet dan panggilan yang murah. Mungkin ramai yang tercari-cari pelan data dan panggilan murah di Malaysia. Baru-baru ini aku telah mengambil keputusan untuk bertukar dari line Maxis ke Altel. tapi apakan daya, Altel masih belum ada postpaid, so aku decide tukar ke Digi lah. Sebagai makluman penukaran line telefon ini boleh dilakukan tanpa menukar nombor telefon. 

Cara-cara untuk membuat penukaran ini ialah pergi ke Pusat servis atau dealer Digi yang berhampiran dan pilih pelan yang dikehendaki. Dealer akan suruh isi borang berkaitan dan nombor telefon yang digunakan sekarang. Dalam masa lebih kurang 3 hari, line yang digunakan sekarang akan diactivated dan sim kad Digi baru boleh terus digunakan.

Setelah 10 tahun, maxis hanya tinggal kenangan

Sebab-sebab utama aku ingin bertukar dari line maxis yang aku gunakan dahulu adalah:

1. Dari segi harga, line Maxis agak mahal & hidden caj tidak munasabah. Sebagai contoh, aku ambik plan RM78 (200 minit free call ke suma talian + 1GB internet) tapi bil yang dapat sampai  RM130. Apa Kes Bro? Better aku tukar ke Digi. RM45 dapat internet 2GB & 100 minit free call ke semua talian.

2. Bosan jugak dengan maxis ni, coverage kadang-kala x memuaskan lebih kurang sama macam digi je. Lebih baik guna Digi terus kalau camtu.

3. Nak tukar angin. Sebab aku dah guna Maxis sejak 2004, Dah 10 tahun Bro!!

Pada yang nak beralih arah pada line telefon yang sedang digunakan, aku kongsikan beberapa tipslah,

1. Pilih Line telefon yang banyak coverage di tempat anda bekerja, bersekolah, belajar atau kampung sebab anda akan banyak menghabiskan masa disitu.Boleh check di internet atau service centre terdekat. X guna pilih yang murah tapi xde coverage.

2. Pilih line telefon mengikut majoriti orang yang selalu berhubung dengan anda. .

3. Pilih pelan postpaid yang senang bayar guna online banking

4. Yang terakhir sekali, pilih yang murah ler......



Harap2, ALTEL akan buat pelan untuk postpaid pulak lepas ni. Actually Altel murah dan laju. X sabar nak guna postpaid Altel. Boleh support usahawan muslim kita, Syed Mokhtar Al-bukhary (pemilik Altel).


Sekian saja perkongsian untuk hari ni. Terima kasih sudi baca.

babai!!!



Loaded 8 Tok Belagak

Posted by Rafhan on Monday, 8 September 2014




Nampaknya, Keyword carian google tertinggi paling popular di blog gua pada bulan ini adalah Emas Tok Belagak,

Dengan pelbagai program jual beli emas yang ditawarkan oleh Darul Emas Perak Berhad, pengguna engine carian google juga turut mencari keyword seperti berikut.

1. Loaded 8
2. ETA 30
3. ETA 7 
4. Mini Kontra 10g
5. Harga Emas Terkini
6. Public Gold
7. Lipat Ber Buy Back
8. Senarai Wakalah Tok Belagak
9. PAMP swiss
10. Siapa Tok Belagak


Agak kurang jelas dengan keyword2 berikut. Tak apa, kalau ada kesempatan saya akan tanyakan kepada wakalah2 tok belagak.




Gambar Paling Sedih - Tragedi MH 17

Posted by Rafhan on Saturday, 23 August 2014


Pada pendapat aku, ini adalah gambar paling sedih pada hari perkabungan negara semalam.Terus menitis air mata aku setiap kali melihat gambar ini. Imej seorang anak yang tidak dapat menahan air mata di sebelah keranda ibunya.

Anak kecil di tepi keranda itu bernama Mukhriz Marzaidi. Ibunya Mastura Mustafa yang juga pramugari MAS menemui ajal setelah pesawat yang dinaikinya ditembak jatuh di Kiev, Ukraine.  Semoga Adik Mukhriz tabah menghadapi hari yang mendatang.



AL-FATIHAH

Simpan & Labur Emas Cara Tok Belagak

Posted by Rafhan on Thursday, 14 August 2014

Lipat, ETA 7, ETA 14, ETA 30, wakalah darul emas perak berhad

Sejak kebelakangan ramai orang yang promote tentang teknik membeli dan melabur emas. Antara emas yang popular adalah emas dari Public Gold, Gold Silver Resource (GSR) dan Darul Emas Perak (DEPB). Namun masih ramai yang ragu-ragu dengan teknik pelaburan ini. Namun sempat terjumpa pencerahan yang menarik dari pemilik DEPB tentang pelaburan emas ni. Artikel di ambil dari FB Tok Belagak.

Soalan
Macamana ye dorang boleh offer macam macam logik ke ? Pinjam Pamp dapat 2 x ganda, Kontra dapat Rm xxxx , dll. Logik ke ?

Jawapan
Simple aje, semua ada kaitan dengan ETA dan beberapa Main Program Seperti Loaded Pokai TB RSB II Singaporey dan lain lain.Maka jika di teliti, Anda pun mampu buat program sendiri. Bahkan lebih baik dari Program Main Program.

Anda ambil 1 pamp, park mana mana Main Pengelola. Dapat Cashback ... order ETA masuk balik PProgram tambah sedikit cash biasa tak sampai 10 % pun dari kos Pamp asal. Timing yg tepat amat penting.Pilih ETA yg sederhana untuk mendapat Rotation yang pantas. ETA yg panang lebih kepada ZERO ENTRY.

Contoh ETA yg anda order mesti sampai awal atau tepat masanya kerana setiap Program ada Cut Off Date. Jika miss maka bayaran bulanan pertama di anjak ke bulan lagi satu. Anda akan dapati at least modal anda bertambah 2.5 - 4 × ganda dalam 2 bulan sahaja. Tunjang hanya pada ketelusan Pengelola Main Program dan rangkaian Wakalah Agen dsbnya.

Ini di namakan manipulasi Program. Kelak lepas sebulan apabila cycle pertama menjadi lengkap akan WUJUD program lain yang lebih POWER. Program Hybrid ini tidak dapat di elakan lagi. Rezeki. Dengan ujudnya Baifa Al Wafa maka ETA yang lebih solid akan berada di pasaran. Jika berlaku salah laku dimana mana rantaian akan ujud DOMINO EFEK. Tersontot.
P/s: Pada pendapat saya, sebelum menyertai program seperti ini, rujuklah pada orang yang lebih berilmu bagi mendapatkan kefahaman yang jelas.


ARTIKEL BERKAITAN:  TOK BELAGAK MENYONTOT ATAU DISONTOT?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...