Doa Untuk Palestin / Gaza

Posted by Rafhan on Tuesday, 11 December 2012


Inilah Qunut Nazilah yang pernah dibacakan oleh saudara Amin Idris di TV Al-Hijrah, dalam doa untuk saudara se-Islam Rohingya yang dizalimi di Myanmar. Qunut Nazilah ini juga sangat sesuai di baca untuk saudara kita yang sedang dizalimi Palestin/ Gaza.

Qunut Nazilah

Ya Allah ya Tuhan kami, kami letakkan Engkau di leher musuh-musuh kami.

Dan kami mohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami, hancurkan kesatuan mereka, leburkan kumpulan mereka,

Ceraikan pakatan mereka, goncangkan kaki-kaki mereka,
Dan perintahkanlah kepada mereka di kalangan tentera-tenteraMu ya Allah.
Wahai Tuhan Yang Maha Mengalahkan, Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Pembalas.
Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Al-Qur’an dan yang menggerakkan awan,
Tuhan yang menewaskan tentera-tentera Ahzab,
Tewaskanlah mereka dan berilah pertolongan kepada kami untuk menewaskan mereka.
Cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik penolong.
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.ya Robbal `Alamin.

Ya Allah, bantulah Islam dan para pejuang Islam di Palestin.
Ya Allah bantulah Islam dan para pejuang Islam
di mana jua mereka berada pada sepanjang zaman.
Amin, ya Robbal `Alamin.


Kata-Kata Al-Khawarizmi Tentang Wanita

Posted by Rafhan on Monday, 10 December 2012

Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik;

Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

Sungguh mendalam kiasan al-Khawarizmi tersebut. kata-kata ini aku jumpa di dalam blog Muhammad Ardham Anuar. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi.

Mungkin ramai lelaki di luar sana yang sering memilih kecantikan (termasuklah aku) sebagai kriteria untuk memilih wanita. Bos aku sendiri pun sering nasihat aku supaya memilih bakal isteri yang cantik dan ada "body" katanya, atas alasan supaya aku x main dengan perempuan lain bila aku dah beristeri nanti. Ada betulnya jugak nasihat bos aku tu.

Tapi sejauh mana Isteri yang cantik dan seksi mampu menjamin kebahagiaan rumah tangga?


Err... seksi dan cantik macam si Hanis Zalikha ke?


Ramai artis kawin, sama cantik, sama hensem, kahwin pun cerai jugak.. So, statement cari pasangan cantik untuk hidup bahagia dan setia dah x relevan jugak lah, encik Bos.. hurm...

Erra dan Yusri. Bukan ke sama cantik, sama padan diorang ni. Tapi, klu da xde jodoh nak buat camner kan...
Lebih baik jd cam shrek dan Fiona. Walau hodoh tapi hidup bahagia. Hati pun senang. Dan yang paling penting Rupa paras hendaklah dijadikan pilihan kedua, ketiga atau kesepuluh sekalipun, kerana bak kata al-khawarizmi, tanpa sifat solehah dan agama, perempuan hanyalah bernilai kosong semata-mata. Macam lagu kosong Najwa Latif tu. Selamat Berfikir!!!


Ayat Cantik Jemputan Perkahwinan Di Facebook & Kad Undangan

Posted by Rafhan on Saturday, 10 November 2012

Salam Guys. Apa khabar? Lama dah x update blog ni disebabkan kesibukan kerja. Pastinya ramai 
yang memilih tarikh hari ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Maklumlah, hari ni kan  tarikh 
cantik, 10/11/12.OK lah kali ni nak share contoh ayat jemputan perkahwinan untuk diletakkan pada 
kad jemputan kahwin  ataupun invitatation facebook.Harap dapat memberi manfaat. 


AYAT 01
Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai

Nama Bapa & Ibu


Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji,
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut,
Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
................................................................................................................................
suami/isteri seisi keluarga bagi menyerikan ikatan janji,
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati puteri kami yang dikasihi,

Nama pengantin lelaki & perempuan
Bertakhtakan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W.
Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati di teratak kami,

Pada hari,
 

Bunga mawar kami taburi,
Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai,
Terima kasih dari kami dan raja sehari.

Turut Mengundang :-

Aturcara Majlis



AYAT 02
 Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nama Bapa & Ibu

Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
.............................................................................................................................................
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan puteri kami
 Nama pengantin lelaki & perempuan

Pada hari .

Di kediaman kami beralamat:
Semoga dengan kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.   
Sekian, Terima Kasih.

Turut mengundang :

Aturcara Majlis:


AYAT 03
Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan izin Allah S.W.T. kami ;

Dengan penuh takzim mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
.............................................................................................................................................
Suami/Isteri sekeluarga untuk menyerikan Tambatan Janji, Izin Berwali,
Ijab Bersaksi, Antara Dua Hati, Anakanda Puteri Kami ;


Pada hari .
Di kediaman kami beralamat:
Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.   
Sekian, Terima Kasih.


