Koleksi Kad Hari Jadi Kreatif

Posted by Rafhan on Monday, 19 September 2011

Kad hari jadi yang kreatif dan cantik memang sesuai untuk dihantar ketika hari lahir orang yang kita sayangi. Berikut merupakan koleksi kad hari jadi yang aku jumpa dalam laman web Raju Paliwel.

1. Kalau nak kad hari jadi untuk kanak-kanak, rasenye sesuai la untuk jenis kad di bawah ni:




2. Ni pulak Kad hari Jadi untuk Ayah yang kita sayangi:


3. Ok, yang ni pulak untuk Ibu yang dikasihi:



4. Rasanye, yang kat bawah ni sesuai untuk orang muda-mudi je kot:



5. Kalau nak kad hari jadi yang lebih romantik, boleh cuba yang ni:


6. Kalau minat anime, boleh hantar kad hari jadi kat bawah ni.

Surat Kepada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (MPP-UMP)

Posted by Rafhan on Sunday, 18 September 2011



Saya mewakili pelajar tahun akhir kejuruteraan elektrik kuasa sangat kecewa apabila kami ditempatkan di bazar muhibbah. Ini telah menyukarkan kami untuk melaksanakan Projek Sarjana Muda (PSM). Adakah pengorbanan kami selama ini dengan dua tahun berulang-alik dari gambang ke pekan menaiki bas tidak langsung diambil kira untuk melayakkan kami menginap di asrama KK5 untuk kami menghadapi tahun akhir kami yang sangat beharga.


Kami sedari mungkin kesilapan ini berpunca dari kesilapan teknikal yang disebabkan oleh nombor matriks kami (pelajar direct entry) yang bermula dengan nombor EC09 sedangkan pelajar non-direct entry bermula dengan nombor EC08. Tetapi adakah kesilapan bodoh seperti ini boleh dijadikan alasan kukuh untuk menyingkirkan kami dari menerima hak untuk menginap di KK5.


Kami juga amat terkilan dengan pemilihan pelajar tahun pertama dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang diberikan tempat di kk5 tanpa mengambil kira prioriti Pelajar Tahun Akhir yang sangat memerlukan Perpustakaan, Makmal, Supervisor untuk menyiapkan PSM kami. Adakah relevan untuk kami mendengar nasihat dari pihak pengurusan untuk belajar hidup susah, sedangkan hakikatnya kami umpama,


"berakit-rakit ke Gambang,
berenang-berenang ke Pekan,
Bersusah-susah dahulu,
sampai tahun akhir pun kene hidup susah"


Mungkin mudah bagi pihak MPP-UMP untuk menyenaraikan segala kemudahan yang terdapat di Bazar Muhibbah tanpa menghuni sendiri Bazar Muhibbah. Ditambah pula dengan jadual bas yang tidak fleksibel untuk kami berulang-alik. Kata orang, "seronok mata memandang, Sakit lagi bahu yang memikul"


Mohon jangan label kami tidak bersyukur dengan apa yang kami terima, tetapi sekadar menuntut hak sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang pengundi pada pilihanraya MPP.


Luahan Hati Tulus Ikhlas Dari,
Wakil Final Year Student(direct entry),
Bachelor In Electrical Power,
University Malaysia Pahang.


p/s: Surat ini telah di hantar ke MPP-UMP 2011/2012 pada 17 September 2011

Teks Ucapan Pengacara Majlis Perkahwinan Dan Persandingan

Posted by Rafhan on Saturday, 17 September 2011



Berikut merupakan contoh teks ucapan pengacara majlis perkahwinan yang dipetik dari blog anarqiyellow

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN MOHD FIRDAUS AZMAN & NOR KHALIDA MAKMOR
DI DEWAN SERI MELATI, PRESINT 3, PUTRAJAYA.
6 FEBRUARI 2010

PENGERUSI MAJLIS : MUHAMAD KHAIRUL ANWAR BIN MAT AZIDIN



Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; 
Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

(SELAWAT – AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.



Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati __________________________________________________________ selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip. 

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di Kolej IKRAM, Bangi. Selangor Darul Ehsan. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.

(GAMELAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :
(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya –

3 –

4 –

5 –

6 –

7 –

8 –

9 –

10 –

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. 

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)
PENGANTIN DUDUK

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA 30 SAAT

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama – sama menonton persembahan layar yang telah disediakan.

SLIDESHOW DITAYANGKAN
10 MINIT
SLIDESHOW TAMAT

Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman dengan diiringi oleh pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor untuk ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT

Terima kasih diucapkan kepada pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman, yang turut mewakili pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor, di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK
(15MINIT)


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


Teks ini diubahsuai oleh : Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin

Pesta Seks, Beromen Dan Dadah Di Alor Gajah

Posted by Rafhan


ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin. Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.


Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun. Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.



Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma, tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain. Harian Metro difahamkan, banglo itu turut dilengkapi sistem audio yang dikendalikan seorang DJ yang dipercayai kenalan kepada penganjur pesta berusia 30-an bagi menghiburkan pengunjung mulai jam 10 malam. Menurut sumber itu, beberapa peserta yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal kerana banglo terbabit dikepung.



“Polis merampas dadah jenis syabu dan ganja dipercayai digunakan peserta,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing dan hasilnya 15 suspek didapati positif dadah. Seramai 19 suspek termasuk tujuh wanita ditahan kerana memiliki dadah manakala selebihnya dibebaskan tanpa syarat.



Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu. Difahamkan, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita yang sudah bertunang didapati memiliki dadah, manakala tunangnya dibebaskan tanpa syarat. Kebanyakan pelajar yang menyertai parti berkenaan berasal dari Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Terengganu dan mereka terdiri daripada pelajar IPT, mekanik, penganggur dan jurujual.



Difahamkan, ketika siasatan awal, peserta parti itu cuba menyembunyikan identiti penganjur yang didakwa berada di Ipoh, Perak. Malah, serbuan dianggotai empat pegawai dan 14 anggota JSJN IPK negeri itu dilakukan selepas mendapat maklumat risikan sejak awal Jun lalu dan penganjur didapati menggunakan facebook untuk menjemput peserta. Tinjauan Harian Metro di banglo terbabit mendapati ia dipenuhi botol minuman keras selain penemuan kondom di luar pekarangan banglo itu.

source: hmetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...