Bakat Wan Kuzain Dikesan Ketika Sejak Kecil Lagi
Tiba -tiba sahaja nama Wan Kuzain Wan Kamal menjadi topik perbualan hangat di laman sosial dan media maya. Ini adalah kerana Wan Kuzain adalah anak Melayu yang lahir di USA dan baru-baru ini telah terpilih untuk menjalani ujian pilihan di Kelab Gergasi Belanda, Feyenord selama 10 hari.
Berikut disertakan sedikit biodata ringkas Wan Kuzain
BIODATA
Kuzain bersama rakan sepasukan USA U17
Nama: Wan Kuzain Wan Kamal
Tarikh Lahir : 14 September 1998
Tempat Lahir: Amerika Syarikat
Kelab: St. Louis Scott Gallagher (SLSG)
Tempat Tinggal: Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat
Nama Ayah: Prof. Dr. Wan Kamal Wan Napi
Nama Ibu: Tiada Maklumat
Pencapaian: Kuzain menerajui SLSG untuk menjadi juara kejohanan bawah 14 tahun lelaki dalam Piala Juara NPL (National Premier League) yang dianjurkan persatuan kelab bola sepak Amerika Syarikat.
Pada tahun 2013 Wan Kuzain telah dipanggil oleh Pasukan Bola Sepak USA bawah 17 tahun untuk menyertai kem latihan untuk persediaan Piala Dunia Bawah 17 tahun di Chile, 2015.
Wan Kuzain, bakal menjalani ujian pemilihan di Feyenord pada 28 Feb 2014.
Video Wan Kuzain bermain bola sepak ketika masih kecil
Wan Kuzain adalah kisah yang harus di ambil pengajaran Persatuan Bola Sepak Malaysia dimana pihak pengurusan bola sepak USA menghargai dan menggilap bakat anak muda dengan penuh tanggungjawab. Tidak seperti di Malaysia, mata pihak pengurusan sukan hanya akan terbuka apabila sudah ada orang Malaysia yang mencipta nama. Pada pendapat saya, Kisah Wan Kuzain hanyalah sebahagian kisah bakat yang diabaikan. Malah di laman sosial, ramai yang tidak menggalakkan Wan Kuzain pulang beraksi untuk negara Malaysia kerana bimbang potensi yang ada pada Wan Kuzain akan rosak dengan pengurusan FAM yang dilihat sudah tidak relevan dengan kehendak kemajuan bola sepak negara kita.
{ 0 orang bercakap... read them below or add one }
Post a Comment