AYAT 04

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekapur sireh, seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati,
dengan rasa penuh kesyukuran kami mengundang
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
.............................................................................................................................................
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan putera Kami ;

 Pada hari .
Di kediaman kami beralamat:
Bunga rampai kami taburi, air mawar direnjis wangi,
berkembang kasih menabur budi,
undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
mendoakan mempelai diberkati Illahi


AYAT  05

Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatoh

Dengan penuh kesyukuran mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik
.........................................................................................................................................
serta seisi keluarga ke Majlis Undangan puteri kami

Pada :
Dialamat :
Semoga dengan kehadiran,
Encik/Cik/Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini, Insya Allah



AYAT 06

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu  
Dengan rasa kesyukuran, setepak sireh kami hulurkan,
atas keredhaan Illahi, kami mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik
.............................................................................................................................................
suami/isteri sekeluarga ke majlis pertunangan puteri kami
Nama pengantin

yang beralamat di:
pada hari

Beras Kunyit kami taburi, air mawar diiringi wangi,
kehadiran tuan/puan amatlah kami hargai,
moga majlis tambah berseri lagi diberkati Rabbul Izzati. Insya Allah
Terima Kasih


AYAT 07


Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu   
 Pinang dikacip, Sirih dijunjung, Janji diikat tanda berkenan, Sunah diikut adat disanjung,
Impian dan hajat kini disempurnakan, Beserta kesyukuran kehadrat Illahi,
Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan,
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
...............................................................................................................................................
Suami/isteri sekeluarga ke Majlis Walimatul Urus Putera Kami;
Nama pengantin 
 Untuk Merealisasikan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan
Sunnah Rasulullah mendirikan ikatan kasih pertemuan dua hati di teratak kami,

Pada hari

Inai dijari nampak berseri, bersatu kasih raja sehari, Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang menyeri, Terima kasih daripada kami dan raja sehari.
Wassalam


AYAT 08


Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Bapa & Ibu   
 Sejambak mawar, setepak sirih kami hulurkan,
untuk kehadiran
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
...............................................................................................................................................
Suami/isteri sekeluarga ke Majli Raja Sehari Putera Kami;
Nama pengantin 
Bertakhta dapat bersendi Sunnah Rasul mendirikan
istana kasih, merealisasikan impian Rumahku Syurgaku yang sebati
dikediaman kami;

Memadu pertemuan dua hati mendirikan mahligai kasih suci pada;

Undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
Semoga mendapat rahmat dari Illahi.
Insyaallah.


AYAT 09

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nama Ibu & Bapa


Sepahar Nasi Kunyit, Sejambak Bunga Telur, Dengan berbesar hati,
Sekeping kad kami hulurkan,
Mempersilakan Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
................................................................................................................................
Suami/isteri/sekeluarga untuk menyerikan tambatan janji,
Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda puteri kami;
Nama Pengantin

Bertatahkan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasulullah,
Mendirikan istana kasih, Pertemuan dua hati diteratak kami;

Pada hari

Beras kunyit ditaburi, Air mawar direnjis wangi, kembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang menyeri, Semoga Allah memberkati,
Wassalam, Terima Kasih daripada kami dan raja sehari.



AYAT 10
Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nama Ibu & Bapa
Semarak kasih jalinan budi, kehadiran anda kami sanjungi,
Dengan sekapur sirih dan dengan kesyukuran kami
Mempersilakan Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
................................................................................................................................
Suami/isteri/sekeluarga ke rumah kami kerana hajat mengadakan majlis bagimerasmikan
 tambatan janji, Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda kami;
Nama pengantin
Pada hari
Dialamat

Undangan kami setulus hati, kehadiran tuan/puan kami hargai,
Terima kasih dari kami dan raja sehari.


Source: WMH

Iklan Raya Paling Sedih Sepanjang Zaman

Posted by Rafhan on Tuesday, 14 August 2012



Mungkin ini adalah iklan raya paling sedih pernah dihasilkan di Malaysia. Serius BEB, Aku tengok iklan raya ni sampai habis, terus menitis air mata . Iklan ni diterbitkan oleh BERNAS sempena hari raya 2012. Di youtube, iklan ini sudah mencapai view melebihi 600000 orang.

Apa yang lebih penting, adalah mesej dan iktibar yang cuba disampaikan dari iklan ini. Kita melihat bagaimana dua orang sahabat baik Ahmad dan Fizi saling tolong menolong demi menampung kekurangan masing-masing (dimana Ahmad seorang yang bisu dan fizi seorang yang buta). Mereka juga tidak menjadikan kekurangan diri  untuk mereka berasa sedih malah mereka sangat bersyukur dengan kehadiran Aidilfitri.

Mereka menempuh pelbagai halangan untuk pulang ke Kampung Ahmad di Segamat (kerana Ahmad mahu berjumpa dengan ibunya). Dan aku yakin ramai yang menitiskan air mata  sebaik saja melihat babak Ahmad memegang batu nisan kubur ibunya.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa ibu ahmad masih hidup kerana semangat yang ditunjukkan oleh Ahmad dan Fizi begitu bersungguh-sungguh untuk pulang ke kampung untuk berjumpa ibu Ahmad. Dan mereka sangat bersyukur kerana dapat menziarahi pusara ibu Ahmad.

Inilah pengajaran yang harus diambil. Berapa ramai anak muda sekarang yang tidak mahu pulang berhari raya bersama ibu-bapa dan keluarga di atas alasan tidak cukup duit. Tidak mahu pulang kerana persengketaan lama yang belum selesai? Sebenarnya ibu bapa tak harapkan sangat duit kita di hari raya. Cukup sekadar dapat menatap anak kesayangan di hari raya Aidilfitri. Mungkin kita perlu mensyukuri betapa bertuahnya kita, kerana mungkin orang yang kita sayangi masih berada bersama kita pada hari ini. Di Aidilfitri ini, pulanglah ke pangkuan  ibu bapa dan orang yang disayangi.


Saya blogger "Just CaLL me Raf" mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa dan terguris hati sepanjang saya menulis blog (salah tu mesti ada, saya kan manusia biasa).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...