Google Chrome Selalu Crash? Selesaikan Sekarang !

Posted by Rafhan on Saturday, 24 September 2011



Korang semua mesti tension kan, bila tengah sedap-sedap guna web browser google chrome, lepas tu tiba-tiba dia crash dan kena restart balik. Memang la google chrome ni lebih laju dari web browser lain, tapi kalau asyik crash, siapa tak sakit hati kan? Tak apa, aku dah jumpa cara untuk mengatasi masalah ini. Berdasarkan research aku kat internet. Penyumbang utama masalah google chrome crash adalah disebabkan oleh software downloader yang disukai ramai iaitu Internet Download Manager (IDM). Google chrome mempunyai masalah  apabila diintegratedkan bersama IDM (kira macam tak serasilah dua2 software ni).  

So, untuk menyelesaikan masalah ini ikuti langkah berikut:

1. Jika anda ada install software IDM sila update kepada versi IDM version 6.03 Beta. 

ATAU

2. Ataupun anda mempunyai satu lagi pilihan dengan menukar setting pada software IDM yang sedia ada.


a) Pergi ke software IDM anda, pergi ke option


b) Pergi pada "General" dan untick pada google chrome. Klik "OK"

c) Selesai sudah


Diharapkan, apa yang dikongsi di sini dapat membantu pengguna setia google chrome yang sering tension akibat ke crashan yang melampau. Yelah, bila dah xde pilihan mula la kita nak bertukar kepada browser musang berapi ( Mozilla firefox) hehe... Selamat mencuba...

{ 1 orang bercakap... read them below or add one }

Niza Romli said...

a'ah...selalu je jadi. Thanks raf :)

Post a Comment