Tangisan Lelaki & Kehebatan Air Mata

Posted by Rafhan on Tuesday, 12 March 2013


pujuk perempuan menangis

Aku yakin, ramai diantara kita yang sering mengeluarkan air mata ketika berasa sedih dan berada dalam keadaan tertekan. Walaupun aku seorang lelaki yang macho lagi tampan (ceh perasan), tapi aku pun akan ambil masa untuk mengeluarkan air mata bersendirian jika berasa sedih (maklumlah, nak menangis berteman, xde awek nak tolong pujuk) huhu..

Untuk pengetahuan korang, Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata. Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

Tidak perlu berasa malu sekiranya anda seorang yang mudah menitiskan air mata, kerana ada pendapat mengatakan sekiranya sekiranya seseorang sukar untuk mengeluarkan airmata, itu bermakna dia seorang yg lemah.

{ 1 orang bercakap... read them below or add one }

myraVea said...

Kalau sedih, jangan tahan tapi menangislah. Tenang rasa bile nangis ni. Kurang stress. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...