Simpan & Labur Emas Cara Tok Belagak

Posted by Rafhan on Thursday, 14 August 2014

Lipat, ETA 7, ETA 14, ETA 30, wakalah darul emas perak berhad

Sejak kebelakangan ramai orang yang promote tentang teknik membeli dan melabur emas. Antara emas yang popular adalah emas dari Public Gold, Gold Silver Resource (GSR) dan Darul Emas Perak (DEPB). Namun masih ramai yang ragu-ragu dengan teknik pelaburan ini. Namun sempat terjumpa pencerahan yang menarik dari pemilik DEPB tentang pelaburan emas ni. Artikel di ambil dari FB Tok Belagak.

Soalan
Macamana ye dorang boleh offer macam macam logik ke ? Pinjam Pamp dapat 2 x ganda, Kontra dapat Rm xxxx , dll. Logik ke ?

Jawapan
Simple aje, semua ada kaitan dengan ETA dan beberapa Main Program Seperti Loaded Pokai TB RSB II Singaporey dan lain lain.Maka jika di teliti, Anda pun mampu buat program sendiri. Bahkan lebih baik dari Program Main Program.

Anda ambil 1 pamp, park mana mana Main Pengelola. Dapat Cashback ... order ETA masuk balik PProgram tambah sedikit cash biasa tak sampai 10 % pun dari kos Pamp asal. Timing yg tepat amat penting.Pilih ETA yg sederhana untuk mendapat Rotation yang pantas. ETA yg panang lebih kepada ZERO ENTRY.

Contoh ETA yg anda order mesti sampai awal atau tepat masanya kerana setiap Program ada Cut Off Date. Jika miss maka bayaran bulanan pertama di anjak ke bulan lagi satu. Anda akan dapati at least modal anda bertambah 2.5 - 4 × ganda dalam 2 bulan sahaja. Tunjang hanya pada ketelusan Pengelola Main Program dan rangkaian Wakalah Agen dsbnya.

Ini di namakan manipulasi Program. Kelak lepas sebulan apabila cycle pertama menjadi lengkap akan WUJUD program lain yang lebih POWER. Program Hybrid ini tidak dapat di elakan lagi. Rezeki. Dengan ujudnya Baifa Al Wafa maka ETA yang lebih solid akan berada di pasaran. Jika berlaku salah laku dimana mana rantaian akan ujud DOMINO EFEK. Tersontot.
P/s: Pada pendapat saya, sebelum menyertai program seperti ini, rujuklah pada orang yang lebih berilmu bagi mendapatkan kefahaman yang jelas.


ARTIKEL BERKAITAN:  TOK BELAGAK MENYONTOT ATAU DISONTOT?

{ 20 orang bercakap... read them below or add one }

dilot said...

tak paham pon..kalau sy ada emas hiasan.. boleh join ke program? boleh laburkan ke?

Unknown said...

betul ke ne,.? klau saya buat ne, bole untung tk,. maklum la, semua nk cepat kaya,. saya pun, letih da keje mkn gaji je,.. :)

Anonymous said...

Barang kemas biase xterima.tp stgh2 terima.. tp anda blh gadai kat arrahnu then cash tu msuk prog.dpt duit nnti g tebus blk

Anonymous said...

Betu,betul,betul..sy dh join sejak mac.. Tp under compny lain.. depb pon trusted gak.insya Allah..skrg mkn hasil emas je..

Anonymous said...

no hp tak de pun raf. Pse pm 019-6816611

Unknown said...

Assalam

Kalau ikut senarai yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my/documents/2014/20140725_FCA_EN.pdf), syarikat Darul Emas Perak Berhad ini tak berdaftar@tak diluluskan.
Kalau iku fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM yang diulas oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman (http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1008-majlis-fatwa-syarat-halal-bagi-pelaburan-emas.html), emas termasuk dalam barangan ribawi, bermakna penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli.
Untuk pelaburan ini, adakah pelabur akan mendapat emas dalam bentuk fizikal daripada syarikat?

Unknown said...

Betullll

Anonymous said...

Ustaz zaharrudin pun kena bg penjelasan juga adakah duit kertas itu barang ribawi.. disini sebenarnya ada beberapa pendapat yg kata boleh dan tidak, ianya jatuh khilaf, khilaf ini bkn berdosa, sy ikut apa yg sy yakin.. so any comments?

Anonymous said...

Hihg risk high return, low risk low return, no action but juz wit comments bla bla bla better shut ur mouth.. ini jenis manusia yg takut dgn undang2 manusia kemudian suka mencari2 alasan menyekat kemajuan org lain dgn meletakkan agama sbg penghalang walau pun hukum yg diberikan bkn sesuatu yg qataa'i.. selagi khilaf dan kt yakin proceed! Ada masalah?!

Anonymous said...

tok belagak scam la. duit punya pasal.. semua org tk nmpak. ponzi scheme!

Anonymous said...

Apela,yakin konon.tu nafsu je tu.bila jadi pape sume lari.yg buat loan mampus nk kambus hutang.ramai dh terkena, realiti pun tk ramai pun berjaya

Anonymous said...

boleh share x awak join under company ape

Rafhan said...

Darul Emas Perak Berhad. Dan setakat hari ini tiada penipuan. Kempen boikot syarikat emas milik non-bumi sedang dijalankan sebagai tanda sokongan terhadap ekonomi orang islam.

Anonymous said...

Saya sokong ...jangan beli kedai emas bukan islam.

Anonymous said...

Ini untuk margin forexlah..bukan meniaga emas fizikal...wei,dalam forex dngn margin 12000 boleh wat 1juta...si sammer bagi untung 100% je pun..dia org dapat beribu% daripada duit/ margin kita...wei apa yang haramnya??syarikat yg buat cash back xpakai swap..so,halal...yang melabur haram sebab 4D n gamble...xtahu mana g company melabur dah bg company duit untuk dilabur..haram hukumnya jika ada unsur gamble,was2 dan tamak...kena semak balik wei...jgn main labur je..nanti buruk padahnya klu bnm bekukan akaun syarikat tu...mati pucuk gajus jadinye karang...heheheh

Vyra said...

Belilah brg kemas/jongkong emas di kedai melayu, blh dpt harga murah dan tiada upah, kita support ekonomi umat islam di malaysia.

Unknown said...

Company ape yea?

wak isam said...

Assalamualaikum semua...dalam pelaburan emas ni nk untung beli murah n bila jual blk ambik la untung sikit...tp dlm hal ETA sy tgk ramai kawan2 yg mmg buat duit la...klau kt rasa percaya boleh la join tp klau sebaliknya tak elok la nk komen lebih2 sbb kwn2 yg main emas ni sy tgk mereka2 ni gigih n nampak hasilnya...klau yg nk jadi tukang condem yg dia tau cuma nk condem org je la n jadi la pemerhati je...
Sj nk share...sy ada kaedah mcm mn tuan2 nk gandakan RM9000 jd minima RM30000 dlm masa 5 tahun...yg ni kaedah yg paling malas sekali la tp kenalah buat kerja jgk...

Anonymous said...

Berapa juta duit dah dpt?

Nur Fauzi said...

Tak ada jalan singkat nak kaya. Program delay itu semua mengarut. Jauhkan dan cari kerja lain yg lebih kita yakin halal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...