Himpunan Aman Mahasiswa UMP Pekan

Posted by Rafhan on Thursday, 29 September 2011


Aku adalah salah seorang student Final year Universiti Malaysia Pahang. Tujuan aku tulis entry ini adalah untuk ajak rakan-rakan aku untuk fikir guna otak. Pada hari esok, 30 september 2011, Himpunan Aman Mahasiswa UMP Pekan (HAMUMPP' 11) akan diadakan di UMP kampus Pekan.  Menurut barisan MPP, tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk:

1.  Memperlihatkan solidariti/persaudaraan mahasiswa dalam memperjuangkan dan menyuarakan bantahan secara aman dan penuh rasa tanggungjawab sebagai  penuntut universiti

2.  Mendesak pihak pengurusan universiti mengambilkira kebajikan serta permasalahan yang bakal dihadapi oleh mahasiswa sebelum melakukan sebarang keputusan serta tindakan

3.  Menuntut agar pengurusan universiti memberikan perhatian sepenuhnya terhadap hal ehwal kebajikan dan permasalahan yang timbul khususnya di kampus pekan agar kerap kali turun padang untuk melihat dan merasai secara lebih dekat kesusahan dan rintihan suara mahasiswa.




Perhimpunan kali ini ada kena mengena dengan "janji". Satu janji yang gagal ditunaikan oleh pihak pengurusan. Mereka lebih sibuk mencanang di seluruh tanah air kononnya universiti ini yang terbagus, terhebat tergah, ter apa lagi la pun aku tak tau.. Mungkin betul apa yang mereka canangkan itu. Kalau nak ikut janji, student Final year akan diberikan keutamaan untuk menginap di dalam kolej kediaman yang berhampiran dengan Lab. Tujuannya sebab nak mudahkan kami, final year student siapkan Final year di makmal kampus baru Pekan. Tapi, skarang ni, aku dan sebahagian rakan-rakan yang lain masih merempat di bazar muhibbah.  

Pada pengambilan yang baru, student first year(elektrik, mekanikal, pembuatan)  kesemuanya diberikan tempat untuk duduk di Kolej Kediaman 5. Mungkin bagi menyatakan yang universiti ini sangat  mementingkan  kebajikan pelajar. Sekaligus menutup kelemahan yang telah diwarisi sejak turun-temurun. pandai betul mereka main wayang. Adakah mereka x sedar yang ramai student final year yang perlu menyiapkan final projek sedang merempat di bazar muhibbah. Sungguh menjaga kebajikan. Syabas Bete....


Aku dah mula sangsi dengan barisan MPP. Terlalu lemahkah mereka untuk merperjuangkan nasib student yang lain? Nasib student2 yang benar2 dianayai oleh pihak pengurusan. Aku selalu tanya pada diri sendiri, Adakah barisan MPP sekadar dijadikan Boneka Pihak pengurusan untuk menutup kelemahan mereka. Mungkin MPP dah cuba, tapi gagal dan paksa kami bersyukur terima keadaan seadanya. Insyaallah, aku boleh bersyukur, malah ianya tiada kompromi. Tetapi adakah sifat syukur itu boleh menghalalkan penindasan yang dilakukan? 

Kalau korang tak rasa apa yang aku rasa, korang boleh la cakap. Aku yang kena naik bas ulang-alik Gambang-Pekan selama dua tahun. padahal yuran sama je bayar dengan student fakulti lain. takpa la, itu kami boleh sabar. Nak buat macam mana... kononnya suruh student berkorban.... Apa yang ko tahu pasal korban ha? korang rasa darjat korang tu alim  ulama ke sampai nasihat kan student berkorban macam tu... pergi la cermin diri tu, betulkan diri dulu, baru betulkan orang lain.

Ok, la nie tahun yang berharga dan ditunggu-tunggu telah tiba.. Aku menanti janji manis pihak UMP. Penempatan berdekatan Lab untuk siapkan final project. Tetapi aku sekali lagi menjadi mangsa Tipah tertipu lagi. Dah la, mungkin ni yang universiti cuba ajar pada aku, tabur janji lepas tu, khianat janji tu.. terima kasih UMP kerana memberikan nilai moral yang sangat baik untuk pelajar-pelajarnya. 

Berkenaan, dengan perhimpunan hari esok, insyaallah aku tetap nak pegi jugak. Kalau boleh nak jumpa sendiri Naib Canselor, Dato Daeng Nasir Ibrahim. Aku nak tanya sendiri kat dia, wajarkah pelajar di universiti ini dilayan sebegitu rupa. Samada dia tak perasan atau buat2 tak tahu masalah ni, itu aku x tahu... 

Tetapi apa yang pasti, menafikan hak pelajar tahun akhir mendapatkan kolej kediaman berhampiran makmal untuk menyiapkan final project adalah memalukan dan tidak boleh dimaafkan !!!!!!!!!!

p/s: mahalnya harga makan kat bazar muhibbah ni, terima kasih UMP!!!!!

{ 1 orang bercakap... read them below or add one }

PokCik BoTak said...

pekan powerrrrrrrrrr

Post a Comment