Bunting di Atas Pelamin ?

Posted by Rafhan on Sunday, 4 December 2011


Malam tadi sewaktu lepak bersama kawan-kawan aku sempat membincangkan suatu topik hangat  iaitu "Bunting Pelamin". Satu perkataan yang biasa aku dengar sejak kecil, tapi aku tak pernah tahu maksudnya sehingga ke hari ni, (dah tua bangka pun tak tahu-tahu lagi).

Seorang kawan ku bertanya, apa yang korang tahu tentang bunting pelamin? Aku pun jawabla menggunakan teori fuzzy logic aku. Aku kata bunting pelamin tu maksudnya dibuntingkan ketika bersanding di atas pelamin. Aku tahu sebenarnya jawapan aku tu tak logic, saje je nak buat lawak bodoh. Banyak juga jawapan kelakar keluar dari mulut kawan-kawan aku. Antaranya:

1. Bunting pelamin maksudnya pregnant dulu baru nikah (kantoi anak luar nikah la ni)
2. Nikah dulu lepas tu pregnant. Lepas tu baru bersanding dalam keadaan pregnant. (nikah gantung)
3. Lepas naik pelamin, malam pertama terus pregnant
4. Bunting ni bukan untuk kucing je ke?

Sebenarnya jawapan yang No 3 tu paling hampir dengan maksud sebenar bunting pelamin. Sebenarnya bunting pelamin ni bermaksud disahkan mengandung pada tempoh yang awal selepas pernikahan/perkahwinan. Kira bunting pelamin ni bukan la kes kantoi anak luar nikah yer...

Haha oklah, kepada mana-mana perempuan yang sedang mengandung di luar sana, tahniah diucapkan. Semoga kandungan berada dalam keadaan baik. Rezeki dari Allah tu.. Ok bye...

Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai

Posted by Rafhan on Thursday, 1 December 2011


Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011. Norshahrul itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam. Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.
Musim lalu, anugerah itu dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai sebelum ditukar kepada Anugerah MPV Supermokh tahun ini. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat pemain bola sepak tempatan. Norshahrul menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij itu yang mengambil nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.
“Saya tidak sangka menang. Ia sangat hebat dan memang merupakan satu penghormatan yang amat besar bagi saya selepas memenangi anugerah pertama Supermokh ini.“Kejayaan memenangi anugerah yang dinamakan sempena nama legenda bola sepak negara ini memang benar-benar hebat bagi saya memandangkan saya juga seorang pemain yang beraksi di posisi penyerang,” kata pemain yang berasal dari Besut, Terengganu itu.
Selain menerima anugerah tertinggi itu, Norshahrul turut terpilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Datuk Ng Jui Sia.
Sementara itu, ketua jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dipilih memenangi anugerah Jurulatih Terbaik. Kemenangan tersebut adalah hasil kejayaannya membawa Terengganu muncul juara Piala FA musim ini selain kemaraan pasukan itu ke final Piala Malaysia sebelum tewas kepada Negeri Sembilan. Khairul Fahmi pula dipilih sebagai pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara Safiq Rahim (Selangor) dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.
source: kosmoonline

Saya Benci Bila Orang Sebar Gambar Bogel Awek Saya

Posted by Rafhan on Tuesday, 29 November 2011

gambar bogel, gambar bogel awek, gambar bogel taylor swiwt, taylor swift nude, nude picture, masturbation, maria ozawa, terra patrick, redtube, japan av,taylor sex video,pamela anderson,taylor swift naked picture, anal,beautiful woman, jenna jamesson, hollywood nude picture

Salam guys. Saya nak tanya, apa perasaan korang bila gambar bogel kekasih korang tersebar di internet. Tak kisah la, gambar original ke, superimpose ke.. korang marah x?

Minggu lepas, sewaktu melihat keyword search analytic melalui Nuffnang, perkataan "Taylor Swift Masuk Islam" telah masuk ke dalam blog aku. Agak pelik bunyi nya. Aku pun try la google. Rupa-rupanya ramai blogger Indonesia dah tulis pasal pendedahan gambar bogel Taylor Swift oleh laman Web Celebrity Jihad. Waktu tu, masih belum ada blogger Malaysia yang tulis pasal kisah ni.. Aku malas nak ambik pot cerita-cerita macam ni, so aku biar je la.. Lagi pun aku sayang kat Taylor Swift..

Selang beberapa hari, cerita ni berjaya dihidu oleh blogger-blogger malaysia. Ramai jugak yang tulis pasal cerita ni. Tak payah la aku cerita siapa.. Kesian betul kat Taylor Swift. Cerita buruk dia cepat betul meletup.

Oklah, aku cuma nak korang pejam mata, lepas tu bayangkan lah taylor swift tu awek korang ker, adik kandung korang ker, kakak korang ker lepas tu tiba-tiba ade gambar bogel dia tersebar di internet, lepas tu, orang promosi kan pulak cerita dia kat internet, korang marah tak?

Aku cuma nak tegur sikap kita semua. Adakah semata-mata mahu menaikkan ranking blog, kita sanggup melanggar prinsip hidup dan melukakan hati orang lain. Dengan meletakkan gambar seksi wanita di blog tak ubah seperti menjadikan wanita mangsa ekploitasi. Kita blogger, kita semua ade hati perut OK!!!. Tolong jangan jadi blogger murahan. Tak guna kalau ranking blog naik mencanak tapi Isi blog macam laman web pornografi.

Mungkin korang boleh je label aku sebagai salah seorang yang mempromosikan kisah Taylor Swift ni, tapi sekurang-kurangnya aku puas sebab dah beri teguran dan nasihat(korang pun boleh beri nasihat kat aku kalau korang nak, aku sedia mendengar).

Oklah, last sekali aku nak bagi tahu yang aku sayang kat Taylor Swift... Bye...

Gol Cantik Nazmi Faiz Mansor

Posted by Rafhan on Monday, 28 November 2011


Sayang betul bila tengok Pasukan Olimpik Malaysia kalah dengan Bahrain pada perlawanan malam tadi. Harapan untuk layak ke olimpik London semakin tertutup rapat. Walaupun dah leading 2-0 tadi, tapi hilang fokus pada  minit-minit terakhir perlawanan akhirnya membawa padah apabila Bahrain berjaya menyumbat 3 gol dalam masa 6 minit.

Tapi, ape-ape pun aku tetap respect dengan Nazmi Faiz Mansor yang berjaya menjaringkan gol jarak jauh dari luar kotak penalti malam tadi.. Perrgh, memang cantik gol adik faiz ni... Sekurang-kurangnya terubat jugak kesedihan hati ni.. huhu...

Video Youtube  Nazmi Faiz Mansor Menjaringkan Gol 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...