Sambutan Tahun Baru 2012

Posted by Rafhan on Saturday, 31 December 2011



Salam Guys. Esok  kita akan menyambut tahun baru masihi 2012 (kalau nak tahu apa itu tahun masihi, boleh pergi kat wiki). Saya ambik kesempatan untuk ucapkan selamat tahun baru kepada u all. Bila masuk tahun baru, mesti ramai yang pasang azam baru... (biase la tu kan). Macam aku, azam aku ialah, aku nak grade on time tahun ni... erk, apesal la simple sangat azam ko ni raf, xde wawasan ke kau ni? Tahun 2012 mungkin tahun terakhir aku sebagai seorang pelajar, sebab selepas ni aku akan beralih ke alam pekerjaan..


Cakap pasal grad, sebenarnya tahun depan aku akan menduduki final exam yang bermula pada 3 jan 2012. Erk, tahun depan? lame lagi tuh, padahal lagi 3 hari je lagik.. hampeh... So, secara kesimpulannya, sambutan tahun baru aku pada tahun ni akan di sambut di dalam bilik sambil menenung buku2 yang dicintai.. hehe.. (macam la aku pernah celebrated new year)...

Semoga tahun baru ini akan memberi erti untuk korang semua. Harap-harap apa yang anda hajati pada tahun baru ni akan tercapai.. Insyaallah... 

Ok guys, sampai sini je aku tulis.. Jaga diri selalu dan jangan nakal-nakal.. Salam...

{ 1 orang bercakap... read them below or add one }

amirah said...

eh samer lah kiter..3 januari =.=
gudluck raf :)

Post a Comment