6 Mei cuti umum di Selangor

Posted by Rafhan on Saturday, 4 May 2013

Kerajaan negeri selangor telah mengumumkan 6 mei sebagai hari cuti umum bagi mastikan mereka yg bekerja di selangor dapat pulang ke kampung untuk mengundi dan kembali semula bekerja dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa.

Source;
Selangor umumkan 6 Mei cuti umum - Nasional - Sinar Harian

Great Grand Dinner FKEE 2013

Posted by Rafhan on Saturday, 27 April 2013

Sejak tamat pengajian di universiti, aku sudah lama tidak berjumpa rakan2 seperjuangan di universiti . Baru-baru ini aku telah menghadiri  majlis makan malam fakulti kejuruteraan elektrik UMP atau Great Grand Dinner FKEE 2013 @ Zenith Hotel Kuantan. Aku Share kan beberapa gambar yang sempat di ambil bersama rakan2.


Bersama rakan sekuliyah, dari kiri, Qusy, aku, pa' an, wong dan pak din. 

Bersama adik2 junior FKEE. Junior ke?

Di meja makan. Tapi makanan untuk dinner kali ni x best sangat sebab menu sikit. Mungkin sebab buat konsep table serve. Rasa kalau buat konsep buffet lagi ok kot sebab cost down dan boleh increase menu (macam dinner tahun lepas)


Bersama Nasrul Hazim yang sering menjadi mangsa buli aku suatu ketika dahulu. Jangan marah yer Nas. Aku melawak je dulu tu... Haha.

Bersama pojie, selepas majlis penaman calon Dun kuala pahang.

Apa yang aku boleh katakan, dinner alumnai bersama pelajar fakulti adalah platform terbaik untuk berjumpa kembali rakan-rakan lama dan memberi pendedahan kepada pelajar baru untuk mengenali senior2 yang telah  berada di alam pekerjaan. ini akan meningkatkan dan memperkenalkan networking peluang pekerjaan kepada mereka.




Lepas dinner bagai, esoknyer lepas gian mandi kat air terjun Pancing dengan kawan2. 

Ok lah, Sekian sahaja. Salam.




Tarikh Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13)

Posted by Rafhan on Monday, 18 March 2013


Di suatu petang Jumaat yang indah, 15 Mac 2013, 7 p.m.

Makcik : Hello, Assalamualaikum, ini Rafhan ke?

Pemuda Hensem: Waalaikumussalam.Yer, Saya Rafhan.

Mak cik: Oh, Mak Cik cuma nak tau, betul ke Kawasan daftar mengundi Rafhan di Sungkai.

Pemuda Hensem: Ya Benar. Awat nye?

Mak Cik: Oh, mak Cik sedang buat semakan daftar mengundi. Skarang rafhan kerja di mana ya?

Pemuda Hensem: Saya kerja di P.J.

Mak Cik: Ok lah, nanti papehal makcik telefon lagi. Assalamualaikum.

Pemuda Hensem: Waalaikumussalam. Bye Makcik...

Tangisan Lelaki & Kehebatan Air Mata

Posted by Rafhan on Tuesday, 12 March 2013


pujuk perempuan menangis

Aku yakin, ramai diantara kita yang sering mengeluarkan air mata ketika berasa sedih dan berada dalam keadaan tertekan. Walaupun aku seorang lelaki yang macho lagi tampan (ceh perasan), tapi aku pun akan ambil masa untuk mengeluarkan air mata bersendirian jika berasa sedih (maklumlah, nak menangis berteman, xde awek nak tolong pujuk) huhu..

Untuk pengetahuan korang, Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata. Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

Tidak perlu berasa malu sekiranya anda seorang yang mudah menitiskan air mata, kerana ada pendapat mengatakan sekiranya sekiranya seseorang sukar untuk mengeluarkan airmata, itu bermakna dia seorang yg lemah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...