Khasiat Halba

Posted by Rafhan on Wednesday, 20 January 2016

  


Halba adalah sejenis rempah ratus yang sudah digunakan di timur tengah berabad - abad lamanya . Bukan sahaja digunakan untuk masakan malah juga sebagai alternatif untuk menyembuhkan penyakit .  Halba ni berasal daripada perkataan Arab ' Hulbah(حلبة) Nama botaninya Trigonella Foenum - Graecum . Orang Inggeris memanggilnya sebagai Fenugreek . Ia adalah tanaman separa gersang di timur tengah , juga banyak negara lain di dunia .

Pada satu hari , Rasulullah SAW menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit . Rasulullah disuruh memanggil tabib . Al Harith ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abi Waqqas . Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan kurma Ajwa'. Dengan izin Allah , Saad sembuh daripada penyakitnya .


Daripada Al - Qasim bin Abdul Rahman , Rasulullah SAW bersabda ;
" Berubatlah kamu dengan hulbah . " 
( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas . " 
( Books of Sufi Healing ms; 58 )

Khasiat Halba Sunnah


Biji halba dihancurkan dan dijadikan seperti kanji . Pastu makan dapat cantikkan buah dada ( diamalkan wanita Arab )juga menambah susu untuk ibu mengandung  

Untuk jadikan teh , ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan / gelas , tuangkan air panas dan biarkan semalaman . Pagi , sebelum minum atau gosok gigi ; 

1- Jadikan pekat lebih daripada teh , minum untuk legakan sakit tekak dan bau badan , berkumur boleh hilangkan bau mulut .

2- diminum bercampur madu boleh hilangkan anemia serta  kurangkan ketagihan pada rokok dan dadah .

3- minum menggantikan teh atau jadikan tonik dapat melancarkan haid serta kurangkan senggugut, menghilangkan kembung , sebu , senak serta buang angin , mencuci perut , kuatkan jantung ,melegakan sakit kepala / migraine ,juga demam , menembuhkan buasir , melawaskan kencing , rangsang rahim , radang kulit , bisul , kegemukan serta kawal kencing manis .

Kalau menelan mentah ( 2-3 gram ) beri kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit sendi .

Bukan itu saja , halba juga baik untuk tumbesaran anak - anak , kecerdasan serta kekuatan badan .

Malah baik untuk pasangan suami isteri untuk menambahkan air mani juga menguatkan nafsu , memanaskan buah pinggang serta organ pembiakan . Tabib kuno Cina menggunakannya untuk merawat mati pucuk .

{ 0 orang bercakap... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...