HaruskahKu Tinggalkan Nuffnang Untuk Bersama Adverlets?

Posted by Rafhan on Sunday, 15 April 2012

Adverlets? Apakah itu? Aku pun tak tau sangat pasal adverlets ni. baru je search kat internet tentang adverlets. Menurut blog hafizAdverlets merupakan salah satu syarikat pengiklanan sama seperti Nuffnang, di mana anda akan meletakkan banner/iklan mereka di blog anda.Syarikat Advertlets merupakan pencabar utama kepada Nuffnang, jadi sekiranya anda meletakkan iklan Adverlets di blog yang mempunyai iklan Nuffnang, status 'gliterati' Nuffnang anda akan hilang dengan serta merta. 

Erk, hilang status glitterati nuffnang? Aku dah dua tahun dengan nuffnang dengan status glitterati. Dalam tempoh dua tahun tu jugak, aku baru dapat 2 BE. Dan di bawah ini adalah BE aku yang ke dua. Dah lama dah dapat, cuma aku baru cash out. Alhamdulillah, boleh la buat tambah untuk aku beli component elektronik final projek aku nanti. Sem akhir ni banyak duit dok keluar. Mujurlah, bisnes antivirus bersama saudara Azrin Khairi sedikit sebanyak membantu kos perbelanjaan di universiti ini.

Yang sebenar2nya, aku nak bagi tahu, yang aku dah fade up dengan nuffnang. Selepas dapat BE yang terakhir tahun lepas, lepas tu langsung x pernah dapat BE. UV (uniq visitor) aku pun bukan la banyak sangat, tapi tak la teruk sangat. Dalam 500 UV. Not bad what? Ada jugak mintak pendapat dari blogger yana elyana. Dia kata boleh cuba adverlets, sebab adverlets akan bayar berdasarkan page view.

Tapi sebenarnya ada pro dan kontra antara nuffnang dan adverlets. Nuffnang kedekut, tapi bila duit dalam akaun dah cukup limit senang nak cash out. Berbeza dengan adverlet, tak kedekut, tapi bila duit dah cukup limit, payah gila nak dicashout. Kira diorang ni mengamalkan konsep hutang la. 

Ada x blogger-blogger di luar sana yang ada pengalaman dengan adverlets? Kalau ada, mintak lah tolong bagi pendapat kat saya, sebab saya sangat-sangat membutuhkan pendapat anda. (camner boleh terkeluar bahasa indon  ni)

Kenali Loo Jo Yee, The Sweet Muslim

Posted by Rafhan on Saturday, 14 April 2012

Siapakah Loo Jo Yee? Loo Joo Yee merupakan gadis cina Kristian yang memeluk Islam ketika berumur semuda 17 tahun setelah beberapa kali mendapat hidayah. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang pengamal agama Kristian yang sangat taat. Beliau juga ketika itu bakal dilantik menjadi seorang paderi perempuan pertama di sebuah gereja. 

Lee Jo Yee gemar berdebat dengan rakan-rakan Islamnya tentang hal yang berkaitan dengan agama Islam. Namun Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Semakin Loo Jo Yee cuba mencari kelemahan Islam, semakin hampir beliau dengan Islam. Namun, satu peristiwa telah menjadi satu turning point bagi hidup Loo Yo Jee.

Ikuti kisah suka duka Loo Jo Yee  sebelum dan selepas memeluk Islam, di Youtube. 

P/s: aku lambat tulis kisah Loo Yo Jee ni sebab ingat dia ni orang Korea sebab nama macam KPOP. Tak sangka pulak dia orang Malaysia. Baru je tengok video pasal die kat youtube malam semalam. (blogger di bawah tempurung betul la aku ni)

Erti Cinta Doraemon

Posted by Rafhan


CINTA itu janganlah seperti NOBITA yang selalu putus asa,


CINTA itu janganlah seperti GIANT yang penuh emosi dan syakwasangka,


CINTA itu janganlah seperti SIZUKA yang selalu lemah,


CINTA itu janganlah seperti SINYU yang selalu sombong,


Tapi CINTA  itu seharusnya seperti DORAEMON yang penuh dengan keajaiban....!!


SOURCE: COPY PASTE DARI FB

Isu Rita Rudaini Bercerai Paling Menjadi Tumpuan

Posted by Rafhan


Isu Penceraian Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil Zafuan Abdul Razak, nampaknya telah mencuri perhatian peminat sukan dan hiburan tanah air, apabila banyak keyword searh ke blog aku dengan kata carian "rita rudaini". Rita Rudaini yang merupakan seorang pelakon, telah mendirikan rumah tangga dengan aidil zafuan, pemain bola sepak kebangsaan  melalui satu perkahwinan kontroversi dan dikurniakan dua orang anak, Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin. Aidil sudah pun memfailkan permohanan cerai di mahkamah syariah, dan  memberitahu kepada rita tentang permohonan cerainya hanya melalui SMS. 

Dashat jugak ya, isu penceraian Rita dan Aidil ni. Kalah berita gempa bumi kat acheh tu. Tapi pelik jugak ya, kenapa ada lelaki yang sanggup cerai isteri guna SMS. Kalau melamar awek, boleh guna ayat bunga-bunga " Sudikah awak menemani hidup saya la, bla, bla....." Kalau nak ceraikan pun, buat la dengan tertib. At least, bagi la penghormatan sikit kat perempuan yang pernah lahir kan zuriat dari benih awak tu.

Oklah, selain isu rita dan aidil. Isu  gempa bumi di acheh,  kemenangan Tasha Shila di taja dan twitter zed zaidi turut menjadi isu paling popular pada minggu ini.

p/s: serius penat minggu ni. Dengan test berlambak2 dan final project yang masih belum siap. Alhamdulillah, hilang stress sekejap lepas dapat update blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...