Home
»Unlabelled
» Surat Jurutera Kepada Dato' Seri Najib Tun Razak
Posted by
Rafhan on Sunday, 17 November 2013
Kepada Dato' Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Assalamualaikum.
Nama saya Rafhan. Tujuan saya menulis di ruangan ini adalah untuk menyatakan kebimbangan saya terhadap tahap kesihatan rakyat Malaysia. Sebagai seorang jurutera, saya juga mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap tahap kesihatan diri sendiri dan rakyat Malaysia secara am nya. Ini, kerana untuk mencapai status negara maju dan kompetitif, tahap kesihatan rakyat haruslah diutamakan, bukan sahaja untuk golongan kaya, malah untuk golongan sederhana dan miskin juga. Baru-baru ini, terdapat maklumat yang sering di kongsikan di laman sosial, berkenaan beberapa produk makanan utama di pasaran yang mengandungi "Benzoyl Peroxide" (sejenis bahan peluntur), racun serta vitamin B1 berasaskan khinzir. Antara produk yang dikatakan mengandungi bahan tersebut adalah;
1) Tepung gandum cap sauh
2) Roti Massimo
3) Minyak Masak Seri Murni
Namun sejauh mana kebenaran dan kesahihan maklumat ini masih belum dapat dipastikan. Saya berharap, kerajaan Malaysia, dapat menggunakan mekanisma yang sedia ada untuk menyiasat sejauh mana kebenaran perkara ini dan jika benar perkara ini berlaku, tindakan yang tegas hendaklah diambil.
Disamping itu, saya juga berharap agar statistik penyakit kencing manis di negara Malaysia akan berkurangan selepas ini. Jika statistik masih tidak berkurangan, Kerajaan Malaysia hendaklah mengkaji semula langkah menaikkan harga gula dan mengambil jalan lain bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
Yang jujur dan ikhlas,
Mohd Rafhan Bin Abd Samat
Warganegara Malaysia
{ 0 orang bercakap... read them below or add one }
Post a Comment