Cerita Tentang Katak Kecil

Posted by Rafhan on Tuesday, 17 January 2012

katak pekak, katak tuli, katak pekak menang, deaf frog, cute frog
Salam guys. Tadi sedang aku menyelongkar document dalam external harddisk aku, tetiba aku terjumpa katak comel nie.. (bukan katak hidup). Tapi cerita tentang katak kecil yang disimpan dalam format microsoft  power point (.PPT). So, aku berminat sangat nak kongsi dengan korang  criter katak ni. Memang menyentuh perasaan criter ni, (aku tau ada yang dah pernah baca criter ni). Aku tak tau sapa penulis asal criter katak kecil ni, tapi aku nak sangat ucapkan terima kasih kepada penulis asal cerita ni... thanx ya... Ok jom kita enjoy cerita katak kecil...

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. 


Penonton berkumpul bersama  mengelilingi menara untuk menyaksikan  perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... 


Perlumbaan pun dimulakan...


Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.


Terdengar ada yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
“Mereka  TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
... Kecuali mereka  yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak
"Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada  seekor katak yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak mahu menyerah kalah!



Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali  seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi  satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Nasihat dari cerita ini adalah:


Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!


Selalulah berfikiran positifBersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!


Selalulah berfikir:

I can do this!

Kongsi pesanan ini kepada  sahabat anda dengan menekan butang Like. Kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang sering  memberi motivasi antara satu sama lain.

{ 0 orang bercakap... read them below or add one }

Post a Comment