Tajuk Utama Akhbar The Brunei Times
Sultan Brunei telah bertitah untuk mengadakan satu akta yang akan mengikuti undang-undang yang telah digariskan di dalam Islam. Dalam erti kata lain, Brunei akan melaksanakan undang-undang Islam, khususnya melalui penubuhan Akta Jenayah Islam. Sultan Brunei juga menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
Isu mengenai undang-undang Islam termasuk Hudud mendapat pelbagai maklumbalas dari banyak pihak. Ada pihak yang menentang ianya diaplikasikan di negara kita dan tidak kurang juga yang bersetuju undang-undang Islam tersebut dilaksanakan. Setelah sekian lama isu mengenai Hukum Hudud ini dibangkitkan dan menjadi perbualan ramai, kini Brunei memberi respon terhadap undang-undang Islam yang bakal diimplikasikan secara menyeluruh.
Video Di Youtube titah Sultan Brunei mengenai Undang-undang Islam dikuatkuasakan di Brunei
"Siapalah kita di hadapan Allah (SWT), untuk mengatakan ‘tidak atau tunggu’; sedangkan undang-undang (Islam) bukan baru sahaja digubal, tetapi telah termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1,400 tahun dan lebih lagi. ” - Sultan Brunei-
source: akupenglipurlara
{ 2 orang bercakap... read them below or add one }
tu die kan dh tkena balik kat kite.....Siapa kita untuk tunggu dan lihat....siapa kita???
hurmmmm perlu jadikan teladan...siapa kite ...betol x
Post a Comment